05 Disember 2010

Memahami Bacaan Dalam Solat

Sumber gambar : Google
Assalamualaikum.

Firman Allah SWT : "sesungguhnya Aku ini Allah, tiada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingatiKu" (Toha 20:14)

Ketika mulut terkumat-kamit membaca bacaan² dalam solat, fahamkah kita akan makna bacaan² tersebut?
 
Memahami segala patah perkataan yang dibaca ketika solat adalah sangat penting kerana ia merupakan salah satu cara untuk khusyuk dalam solat.

Semoga solat kita menjadi lebih berkualiti dan sekaligus menjadi solat yang benar² mencegah kita dari perbuatan keji dan mungkar insyaAllah. Firman Allah SWT : "Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. " (29:45)

 
Takbiratul Ihram (Takbir di permulaan solat)
Takbir Intiqal (Takbir perpindahan rukun)


  Allah Maha Besar



Doa Iftitah













Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, Ibadatku hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.



Al Fatihah














Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (1). 
Segala puji bagi Allah yang memelihara sekalian Alam (2) 
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang (3) 
Yang menguasai hari pembalasan (4)
Hanya kepada-Mu kami menyembah dan hanya kepada-Mu saja kami mohon pertolongan (5) 
Tunjukilah kami jalan yang lurus (6)
Jalan mereka yang Engkau beri ni’mat, bukan jalan mereka yang engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat (7). 


Ruku'





Maha Suci Tuhanku Yang Maha Mulia dengan sifat Kepujian-Nya.



I'tidal




 
Allah mendengar orang yang memuji-Nya. Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Doa Qunut

















Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. 


Sujud





Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan sifat Kepujian-Nya.


Duduk diantara dua sujud







Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatkanlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkanlah aku dan ampunilah aku.


Tahiyyat Awal










Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. 
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Tahiyyat Akhir














Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung


Salam





Salam sejahtera dan rahmat Allah keatas kamu.




2 komen:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualikum
Tuan yang dihormati
Mohon diberi kebenaran untuk copy paste (Memahami bacaan dalam solat) untuk rujukan saya.

Azman - Shah Alam

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah trima kasih

Catat Ulasan

"Sesungguhnya, bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah SWT" (Al-Ahzab Ayat 21).

Kongsi Pautan

Assalamualaikum.

Pihak admin mengalu-alukan semua pengunjung blog ini untuk berkongsi sebarang pautan yang memberi manfaat kepada pengunjung yang lain. Semoga segala yang baik itu dapat dipanjang-panjangkan mudah²an menjadi salah satu amal solih di sisi Allah SWT insyaAllah..Terima kasih di atas perkongsian anda ini.




p/s : Sekiranya blog/website anda dalam kategori ini, dipersilakan juga untuk dikongsikan di sini :)

NOTIS PENAFIAN : Laman web www.al-ehsaniah.blogspot.com bukan laman web rasmi bagi Masjid Al-Ehsaniah Kg. Melayu Bt. 16, Rawang. Laman web ini adalah hasil inisiatif sendiri ahli qariah kerana masjid ini masih belum memiliki laman web rasmi sebagai salah satu medium dakwah dan penyampaian maklumat yang agak penting ketika ini. Penggunan istilah Admin di dalam web ini bukan merujuk kepada Pihak Pengurusan Masjid tetapi sekadar merujuk kepada pengurus web ini sahaja. Sekiranya terdapat sebarang aduan/cadangan/maklum balas terhadap masjid melalui laman web ini pihak admin akan memanjangkannya kepada pihak yang sepatutnya. Walau bagaimanapun pihak admin mengingatkan adalah lebih baik berhubung terus dengan pihak Pengurusan Masjid yang sebenar. Sila rujuk direktori pengurusan masjid di laman Organisasi.