30 November 2010

Kuiz Sempena Maal Hijrah


Assalamualaikum.
Soalan kuiz ini berkisar tentang "Hijrah" bersempena dengan sambutan Maal Hijrah pada 7 Dis 2010 yang akan datang. Semoga kuiz ini bermanfaat untuk anda! InsyaAllah..

Cara-cara:
1-Klik "Start" untuk mula menjawab kuiz
2-Klik "Next" untuk soalan seterusnya sehingga selesai.
3-Setelah tamat menjawab, sila daftar untuk melihat "ranking" anda.

Selamat menjawab! :)














Panduan Menghafal Al-Quran

Persediaan Sebelum Menghafal
 
1. Membersihkan diri dari segala hadas.

2. Memakai wangi-wangian.

3. Bersugi atau memberus gigi.

4. Berwudhuk.

5. Memilih mushaf yang biasa digunakan seharian.
  • Pastikan tulisan mudah dibaca.
6. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafaz Al Quran.

7. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafaz Al Quran. Waktu yang dicadangkan:
  • Selepas subuh.
  • Selepas maghrib.
    8. Pilih guru yang ingin anda perdengarkan bacaan dan hafalan anda.

    9. Perbetulkan niat untuk menghafal Al Quran.

    Cara Menghafaz

    1. Tentukan had bilangan ayat atau mukasurat yang hendak dihafal.

    2. Bacalah ayat yang hendak dihafal. Pastikan bacaan tersebut betul dari segi tajwid dan sebutan.

    3. Ulang bacaan dengan disemak bacaan tersebut supaya tidak ada kesilapan setiap kali ianya diulang.
    • Bilangan ulangan ayat yang dicadangkan adalah sebanyak 60 / 30 / 10 /dan lain-lain bersandarkan kepada kemampuan ingatan seseorang.
    • Semakin banyak ayat diulang semakin mudah ianya dihafal dan kekal lebih lama dalam ingatan.
    4. Sebaik sahaja selesai ulangan bacaan tersebut dan anda berpuashati dengan bacaan tersebut, mulakan dengan mengulang ayat yang pertama yang ingin dihafal sehinggalah berjaya menghafal ayat tersebut.

    5. Kemudian berpindahlah ke ayat yang kedua. Ulang langkah yang sebelumnya sehingga selesai hafalan ayat yang ketiga.

    6. Ulang hafalan ayat satu kemudian diiukuti ayat yang kedua.

    7. Selepas anda yakin ayat satu dan dua telah dihafal dengan hafalan yang sempurna mulakan hafalan dengan diulang langkah yang digunakan pada ayat yang pertama dan ayat yang kedua. Kemudian susuli dengan urutan ayat satu dua dan tiga dihafal serentak.

    8. Ayat yang berikutnya juga dilakukan langkah seperti ayat satu dua dan tiga sehinggalah sampai ke had yang telah ditetapkan ( cth : 1 ms / 1 ‘ain ).

    9. Ulanglah keseluruhan hafalan sehinggalah benar-benar yakin hafalan tersebut sempurna.

    10. Perdengarkan bacaan kepada guru atau kawan yang dipilih.

    11. Apabila ingin memulakan hafalan yang baru, ulang terlebih dahulu hafalan yang lalu, barulah dimulakan hafalan yang baru dengan cara yang sama pada
    hafalan yang lalu.

    12. Hafallah setiap ayat dan alunkanlah ia dengan penuh tadabbur dan dengan penuh  kesungguhan serta niat untuk memahami dan memelihara kalam
    Allah.

    Selepas Menghafaz

    1. Berdoa agar dikurniakan keberkatan dalam hafalan. Antara doa yang baik untuk dibaca :


    اللَّھُمَّ ارْحَمْناَ بِالْقُرْآنِ وَاجْعَلْھُ لَناَ إِماَماً وَنُوراً وَھُدىً وَرَحْمَةً
    اللَّھُمَّ ذَكِّرْناَ مِنْھُماَ نُسِّیْناَ وَعَلِّمْناَ مِنْھُمَا جَھِلْنَا وَارْزُقْناَ تِلاَوَتَھُ أَنَاءَ اللَّیْلِ وَأَطْرَافَ النَّھَارِ
    وَاجْعَلْھُ لَناَ حُجَّةً یَا رَبَّ الْعَالَمِینَ.


    “ Ya Allah Rahmatilah kami dengan Al Quran, jadikanlah ia pemimpin , cahaya
    dan petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami dilupakan , ajarilah kami apa tidak tahu dan berikanlah kami rezeki membacanya di sebelah malam dan di sebelah siang. Jadikanlah ianya hujjah bagi kami wahai Tuhan sekalian alam”.


    2. Pastikan Al Quran sentiasa dibaca dan diulang selalu. Pastikan setiap hari ada jadual mengulang dan jadual hafalan yang baru.

    3. Berusaha untuk memperbaiki bacaan , memahami makna, hukum dan hikmah yang terkandung di dalam setiap ayat.

    4. Berusaha untuk beramal dengan setiap perintah yang didatangkan dan berusaha menjauhi setiap larangan yang terkandung di dalam Al Quran.

    Kelakuan Mereka Yang Ingin Menghafaz Al Quran

    1. Sentiasa di dalam keadaan bersih dan suci.

    2. Sentiasa berjaga-jaga daripada termakan makanan atau minuman yang haram, begitu juga yang syubhat.

    3. Rajin bangun di waktu malam untuk berqiyamullail, membaca Al Quran dan menunaikan solat malam.

    4. Mengelakkan daripada melakukan perkara yang sia-sia sama ada dalam bentuk perbuatan atau percakapan serta menjauhi perkara yang dilarang oleh Allah sama ada dalam bertuk percakapan atau perbuatan.

    5. Menjaga tingkahlaku dan percakapan seharian.

    6. Rajin berpuasa sunat.

    7. Memastikan niat menghafal Al Quran sentiasa kerana Allah bukan kerana habuan dunia dan sebagainya.

    8. Menjaga hubungan baik dengan Allah dan manusia.







    Selingan Video : Maal Hijrah














    Satu Muharram Detik Permulaan
    Perkiraan Tahun Islam Hijrah
    Perpindahan Nabi dan Umat Islam
    Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

    Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
    Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
    Rela Berkorban Harta dan Nyawa
    Demi Menegakkan Islam Tercinta

    Hijrah Itu Pengorbanan
    Hijrah Itu Perjuangan
    Hijrah Itu Persaudaraan
    Hijrah Membentuk Perpaduan

    Oleh Itu Mari Semua
    Kita Sambut Maal Hijrah
    Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
    Untuk Sepanjang Zaman










    29 November 2010

    Sebaik-baik Orang Yang Berhijrah Adalah??


    Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a: Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya:” Seorang Muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah SWT (al-Bukhari) 

    Huraian:
     
    Hijrah mengandungi hikmah yang besar sekali peranannya dalam pembangunan ummah. Suatu kumpulan masyarakat tidak akan menjadi baik jika setiap individu yang ada di dalamnya telah rosak kerana kumpulan masyarakat itu bergantung kepada individu itu sendiri. 

    Oleh itu hijrah amat ditekankan di dalam al-Quran dan disebutkan sebanyak lebih 28 kali di dalam berbagai bentuk dan makna. Dengan hijrah, hati, perkataan dan perbuatan kita akan menjadi bersih dari segala maksiat, dosa dan syirik seperti kisah khalifah Umar bin al-Khathab r.a yang menarik untuk kita renungkan bahawa beliau sebelum memeluk Islam dikenali dengan julukan “penghulu para pelaku kejahatan”, namun setelah berhijrah, beliau menjadi pemimpin yang disegani, tawaddhu’ dan suka menolong orang miskin, menjadi tonggak bagi berkembangnya agama Islam. 

    Hakikatnya hijrah sangatlah berat, kerana di samping harus memiliki kesabaran, kita juga dituntut memiliki keteguhan aqidah dan keyakinan agar tidak mudah termakan dengan pujuk rayu dan godaan dari kenikmatan dunia yang fana.
    ================================================================

    Bulan Muharram

    Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

    Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

    Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

    Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ia dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

    Peristiwa Penting
      
    1 Muharram
    • Penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi

    • Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
    10 Muharram
    • 10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran. 
    • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
    • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
    • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
    • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
    • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
    • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
    • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
    • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
    • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
    • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
    • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
    • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
    • Hari pertama Allah menciptakan alam.
    • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
    • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
    • Allah menjadikan 'Arasy.
    • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
    • Allah menjadikan alam.
    • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
    • Nabi Isa diangkat ke langit
      Amalan di Bulan Muharram

      Doa Akhir Tahun

      Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
      Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: "Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"
        

      Doa Awal Tahun

      Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
       "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan" 


      Berpuasa Sunat

      1 – 10 Muharram adalah  disunatkan berpuasa.  

      16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram 

      1.    Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram 

      Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak    7 kali (Apabila sampai bacaan kita pada ayat “Iyyaka na'budu”(Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah) kita berdoa di dalam hati  tentang hajat kita – terutamanya untuk anak-anak.  Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum. 

      2.    Puasa sunat pada hari 9 Muharram  (Tasua’) dan 10 Muharram (Asyura). Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah. 

      3.    Menyapu kepala anak yatim.  Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan.  Allah akan mengangkat darjat kita. 

      4.    Memberi makan kepada orang yang berpuasa. Pahalanya adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad. 

      5.    Mandi sunat.  Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit.

      6.    Menziarahi rumah orang alim. 

      7.    Menziarahi orang sakit.  Sama seperti kita menziarahi seluruh anak Adam 

      8.    Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga. 

      9.    Bercelak mata – Boleh menghindarkan dari sakit mata 

      10.   Menziarahi kaum keluarga 

      11.   Mengerat kuku 

      12.   Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1 ribu kali.  Allah akan memandang dengan belas kasihan. 

      13.   Sembahyang  sunat 4 rakaat – 2 salam  (2 rakaat x 2). (Sahaja aku sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala) Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat.  Allah akan mengampunkan dosa  50 tahun yang lalu 

      14.   Banyakkan bersedekah.  Allah akan menggandakan pahala 1 kepada 700. 

      15.   Beri makan/pakaian kepada fakir miskin.  Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam syurga. 

      16.   Berzikir  (Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmannasir) sebanyak 70 kali

      Sumber Artikel : JAKIM, Wikipedia




      Hukum Dan Kepentingan Membaca Al-Quran Bertajwid

      Sebelum kita membicarakan hukum membaca al-Quran dengan bertajwid, ada baiknya dijelaskan tentang hukum mempelajari ilmu tajwid terlebih dahulu. 

      Hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardu kifayah bagi umat Islam. Maksud belajar ilmu tajwid itu sebagai fardu kifayah, bererti mestilah ada dalam sesuatu tempat itu seorang atau beberapa orang yang mengetahui ilmu tajwid sebagai rujukan bagi masyarakat setempatnya. 

      Jika tidak ada seorang pun di kawasan tersebut yang mahir dalam ilmu tajwid maka kesemua penduduk kawasan tersebut menanggung dosa.

      1. Dalil daripada Ayat al-Quran

      Apabila ditanya tentang hukum membaca al-Quran dengan bertajwid sama juga bila persoalan apakah hukum mengetahui dan mempraktikkan ilmu tajwid semasa membaca al-Quran. Hukum mengegetahui dan mempraktikkan ilmu tajwid dalam bacaan al-Quran adalah fardu ‘ain ke atas setiap muslim tidak kira lelaki atau pun perempuan. Apabila seseorang itu membaca al-Quran walaupun sedikit, mestilah dia membacanya dengan bertajwid. Sekalipun semasa bacaan al-Quran itu dikira sebagai sunat (membaca al-Quran yang tidak wajib seperti dalam solat) al-Quran itu wajib dibaca dengan bertjwid sebagaimana ia diturunkan tanpa membuat perubahan. Dan sesiapa yang membacanya tanpa tajwid serta bacaannya boleh mengubah tafsiran al-Quran maka ia adalah berdosa. Golongan yang membaca al-Quran dengan tidak bertajwid dan berubah maknanya termasuklah dalam golongan yang dilaknati al-Quran itu sendiri, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

      رب قارئ القرءان والقرءان يلعنه

      Maksudnya: 

      Ramai orang yang membaca al-Quran, sedangkan al-Quran sendiri melaknatnya.


      Laknat ini terjadi apabila pembaca membacanya tanpa tajwid, seperti mana yang disuruh oleh Allah Taala dalam firmannya yang beraksud :

      “Bacalah al-Quran itu dengan tartil (bertajwid)”.

      Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Allah S.W.T. memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. membaca al-Quran yang diturunkan kepada baginda dengan tartil. Tartil bermaksud mengelokkan sebutan setiap huruf-hurufnya, dalam erti kata lain membaca al-Quran dengan bertajwid.

