05 Disember 2010

Selingan : Moga Allah pelihara kita semua daripada fitnah ini !!

Bertemu ‘Tuhan’ Jesus! 

Baru-baru ini ketika sedang merayap di MukaBuku, saya terlihat satu iklan yang menarik perhatian. Iklan itu ‘menjual’ seorang wanita (kelihatan seperti Muslimah sejati) dan tertulis mesej berkaitan ‘Mimpi tentang Jesus’.  Iklan itu membawa kepada satu laman web berbahasa Inggeris dan didapati laman itu terdapat pelbagai cerita tentang kisah ‘benar’ mereka yang bermimpi tentang bertemu ‘Tuhan’ Jesus. Apa yang menarik perhatian saya, hampir kesemua cerita yang dipaparkan dilaman ini menceritakan bagaimana seorang yang dahulunya Islam kemudian bertukar agama setelah bermimpi bertemu dengan ‘Tuhan’ Jesus.

Kebanyakkan kisah yang dipaparkan memperlihatkan bagaimana kusutnya hidup seorang yang menganut agama Islam. Antaranya kisah tentang Dini, seorang wanita Indonesia yang dahulunya Islam dan hidupnya sangat berkonflik kesan daripada permasalahan yang berlaku disekitarnya. Kekusutnya itu membawa dia kembali pada Tuhan, dia bangun malam untuk bersolat tahajud dan berdoa agar diberikan petunjuk oleh Allah. Akhirnya, ketika sedang berdoa, muncul imej ‘Tuhan’ Jesus dihadapannya dan mengajak agar mengikutinya. Maka ketika itulah Dini mendapat ‘hidayah’ Tuhan. Cerita ini bukan sekadar cerita, bahkah ia juga sudah didokumentarikan dalam bahasa Indonesia! 

Kisah lain seperti Ali, berasal dari Turki. Seorang Islam yang ketagihan arak, suka memukul isteri dan masih mencari agama. Ali tekad berubah untuk menjadi Muslim sejati dengan berhenti minum arak, maka dia mengambil keputusan menunaikan ibadah Haji. Namun, pada malam pertama dia berada di Mekah, dia bermimpi bertemu dengan ‘Tuhan’ Jesus. Jesus berkata kepada Ali bahawa sesungguhnya dia milik Jesus dan perlu meninggalkan tempat itu (Mekah). Tidak lama kemudian, Ali menganut agama Kristian dan masalah ketagihan arak dan suka memukul isteri dapat diatasinya.

Kesemua cerita yang dijaja dilaman web ini mempunyai motif untuk memberikan gambaran tentang kekusutan hidup manusia yang menganut agama Islam dan masalah ini kononnya dapat diselesaikan apabila seseorang itu menganut agama Kristian. Dakyah kristianisasi ini jelas menghina agama Islam apabila kononnya mereka mendapat hidayah dari ‘Tuhan’ Jesus ketika sedang bersolat tahajud dan menunaikan ibadah Haji! Moga Allah pelihara kita semua daripada fitnah ini. 

Petikan sebahagian dakyah kristianisasi: Dini (Indonesia)

As the oldest child in her family, twelve-year-old Dini had always been close to her father; so when he died suddenly, she was devastated.  Her devastation turned to anger when she learned that her father had an affair with her aunt who was now pregnant.  She also learned that her mother was pregnant by her father.
As a struggling widow, Dini’s mother decided to place her three youngest children in an orphanage.  She also had to sell valuables in the house just so the family would have money to buy food.  About four years later, a relative told Dini that her mother was getting remarried.  Dini was very hurt by this and didn’t understand why her mother hadn’t told her.  She felt like she didn’t have anyone she could depend on since her father had disappointed her, and now her mother had done the same.
Dini became friends with the troublemakers at school and went through a rebellious period.  She skipped classes, didn’t wear the school uniform and got into fights.  When several of her friends faced serious problems, Dini began to ask questions:  “What is it that I’m looking for?  Religious rules don’t make me happy.  But a free life without the rules of religion isn’t something I want either.”
The month of Ramadan arrived and Dini became diligent with the religious practices of fasting and prayer.  One night, during Ramadan, she decided to pray the tahajud prayer.  The tahajud prayer is not one of the five required daily prayers.  It is only done at midnight and, in particular, it includes petitions that ask God for signs.  Dini set her alarm clock and woke up to pray.  She says, “I had such strong faith that whatever I asked God for that night, God would listen and give His answer.”  At the end of the prayer which she had memorized, she cried out to God and said, “God, I am confused.  I’m very confused about the way to meet Your approval.”   She continued, “God, if you wish for me to live life within your demands, then tonight show me the right path.  If you do not show me, God, then let me live life the way I want.  I won’t ever again care about the rules of religion.  And if I die, don’t send me to hell.  I didn’t know what was right!  It wouldn’t be fair for me to go to hell, God.  You never showed me the right way.  What I want, God, is to be shown the right path tonight.  I will live my life the way you appoint it.”
A bright light then appeared and she saw a figure standing in front of her.  The man was wearing a white robe but she couldn’t see his face clearly.  She doesn’t know how but she realized that the figure was Isa.  He said, “Follow me,” and she was confused and thought, “Lord, I am a Muslim.  How can I follow you?”  She asked several other questions as she wondered how she could follow the God of the Christians.  She heard another voice saying, “You can’t possibly follow Him.  Forget your prayer!  Forget the intention of leading a good life!”  When she looked at the man in white, she felt calm and peaceful.  Jesus continued to say, “Follow me,” as He stretched out His hand.  Dini struggled over her decision but finally she said, “God, if this is the way of truth, okay.  I want to follow you.”  The moment she said that, she felt as if ice was pouring over her chest.  At the same time, she felt a peace she had never experienced before.  She says, “I felt something extraordinary inside my heart.”
After Dini became a Christian, she experienced persecution from her family.  She was just 17 years old when they forced her to leave home.  She attended boarding school and supported herself through part-time jobs.  She also pursued reconciliation with her family.  While showing respect for the Javanese traditions, she didn’t back down on her unwavering commitment to Christ.  The greatest test for her was forgiving her deceased father and accepting her half-brother, born out of wedlock to her aunt.  When his mother could no longer take care of him, Dini embraced her half-brother as her own.
She continues to live as an example of one who can “do all things through Christ who strengthens” her. (source: http://dreamsaboutjesus.com/home/peoples-dreams/dini)

