13 Februari 2011

Tempahan Buku Sirah Nabawiyyah S.A.W

Assalamualaikum.

Pembaca yang dikasihi sekalian,

Atas permintaan ramai, pihak pengurusan Masjid Al-Ehsaniah kini mengambil tempahan untuk sesiapa yang berminat untuk membeli buku Sirah Nabawiyyah S.A.W. Adalah amat digalakkan untuk kita semua memilikinya untuk dijadikan rujukan berkaitan sirah baginda SAW bukan sahaja ketika tiba sambutan Maulidur Rasul malah sesuai dijadikan bahan bacaan berpanjangan. Untuk itu, saya catatkan sedikit penerangan berkenaan buku tersebut.

Tajuk Buku : Ar-Rahiq al-Makhtum – Sirah Nabawiyyah SAW
Pengarang : Saffiyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri
Penterjemah : Muhammad Ramzi Omar
Penerbit : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
Kulit Buku: Keras (Depan & Belakang)
Ketebalan : 733 muka surat
Cetakan : ke-6 (2011)
Harga : RM 60.00
Kos Penghantaran : Percuma!

Al-Rahiq al-Makhtum : Sirah Nabawiyyah SAW diibaratkan sebagai biografi Nabi Muhammad SAW kerana memaparkan perjalanan hidup Rasul terakhir sebagai utusan Allah yang bertanggungjawab menyampaikan dakwah Islamiah di muka bumi ini. Baginda telah melalui perjuangan yang amat berliku dan menempuh satu perjalanan hidup yang penuh dengan suka dan duka, kepayahan dan keperitan yang mungkin tidak boleh ditanggung oleh manusia lain. Namun akidah dan tauhid yang disampaikan oleh Rasulullah SAW telah mencapai kejayaan yang amat gemilang dengan kuasa Allah SWT.

Buku ini turut menjelaskan beberapa faktor yang mendorong kepada kesabaran dan kecekalan tinggi baginda. Antaranya adalah keimanan baginda kepada Allah SWT, menerima kepimpinan yang diamanahkan dengan sepenuh jiwa dan raga, rasa tanggungjawab yang menebal, keimanan terhadap hari akhirat, panduan dari Al-Quran Al-Karim dan pegangan tentang janji yang dikurniakan oleh Allah SWT di atas kemenangan menyebarkan Islam.

Selain memaparkan tentang liku-liku perjuangan dakwah Rasulullah SAW, buku ini juga mengetengahkan beberapa strategi dan uslub dakwah yang digunakan oleh baginda, bermula dari peringkat permulaan, peringkat tribulasi dan peringkat kejayaan yang membawa kepada kegemilangan Islam.

Karya Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri ini merupakan karya unik dari segi bahasa dan juga susunan jalan ceritanya. Setiap peristiwa yang berkaitan Rasulullah SAW, diceritakan secara kronologi, diperincikan dan boleh digambarkan dengan baik oleh pembaca. Dalam bab akhir buku ini memuatkan beberapa pandangan dan gambaran daripada para sahabat, isteri Nabi Muhammad SAW dan masyarakat setempat tentang sifat dan peribadi baginda.

Buku ini bukan sahaja sesuai dijadikan rujukan kepada para pelajar, pendidik, pendakwah dan masyarakat umum sebagai panduan untuk menyebarkan dakwah Islamiah. Malah masyarakat luar yang ingin mengenali dan memperhalusi keperibadian dan kisah kehidupan Rasulullah SAW.

Al-Rahiq Al-Makhtum : Sirah Nabawiyyah SAW adalah buku yang paling mendapat sambutan kerana beberapa faktor. Antaranya pengiktirafan sebagai Johan Sayembara Penulisan Sirah Nabawiyyah yang dianjurkan oleh Rabithah Al-Alam Al-Islami pada 1396H di Pakistan, yang membawa penceritaan terperinci perjalanan hidup Rasulullah SAW bermula sebelum kelahiran baginda sehinggalah kewafatan baginda.
.

Maklumat lanjut sila hubungi :

Urusetia : Haji Anuar Bin Mohammad Noor
No Tel : 017-3998711
Email : anuarmohammadnoor@gmail.com





Untuk tempahan sila isi borang di bawah:





1 komen:

Masjid Al-Ehsaniah berkata...

Terima kasih kepada kepada yang telah membeli buku ini:

1- En. Mohd Asyraf b. Abdul Rashid (Shah Alam, Selangor)
2- Datin Sabariah (Rawang, Selangor)
3- En. Mohamed Salman b. Awang (Batu Pahat, Johor)
4- En. Zainuddin b. Mad Shaharin (Teluk Intan, Perak)
5- En. Muhamad Tarmizi b. Muhamad Taib (Kuala Selangor) *Buku Belum Dihantar

Semoga buku tersebut memberi manfaat!

Catat Ulasan

"Sesungguhnya, bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah SWT" (Al-Ahzab Ayat 21).

Kongsi Pautan

Assalamualaikum.

Pihak admin mengalu-alukan semua pengunjung blog ini untuk berkongsi sebarang pautan yang memberi manfaat kepada pengunjung yang lain. Semoga segala yang baik itu dapat dipanjang-panjangkan mudah²an menjadi salah satu amal solih di sisi Allah SWT insyaAllah..Terima kasih di atas perkongsian anda ini.




p/s : Sekiranya blog/website anda dalam kategori ini, dipersilakan juga untuk dikongsikan di sini :)

NOTIS PENAFIAN : Laman web www.al-ehsaniah.blogspot.com bukan laman web rasmi bagi Masjid Al-Ehsaniah Kg. Melayu Bt. 16, Rawang. Laman web ini adalah hasil inisiatif sendiri ahli qariah kerana masjid ini masih belum memiliki laman web rasmi sebagai salah satu medium dakwah dan penyampaian maklumat yang agak penting ketika ini. Penggunan istilah Admin di dalam web ini bukan merujuk kepada Pihak Pengurusan Masjid tetapi sekadar merujuk kepada pengurus web ini sahaja. Sekiranya terdapat sebarang aduan/cadangan/maklum balas terhadap masjid melalui laman web ini pihak admin akan memanjangkannya kepada pihak yang sepatutnya. Walau bagaimanapun pihak admin mengingatkan adalah lebih baik berhubung terus dengan pihak Pengurusan Masjid yang sebenar. Sila rujuk direktori pengurusan masjid di laman Organisasi.