      Dalam Surah al-Baqarah ayat 121 antara lain Allah Taala berfirman yang bermaksud:


      Orang-orang yang Telah kami berikan Al Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu
      beriman kepadanya.

      Walaupun pada dasarnya hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardu kifayah, tetapi tidak mungkin tercapai matlamat pembacaan al-Quran dengan tajwid yang betul (fardu ‘ain) kecuali terlebih dahulu mempelajarinya. Ini kerana tidak ada seorang pun di dunia ini yang dilahirkan dengan kepandaian dalam sesuatu ilmu kecuali dia

      mempelajarinya terlebih dahulu. Begitu juga dengan ilmu al-Quran yang pembacaannya diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada para sahabatnya secara musyafahah dari mulut ke mulut hingga sampai kepada kita pada hari ini tidak mungkin dapat dikuasai kecuali dengan mempelajarinya terlebih dahulu (Surur Shihabuddin An-Nadawi, 2004).

      2. Dalil daripada as-Sunnah

      Dalil as-Sunnah tentang wajib membaca al-Quran dengan bertajwid pula sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.a. (isteri Nabi s.a.w.) apabila ditanya bagaimanakah bacaan Rasulullah s.a.w. dan solat baginda, maka beliau menjawab:

      فقالت ما لكم وصلاته كان يصلي ثم ينام قدر ما صلي ثم يصلي قدر ما نام ثم ينام قدر ما صلي حتى يصبح ثم نعتت قراءته فاءذا هي تنعت قراءة مفسرة حرفا حرفا
      Maksudnya: 

       “Ketahuilah kamu semua, adalah baginda s.a.w. solatkemudian tidur dengan kadar baginda solat tadi, kemudian baginda solat semula dengan kadar tidur tadi hingga menjelang subuh, kemudian (Ummu Salamah) menunjukkan cara bacaan Rasulullah s.a.w., maka beliau menunjukkan(satu) bacaan yang menjelaskan (sebutan) huruf-hurufnyasatu persatu”. (Hadith Jamik At-Tarmizi)

      Zaid bin Thabit telah menyebutkan sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi :-

      "ان الله تعالي يحب أن يقرأ القرءان غضا كما أنزل"

      Maksudnya:


      “Sesungguhnya Allah Taala menyukai seseorang hambanya membaca al-Quran secara tepat sebagaimana ia diturunkan”

      فانه سيجي قوم بعد يرجعون القرءان ترجيع الغناء والرهبانية والنوح
      لا يجاوز حناجرهم مفتونة وقلوب من يعجبهم

      Maksudnya:

      Sesungguhnya akan datang beberapa golongan sesudah aku, orang-orang yang membaca al-Quran seperti cara orang bernyanyi, cara orang ahli kitab dan cara seperti orang meratap, yakni keluarnya huruf-huruf yang melalui kerongkong mereka tidak sesuai dengan makhraj al-huruf, semata-mata tujuannya mempersona dan menakjubkan orang sahaja.


      Lagu fasik ialah lagu yang bukan berasal dari lagu arab yang diatur not kaedah muzik yang boleh merosakkan bunyi makhraj dan sifat huruf. Adapun lagu nyanyian ahli kitab iaitu lagu yang dilakukan seperti orang yang putus asa atau merintih ditimpa bencana dapat melalaikan sebutan huruf.

      3. Dalil daripada Ijmak Ulama

      Telah sepakat para ulama sepanjang zaman dari zaman Rasulullah s.a.w. sehingga sekarang dalam menyatakanbahawa membaca al-Quran secara bertajwid adalah suatu yang fardu dan wajib. Pengarang kitab Nihayah menyatakan:-

      “Sesungguhnya telah sepakat semua imam dari kalangan ulama yang dipercayai bahawa Tajwid adalah suatu yang wajib sejak zaman Nabi s.a.w. lagi sehinggalah sekarang dan tiada seorang pun yang mempertikaikan kewajipan ini”.

      Menurut Mazhab Imam As-Syafie, bahawa memelihara pembacaan kitab Allah Taala iaitu membaca secara bertajwid yang mu’tabar di sisi ahli Qiraat adalah suatu yang wajib, tiada keraguan lagi, sedangkan bacaan selain itu adalah berdosa dan karut (Abdullah al-Qari bin Haji Solleh, 1994).

      Imam Ibnu Jazari pula menyatakan dalam kitab puisinya (Muqaddimah) telah berkata:-

      والاخذ بالتجويد ختم لازم
      من لم يجود القرءان ءاثم
      لأنه به الاله أنزلا
      وهكذا منه الينا وصلا
      وهو أيضا حلية التلاوة
      وزينة الأداء والقراءة

      Ertinya:

      Mengamalkan tajwid itu suatu kewajipan
      Kerana berdosa tidak mengelokkan bacaan
      Kerana Quran itu turunnya dari Tuhan
      Dan begitulah kepada kita sampainya bacaan
      Tajwid juga perhiasan bacaan
      Dan hiasan sebutan dan bacaan


      Sheikh Qurra’ Mesir, As-Sheikh Muhammad bin Ali bin Khalaf al-Husaini dalam kitabnya " القول السديد " (Menulis Menurut Hukum), bahawa membaca al-Quran secara bertajwid itu adalah wajib dan diberi pahala bagi pembacanya, manakala membaca al-Quran tanpa tajwid (secara bacaan yang salah) adalah berdosa. Mempelajari ilmu tajwid adalah fardu ‘ain bagi orang-orang yang hendak membaca al-Quran, kerana al-Quran itu adalah diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. secara bertajwid (bacaan yang elok) dan ia juga telah sampai kepada kita secara mutawatir (Abdullah al-Qari bin Haji Solleh, 1994).

      Dalil-dalil di atas jelas menunjukkan keutamaan membaca al-Quran dengan tajwid yang betul sebagaimana ia diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w.. Oleh yang demikian, membaca al-Quran dengan tajwid yang betul adalah fardu ‘ain bagi setiap umat Islam sama ada lelaki atau pun perempuan yang mukallaf, maka hukum mempelajari ilmu tajwid yang pada asalnya adalah sunat telah menjadi wajib kerana tuntutan tersebut. Oleh kerana mengamalkan ilmu tajwid adalah satu kewajipan, maka dapatlah disimpulkan bahawa mempelajarinya juga merupakan satu kewajipan demi menyempurnakan tuntutan Allah Taala.