Sumber Artikel : http://al-ahkam.net




2 komen:

Tanpa Nama berkata...

Mimpi bukan satu kaedah yang boleh diguna pakai kerana apa apa yang diperolehi dari mimpi tidak boleh membatalkan syari'ah. Mimpi yang tidak bertentangan dengan Al Qur'an dan Hadiths, Ijma' Ulama yang muktabar boleh diguna pakai. Tetapi mimpi yang bertentangan dengan Al Qur'an, Hadiths dan Ijma Ulama mesti diketepikan kerana mimpi tersebut hanyalah mainan syaitan/iblis yang berusaha untuk menyesatkan manusia.

Manusia yang dipengaruhi hasutan syaitan sentiasa berusaha mengajak manusia menyertainya anutan hidupnya tanpa berfikir panjang. Hanya manusia yang melakukan setiap perkara iklas kerana Allaah swt terselamat dari godaan syaitan. Insha Allaah, Kita mohom perlindungan dan pertolongan kepada Allaah swt dari bisikan, gangguan dan ancaman syaitan dan Iblis.

anuar berkata...

Orang Islam yang sudah tidak tahu Al Qur'an, Hadith, Ijma Ulama akan mudah disesatkan oleh syaitan yang datang dalam mimpi berbentuk manusia berbaju putih, berserban, berjanngut dan sebagainya....

Marilah kita kembali kepada Islam sepenuhnya sempena 1 Muharaam 1432 selepas Maghrib hari ini 6/12/2010.

Catat Ulasan

"Sesungguhnya, bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah SWT" (Al-Ahzab Ayat 21).

Kongsi Pautan

Assalamualaikum.

Pihak admin mengalu-alukan semua pengunjung blog ini untuk berkongsi sebarang pautan yang memberi manfaat kepada pengunjung yang lain. Semoga segala yang baik itu dapat dipanjang-panjangkan mudah²an menjadi salah satu amal solih di sisi Allah SWT insyaAllah..Terima kasih di atas perkongsian anda ini.




p/s : Sekiranya blog/website anda dalam kategori ini, dipersilakan juga untuk dikongsikan di sini :)

NOTIS PENAFIAN : Laman web www.al-ehsaniah.blogspot.com bukan laman web rasmi bagi Masjid Al-Ehsaniah Kg. Melayu Bt. 16, Rawang. Laman web ini adalah hasil inisiatif sendiri ahli qariah kerana masjid ini masih belum memiliki laman web rasmi sebagai salah satu medium dakwah dan penyampaian maklumat yang agak penting ketika ini. Penggunan istilah Admin di dalam web ini bukan merujuk kepada Pihak Pengurusan Masjid tetapi sekadar merujuk kepada pengurus web ini sahaja. Sekiranya terdapat sebarang aduan/cadangan/maklum balas terhadap masjid melalui laman web ini pihak admin akan memanjangkannya kepada pihak yang sepatutnya. Walau bagaimanapun pihak admin mengingatkan adalah lebih baik berhubung terus dengan pihak Pengurusan Masjid yang sebenar. Sila rujuk direktori pengurusan masjid di laman Organisasi.