      KEPENTINGAN TAJWID DALAM BACAAN AL-QURAN

      Ilmu tajwid adalah ilmu yang berhubung dengan seagung-agung kitab iaitu al-Quran. Maka tidak dapat dinafikan lagi tentang kepentingan serta faedah mempelajari ilmu tajwid. Antara kepentingan-kepentingan membaca al-Quran dengan mengamalkan hukum tajwid ialah seperti berikut:

      1. Memelihara daripada kesalahan-kesalahan dalam menbaca al-Quran.

      Dengan mempraktikkan ilmu Tajwid dalam pembacaan al-Quran, seseorang itu akan terhindar daripada melakukan kesalahan-kesalahan yang merosakkan bacaan atau mencacatknya. Sekiranya membaca al-Quran dengan tajwid yang betul merupakan stu kewajipan bagi setiap muslim, maka membacanya dengan tajwid yang salah merupakan suatu dosa. Kesalahan dalam bacaan al-Quran terbahagi kepada dua, iaitu:-

      i. Kesalahan Nyata (لحن الجلي )

      Al-Lahn al-Jali (اللحن الجلي ) ditakrifkan oleh Ibn al-Jazari sebagai kesalahan yang berlaku pada lafaz yang membawa kepada kerosakan makna dan uruf bacaan. Kesalahan nyata bermaksud kesalahan yang dilakukan pada struktur perkataan sama ada kesalahan itu mencacatkan makna perkataan atau tidak. Perkataan Jali (جلي ) di sini bermaksud sesuatu kesalahan yang dapat disedari dengan jelas dan terang-terangan. Seorang ulama Mutaakhirin, Dr. AbdulAziz Abdul Fattah al-Qari talah mengemukakan takrifan dengan berkata: Kesalahan yang berlaku pada lafaz-lafaz dan menyebabkan kerosakan makna kalimah secara jelas dan perkara tersebut diketahui oleh ulama dan juga orang awam.

      Hukum melakukan kesalahan nyata ini adalah haram secara Ijmak Ulama tidak kira kesalahan itu dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja atau tidak diendahkan.

      ii. Kesalahan Tersembunyi (لحن خفي )

      Al-Lahn al-Khafi ( اللحن الخفي ) ditakrifkan sebagai kesalah yang dilakukan pada sebutan, di mana kesalahan itu menyalahi cara sebutan yang telah ditetapkan bagi sesuatu perkataan atau ayat al-Quran tanpa merosakkan makna. Kesalahan tersembunyi ini hanya dapat disedari oleh mereka yang mahir dalam tajwid dan ia tidak disedari oleh orang awam.

      Hukum melakukan kesalahan tersembunyi dalam bacaan adalah haram jika dilakukan dengan sengaja atau mempermudahkannya dan sebahaghian ulama menghukumkannya sebagai makruh. Oleh itu haram bagi orang yang telah mempelajari dan mengetahui ilmu tajwid tetapi tidak mengamalkannya dalam bacaan. Bagi orang yang tidak mempelajari ilmu Tajwid maka wajiblah mereka belajar untuk menghindarkan dirinya daripada berterusan melakukan kesalahan tersebut.

      2. Meningkatkan Minat Membacaal-Quran

      Berkat penguasaan ilmu Tajwid maka para pembaca al-Quran akan yakin bahawa mereka akan terhindar dari sebarang kesalahan, seterusnya dengan adanya penguasaan ilmu Tajwid juga kualiti bacaan al-Quran akan terpelihara. Apabila tajwid itu betul maka kecenderungan minat untuk membaca al-Quran akan lebih meningkat lagi, kerana adanya perkaitan hati sanubari dengan ayat-ayat yang dibaca. Dengan demikian, kecenderungan tersebut bukan hanya di dalam peningkatan membacanyanya sahaja, bahkan lebih cenderung untuk mendalami makna-makna yang terkandung di dalam al-Quran. Apabila terdapat motivasi sedemikian dalam diri individu, membaca al-Quran akan menjadi dasar dalam kehidupan manusia dan menjadi insane yang bertaqwa kepada Allah. Seterusnya Allah akan memberikan darjat yang tinggi di akhirat kelak.

      Bagi mereka yang menyukai al-Quran sama ada minat untuk membacanya atau minat dalam mencapai kefahaman ayat-ayatnya mendapat perumpamaan seperti mana sabda Rasulullah s.a.w. :-

      فضل القرءا على سائر الكلام كفضل الرحمن على سائر خلقه

      Maksudnya:

      Keutamaan al-Quran dibanding dengan lain-lain ucapan, adalah seperti keutamaan Allah dibanding dengan seluruh ciptaanNya. Riwayat Baihaqi.

      Dari makna hadith di atas jelas kepada kita bahawa mempelajari al-Quran sama ada membacanya hinggalah memahami makna yang terkandung di dalamnya merupakan suatu perbuatan yang paling utama dibandingkan dengan lain-lain perbuatan.

      3. Mencapai keyakinan dalam pembacaan al-Quran yang betul.

      Apabila seseorang itu mengetahui tentang hukum tajwid akan merasa yakin semasa membaca al-Quran. Mereka tidak lagi merasa ragu tentang apa jua bentuk ayat atau hukum bacaan yang ditemui di mana-mana tempat dalam al-Quran yang sebanyak 30 juzuk itu.

      Bagi golongan yang tidak tahu tentang hokum tajwid mereka akan gelisah dan tidak tenang dalam bacaannya kerana tidak yakin betul atau salah ayat yang di bacanya dari segi hukum tajwid.

      4. Mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat


      Terdapat banyak ayat al-Quran dan hadith nabi yang menerangkan tentang kelebihan membaca al-Quran yang menjamin kebahagiaan seseorang di dunia dan di akhirat, antaranya ialah firman Allah Taala dalam Surah al-Fatir ayat 29 dan 30:-

      Maksudnya:

      Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi. Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.

      Dalam hadith riwayat Uthman bin Affan r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:-

      خيركم من تعلم القرءان وعلمه

      Maksudnya:

      Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Quran dan mengajarnya. (Sahih Bukhari)

      Dalam masa hayat Rasulullah s.a.w. al-Quran dibacakan dengan penuh khusyuk dan bertajwid. Bacaan baginda penuh menggambarkan pengertian dan maksud-maksud yang dikehendaki. Oleh kerana itu pembaca-pembaca al-Quran hendaklah membaca sebagaimana bacaan Rasulullah s.a.w. supaya Kitab itu selalu memberi kesan dan pengaruh kepada pembaca dan pendengarnya. Nabi Muhammad s.a.w. telah pun bersabda:

      من قرأ القرءان فأعرب في قرأته كان له بكل حرف عشرون حسنة ،
      ومن قرأ بغير اعراب كان له بكل حرف عشر حسنا ت
      Maksudnya:

      Sesiapa yangmembaca al-Quran menurut lidah yang terang (fasih) ia memperolehi 20 ganjaran kebajikan dengan setiap huruf yang dibacanya, dan sesiapa yang membaca al-Quran dengan sebutan bukan arab adalah ia memperolehi 10 ganjaran kebajikan dengan setiap huruf yang dibaca.

      Sumber Artikel : http://fadzilahharon.blogspot.com

      Selingan Video :





      28 November 2010

      Wajibat 38

      Wajibat adalah plural kepada “wajib” bererti kewajipan-kewajipan. Ia bermakna kewajipan-kewajipan yang harus kita lakukan di sepanjang kita melalui atau menempuh Jalan Dakwah dalam menuju kepada Allah swt. Kekurangan atau kepincangan dalam melaksanakannya sering menyebabkan seseorang tergelincir menyimpang dari jalan sebenar atau berada di dalam jalan tetapi berhenti di pertengahannya sahaja. Dalam kedua-dua hal di atas, kesudahannya ialah dia tidak kesampaian ke hujung Jalan.

      TAJUK-TAJUK WAJIBAT 38

         1. Bacalah Al-Quran setiap hari dan baikilah cara bacaan kita.


         2. Banyakkan membaca buku-buku Seerah, Hadis, Aqidah, Feqah dan lain-lain.


         3. Jagalah kesihatan.


         4. Jauhi minuman dan merokok yang boleh menjejas kesihatan.


         5. Sentiasa berada dalam kebersihan.


         6. Jangan bercakap bohong.


         7. Jangan memunkiri janji.


         8. Jadilah seorang yang berani.


         9. Jaga hemah diri untuk orang boleh menghormati.


        10. Hiasi diri dengan sifat malu, tawadhuk, sensitif terhadap baik dan buruk.


        11. Jadilah seorang yang adil dalam semua keadaan.


        12. Aktifkan diri dalam kerja-kerja khidmat masyarakat.


        13. Milikilah sifat-sifat yang dengannya kita disenangi orang ramai.


        14. Mahir dan banyakkan membaca dan menulis.


        15. Berniaga sendiri adalah sifat yang mulia bagi pendakwah.


        16. Bekerja sendiri lebih baik untuk Dakwah dari makan gaji kerajaan.


        17. Setiap kita mesti cemerlang dalam apa bidang atau pekerjaan yang diceburi.


        18. Bersegera menunaikan hak-hak diri dan orang lain tanpa berlengah-lengah.


        19. Jauhi judi dan segala aktiviti pendapatan wang yang haram.


        20. Jauhi riba.


        21. Bantu tingkatkan ekonomi umat Islam.


        22. Peruntukkan sebahagian wang kita untuk Dakwah dan orang yang memerlukan.


        23. Buat tabungan wang untuk kecemasan dan jauhi bermewah dalam berbelanja.


        24. Praktikkan budaya Islam menggantikan budaya Barat yang dipakai orang ramai.


        25. Jauhkan diri dari kelab dan ideologi yang jauh dari Islam.


        26. Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan sunat dan nawafil.


        27. Sentiasa dalam keadaan bersuci.


        28. Solat dengan sempurna, secara berjemaah di surau atau masjid.


        29. Tunaikan puasa Ramadan dan Haji tanpa lengah jika telah mampu.


        30. Sentiasa rindu Jihad, mati syahid dan membuat persiapan untuknya.


        31. Selalu bertaubat dan istighfar. Jauhi dosa dan muhasabah diri setiap hari.


        32. Berjihad melawan nafsu sehingga kita dapat memimpinnya.


        33. Jauhi arak dan apa yang memabukkan.


        34. Jauhi orang yang jahat dan rosak serta sarang-sarang maksiat dan dosa.


        35. Tinggalkan sikap berpoya-poya dan bermewah-mewah.


        36. Saling berkenalan dan bantu membantu dengan pendokong-pendokong Islam.


        37. Jauhi badan atau kumpulan yang sia-sia.


        38. Sentiasa berfikir dan berusaha menjayakan Dakwah Islam dalam masyarakat.


      Sumber Artikel : http://inijalanku.wordpress.com





      Peranan Seorang Teman


      Tidak ada seorang manusia pun di muka bumi  ini yang dapat  hidup tanpa bantuan orang lain. Manusia adalah makhluk sosial yang pasti memerlukan  pergaulan sesama manusia.

      Di dalam pergaulan tersebut seseorang akan memiliki teman, baik teman di sekolahnya, di tempat kerjanya ataupun di sekitar tempat tinggalnya.  Teman atau sahabat merupakan eleman penting yang berpengaruh bagi kehidupan seseorang.

      Islam sebagai agama yang sempurna dan menyeluruh telah mengatur bagaimana adab dan batasan-batasan di dalam pergaulan. Sebab betapa besar kesan yang akan menimpa seseorang akibat bergaul dengan teman-teman yang jahat, dan sebaliknya betapa besarnya manfaat yang dapat diperoleh oleh seseorang yang bergaul dengan teman yang soleh.

      Banyak di antara manusia yang terjerumus ke dalam kancah kemaksiatan dan kesesatan disebabkan bergaul dengan teman-teman yang jahat dan banyak pula di antara manusia yang mereka mendapat hidayah disebabkan bergaul dengan teman-teman yang soleh.

      Di dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w menyebut tentang peranan dan kesan seorang teman:
      “Perumpamaan teman yang baik dengan teman yang jahat adalah seperti penjual minyak wangi dengan tukang besi. Adapun penjual minyak wangi tidak melalui kamu, baik engkau akan membelinya atau engkau tidak membelinya, engkau pasti akan mendapat baunya yang harum, sementara si tukang besi ia akan membakar bajumu atau engkau akan mendapat baunya yang tidak enak.”

      Berdasarkan hadis tersebut, dapat diambil ikhtibar akan peri pentingnya bergaul dengan teman yang soleh yang mempunyai dua kemungkinan; yang kedua-duanya baik, iaitu:

      Kita akan menjadi baik atau kita akan memperoleh kebaikan yang dilakukan oleh teman kita. Sedangkan bergaul dengan teman yang jahat juga mempunyai dua kemungkinan yang kedua-duanya jahat, (buruk) iaitu:

      Kita akan menjadi jahat atau kita akan ikut memperoleh kejahatan yang dilakukan teman kita.
      Bahkan Rasulullah s.a.w menjadikan seorang teman sebagai contoh terhadap baik dan buruknya agama seseorang. Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w memerintahkan kepada kita agar memilih dengan siapa kita bergaul.

      Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
      “Agama seseorang sesuai dengan agama temannya, maka hendaknya seseorang di antara kamu melihat dengan siapa dia bergaul.”

      Dan dalam sebuah syair disebutkan yang bermaksud: “Jangan tanya tentang seseorang, tapi tanya tentang temannya, sebab orang itu pasti akan mengikuti kelakukan temannya.”

      Demikianlah kerana memang fitrah manusia cenderung ingin selalu meniru tingkah laku dan keadaan temannya. Sehingga pengaruh kejahatan akan lebih mudah mempengaruhi kita disebabkan lemahnya hati kita.

      Berhati-hati memilih teman adalah sikap yang diajarkan Ahli Sunnah Wal-Jamaah, iaitu menjauhi para penyeru bidaah, para pengikut hawa nafsu dan orang-orang fasik yang terang-terangan menampakkan dan menyerukan kefasikannya ini merupakan salah satu tindakan pencegahan terhadap bahaya lingkungan pergaulan dan agar umat terhindar daripada pengaruh kemaksiatan tersebut.

      Seorang teman memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan kita, maka janganlah ia menyebabkan kita menyesal pada hari kiamat nanti disebabkan pujuk rayu dan pengaruhnya sehingga kita tergelincir daripada jalan yang hak dan terjeremus dalam kemaksiatan.

      Sumber Artikel : http://ummatanwasatan.net 

      Selingan Video :










      Indahnya Husnuzzon

      “Hubungan yang baik antara satu dengan lain dan khususnya antara muslim yang satu dengan muslim lainnya merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya. Ini kerana Allah telah menggariskan bahawa mukmin itu bersaudara. Itulah sebabnya, segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh dan memantapkan persaudaraan harus ditumbuhkan dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap dan sifat yang dapat merosak ukhuwah harus dihilangkan. Agar hubungan ukhuwah islamiyah itu tetap terjalin dengan baik, salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah husnuzzon (berbaik sangka).


      Oleh kerana itu, apabila kita mendapatkan informasi negatif tentang sesuatu yang terkait dengan peribadi seseorang apalagi seorang muslim, maka kita harus melakukan tabayyun (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya apalagi meresponnya secara negatif, Allah berfirman yang ertinya:

      “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
      (Al-Hujuraat : 6)

      Manfaat Berbaik Sangka

      Ada banyak nilai dan manfaat yang diperolehi seseorang muslim bila dia memiliki sifat husnuzzon kepada orang lain.

      1. Hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, perkara ini kerana berbaik sangka dalam hubungan sesama muslim akan menghindari terjadinya keretakan hubungan. Bahkan keharmonian hubungan akan semakin terasa kerana tidak ada halangan psikologis yang menghambat hubungan itu.

      2. Terhindar dari penyesalan dalam hubungan dengan sesama kerana buruk sangka akan membuat seseorang menimpakan keburukan kepada orang lain tanpa bukti yang benar, Allah berfirman sebagaimana yang disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 6 di atas.

      3. Selalu berbahagia atas segala kemajuan yang dicapai orang lain, meskipun kita sendiri belum dapat mencapainya, perkara ini memiliki erti yang sangat penting, kerana dengan demikian jiwa kita menjadi tenang dan terhindar dari iri hati yang boleh berkembang pada dosa-dosa baru sebagai kelanjutannya. Ini bererti kebaikan dan kejujuran akan membawa kita pada kebaikan yang banyak dan dosa serta keburukan akan membawa kita pada dosa-dosa berikutnya yang lebih besar lagi dengan dampak negatif yang semakin banyak.

      Ruginya Berburuk Sangka

      Manakala kita melakukan atau memiliki sifat berburuk sangka, ada sejumlah kerugian yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.

      1. Mendapat dosa. Berburuk sangka merupakan sesuatu yang jelas-jelas bernilai dosa, kerana disamping kita sudah menganggap orang lain tidak baik tanpa dasar yang jelas, berusaha menyelidiki atau mencari-cari keburukan orang lain, juga akan membuat kita melakukan dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk tentang orang lain yang kita berburuk sangka kepadanya,

      Allah berfirman yang ertinya :
      “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
      (Al-Hujuraat : 12)

      2. Dusta yang besar. Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang kita kemukakan merupakan suatu dusta yang sebesar-besarnya, perkara ini disabdakan oleh Rasulullah : “Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta”

      HR. Muttafaqun alaihi

      3. Menimbulkan sifat buruk. Berburuk sangka kepada orang lain tidak hanya berakibat pada penilaian dosa dan dusta yang besar, tetapi juga akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk lainnya yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya dengan orang lain, sifat-sifat itu antara lain ghibah, kebencian, hasad, menjauhi hubungan dengan orang lain dan lain-lain.

      Rasulullah bersabda : “Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta.
      HR. Bukhari


      Larangan Berburuk Sangka

      Kerana berburuk sangka merupakan sesuatu yang sangat tercela dan mengakibatkan kerugian, maka perbuatan ini sangat dilarang di dalam Islam sebagaimana yang sudah disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 12 di atas. Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka, maka masing-masing kita harus menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan persaudaraan, apalagi dengan sesama muslim dan aktivis dakwah. Disamping itu, bila ada benih- benih di dalam hati perasaan berburuk sangka, maka perkara itu harus segera dicegah dan dijauhi kerana ia berasal dari godaan syaitan yang bermaksud buruk kepada kita. Dan yang lebih penting lagi adalah memperkukuh terus jalinan persaudaraan antara sesama muslim dan aktivis dakwah agar yang selalu kita kembangkan adalah berbaik sangka, bukan malah berburuk sangka.

      Oleh kerana itu, Khalifah Umar bin Khattab menyatakan: Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan. Demikian perkara-perkara dasar yang harus mendapat perhatian kita dalam kaitan dengan sikap husnuzhzhan (berbaik sangka).

      Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.

      “Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah “

      Oleh : arjunasetia
      Artikel asal susunan : norasita
      *Artikel ini adalah sumbangan ahli komuniti Forum Ehsan 


      25 November 2010

      Ketenangan Hati


      Ketenangan hati adalah satu perkara yang sangat penting. Tidak mungkin ada seorang manusia walau apapun latarbelakang agama, budaya dan pemikiran yang tidak bersetuju bahawa ketenangan hati dan ketenteraman jiwa ialah satu perkara paling penting bagi seseorang manusia. Mungkin mereka berbeza dari segi cara untuk mencapai ketenangan hati, ketenteraman jiwa dan keheningan rohani, tetapi mereka tetap bersetuju bahawa perkara ini adalah satu perkara yang maha kritikal bagi setiap insan.

      Keutuhan dan kemantapan emosi berkait rapat dengan keheningan spiritual dan kemantapan minda. Seseorang yang pemikirannya meyakini bahawa dirinya adalah berasal daripada sesuatu ketidaksengajaan biologi berevolusi daripada monyet kepada manusia, tentunya tidak sama dalam menghadapi kejadian hidup ini dengan seorang yang berkeyakinan bahawa insan adalah ciptaan Tuhan yang paling baik, dan di sana Tuhan tetap berperanan dalam setiap gerak hukum apa yang berlaku di bumi mahupun di langit. Dan Tuhan bukan sahaja berurusan dengan manusia, tetapi setiap atom dan molekul yang ada di atas muka bumi ini, antara langit dan  bumi ini serta apa yang ada di atas langit yang tujuh ini, semuanya adalah milik mutlak Tuhan yang Maha Esa dan berfungsi berdasarkan ketetapan ilmuNya dan izinNya.

      Seseorang yang menjalani hidup ini dengan hanya melihat bahawa Tuhan ialah Tuhan dan aku ialah aku, sama sekali tidak sama dengan seseorang yang hidup di atas muka bumi ini dengan mengenal Tuhan ialah satu-satunya Tuhan, dan aku ialah hamba ciptaanNya. Menyelami hakikat rasa hina seorang hamba dijalin dengan rasa mulia menjadi hamba kepada Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Agung. Seseorang yang menyedari bahawa sentiasa ada di sana satu Kudrat yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta sentiasa berkata : “Wahai hambaKu, mintalah kepadaKu, akan Kupenuhi segala permintaan kamu!” tentulah tidak sama dengan seseorang yang hanya melihat hidup ini hanyalah antara aku dan kemampuanku.

      Seorang anak kecil akan berasa selamat dan tenang apabila berada di sisi ibu dan bapanya. Bukan sekali kita melihat senario seorang kanak-kanak yang menangis kerana terpisah daripada ibu dan bapanya semasa membeli belah di pasar raya. Kenapa? Adakah kerana fizikalnya tercedera? Tentu tidak, tetapi “ketenteraman” dan “ketenangan hatinyalah” yang tercedera. Kita dapat lihat bagaimana seorang anak kecil yang menangis kerana lututnya berdarah lantaran jatuh, berhenti menangis hanya kerana si ibu berkata, “Dah, jangan menangis..sikit je tu. Nanti ibu sapukan ubat”. Adakah dengan berkata demikian, sakit luka yang dirasainya sudah hilang? Tidak! Sakit luka di lututnya masih terasa, tetapi tangisannya terhenti kerana rasa “sakit” pada jiwa dan emosinya telah pun diubati dan telah hilang diganti dengan rasa tenteram, kerana anak itu yakin ibunya memahami “penderitaannya” dan ibunya “mampu” mengubati luka dilututnya dengan ubat yang akan disapu nanti. Hal ini menunjukkan bahawa ketenteraman hati dan ketengan hidup adalah satu kuasa maha ajaib yang sangat diperlukan dalam hidup seorang manusia. Adalah menjadi satu hukum serta prinsip alam, sesorang itu akan berasa aman dan tenang apabila mengetahui bahawa di sana adanya satu “kuasa” yang mampu mengatasi segala kebimbangan dan rasa terancam yang ada.

      Seorang genius sekalipun, tanpa kemantapan dan kecemerlangan emosi pasti tidak dapat menggunakan kegeniusan dan ketinggian IQ-nya dengan betul jika jiwanya sentiasa bercelaru dan tidak mantap. Kecemerlangan dan kemantapan jiwa inilah yang disebut sebagai EQ. Tetapi seseorang yang mantap EQnya, walaupun dia hanya seorang yang buta huruf, tetapi dengan ketenangan jiwa yang dimilikinya, dia dapat menghadapi hidup dan segala masalah hidup ini dengan penuh ketenangan dan ketertiban. Malahan, seringkali terlontar daripada patah bicaranya perkatan-perkataan yang bersifat “teraputik” yang mampu menyegarkan kerengsaan jiwa dan kegersangan emosi.

      Kekuatan rohaniah (SQ) akan menjadi penjana EQ yang kental, dan EQ yang ada akan menyempurnakan IQ seseorang walau pada tahap manapun IQnya berada. Bukan semua orang dapat menjadi pandai tetapi semua orang boleh menjadi bijaksana. Allah, Tuhan yang telah menciptakan manusia malah seluruh alam ini telah menyatakan sebagai satu prinsip, “Bukankah dengan berzikir kepada Allah, hati akan menjadi tenang?” (Ar-Ra’d):28. Berzikir membawa maksud yang luas, iaitu kita dapat menyebut dan mengingati Allah, merasakan kehadiranNya dan berasa keagunganNya dalam setiap masa dan keadaan. Mana mungkin mungkin seseorang yang melihat Tuhan itu (dengan segala kebesaran dan kekuasaanNya) berada begitu hampir dengan dirinya masih boleh berasa tidak tenteram dan aman?

      Mereka yang benar-benar membina kekuatan dan “nur” kerohanian yang jernih, pasti akan mampu merasa ketenangan hidup dan kekentalan serta keharmonian emosi. Allah berfirman. “ Dialah yang menurun ‘sakinah’ ke dalam hati orang-orang yang beriman” (Al-Fath:4). Sakinah bermaksud ketenangan yang tetap.

      Jika demikian, sudah tentu dalam apa yang diperintahNya itu ada alat-alat untuk membolehkan kita membawa dan membina ketenangan hati seperti amalan zikrullah, solat, tafakur, amalan doa, wuduk dan lain-lain lagi. Semoga hati kita tidak ‘buta’ daripada melihat dan merasai kebesaran Allah, Tuhan sekalian alam.

      Selingan Video : Hayati & Runungkan Lirik Lagu di bawah









      Atas Nama Cinta

      PROLOG

      Hidupku kini amat bahagia, aku amat bersyukur ke hadrat Allah yang memberikan kebahagiaan yang tiada taranya ini, hidup dikelilingi kasih sayang, cinta, kesenangan yang berkekalan....

      Ditambah dengan kehadiranmu, aku tahu, kau amat menyintai diriku, dan saban hari pasti aku akan mendengar kata-katamu ini yang tak pernah jemu kau ucapkan:

      *Demi ALLAH, tidak ada sesuatu yang lebih indah dari awak disini...
      "Demi ALLAH tidak ada sesuatu yang lebih aku cintai disini selain daripada awak...."

      KISAHNYA
       
      Aku masih ingat detik pertama pertemuanku dengannya..

      ketika itu aku sedang berjalan di sebuah dataran pesisiran pantai yang amat indah dan tak pernah kujejaki sebelum ini. Aku sendiri bagai lupa jalan pulang. Aku meneruskan langkah dengan harapan bertemu sesiapa yang boleh menunjukkan arah supaya aku dapat pulang ke destinasi asalku.

      Tiba-tiba aku terlihat kelibat seorang wanita dari kejauhan. Aku mempercepatkan langkah menuju kearah wanita itu. Dan aku semakin hampir padanya.

      Semakin aku mendekatinya, aroma yang amat harum dan mengasyikkan menerpa hidungku. Wanita itu berdiri merenung ke arah laut dan tidak memperdulikan kedatanganku. Selindang putih mentupi bahagian kepalanya berbuai-buai ditiup angin pantai.

      " cik..boleh saya tumpang bertanya..."

      Dia pun menoleh ke arahku...

      MasyaAllah!...alangkah jelitanya wanita ini..tidak pernah kulihat kecantikan yang sebegini rupa! Aku terlopong dan terleka seketika melihat kecantikan wajahnya.Hatiku menjadi terus terpaut padanya. Aku jadi lupa untuk bertanya arah, kerana hanya yang terkeluar dari mulutku adalah:

      "siapakah awak ni cik? sudikah menjadi isteri saya?"

      Dia terus menjawab dengan selamba:
      "Saya Ainul Mardhiah, kalau inginkan saya, masuklah meminang.."

      Dengan pantas aku bertanya kembali:
      " Betul ke ni?..bagaimana caranya?

      Dia menjawab : "Pinanglah aku daripada TUHANku dan berilah mas kahwinnya."

      Aku menjadi keliru seketika, dan bertanya lagi: berapa harga maskahwin tu?

      " Solat Tahajjud yang istiqamah...akulah bidadari syurga"
      seketika itu juga aku terjaga dari tidurku.....

      Demikian kisah yang diceritakan oleh bapa Thabit al-Bunani, seorang ulama tabiin di Basrah, dalam kitab al-Tazkirah oleh Imam al-Qurtubi.

      EPILOG

      Apabila kita renungkan berbagai-bagai nas yang menceritakan tentang bidadari syurga ini, kita akan dapati bahawa mereka ialah makhluk yang terlalu sempurna untuk dijangkau imaginasi manusia yang terbatas. Kecantikan, kejernihan, kelembutan, dan kewangian tubuh mereka mengatasi wanita mana pun di muka bumi ini.

      ALLAH menyebut mereka dengan panggilan hurul ain, iaitu wanita yang berkulit putih dan bermata lebar dengan bola mata yang sangat hitam bak mata rusa yang sangat cantik. Begitu indah dan jernihnya tubuh mereka, sehingga seakan-akan mereka itu ialah permata yakut dan marjan. (Ar-Rahman : 58)

      Dalam hadith al-Bukhari daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,

      "Andai seorang wanita syurga menampilkan diri kepada penduduk dunia, nescaya teranglah apa yang ada di antara timur dan barat, penuhlah apa yang ada di antara kedua-duanya dengan wangian. Tudung yang menutup kepalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya."
      WANITA-WANITA MUKMINAT LEBIH CANTIK DARIPADA BIDADARI SYURGA!

      Secantik apa pun bidadari-bidadari ini, namun wanita-wanita mukminat jauh lebih cantik daripada mereka, iaitu orang-orang yang membasuh mukanya setiap hari dengan air wudhuk, melaksanakan solat, dna taat akan suaminya demi mencapai keredhaan ALLAH swt.

      Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (Al-Waqiah : 35-36)

      Menurut beberapa orang ahli tafsir, antara lain Abu al-Hasan al-Mawardi, ayat ini berbicara tentang wanita-wanita mukminat di dunia. ALLAH mengembalikan mereka menjadi gadis-gadis muda meskipun sebelumnya telah menjadi nenek tua yang lemah. Mereka akan dibangkitkan kembali sebagai wanita yang sangat cantik lalu dipersatukan kembali dengan suami-suami mereka di dunia.

      Apa yang dikisahkan didalam PROLOG diatas pula adalah sebuah hadis dari Ibn Abbas, 'uruban ertinya bidadari ini sangat merindui dan mencintai suami-suami mereka. Mereka sering berkata, "Demi ALLAH, tidak ada di dalam syurga ini, sesuatu yang lebih indah daripada engkau. Demi ALLAH tidak ada di dalam syurga ini sesuatu yang lebih aku cintai daripada engkau." Demikian sebagaimana dinyatakan dalam hadis panjang riwayat Abu Ya'la daripada Abu Hurairah.

      Kerana besarnya cinta seorang bidadari kepada suaminya, mereka seringkali mengintip calon suaminya yang masih di dunia lagi. Mereka marah apabila melihat calon suaminya ini disakiti oleh isteri-isteri mereka di dunia.

      At-Timirzi meriwayatkan daripada Muaz bin Jabal sabda Rasulullah saw yang bermaksud,
      "Tidaklah seorang isteri menyakiti suaminya di dunia, melainkan isterinya dalam kalangan bidadari berkata, “Jagalah engkau wahai isteri yang tidak menghormati suami! Dia hanya sementara bersamamu. Tidak lama lagi ia akan segera berpindah kepada kami."

      KISAH UMMU DARDA'

      Ummu Darda', nama asalnya ialah Hujaimah al-Himyariah. Beliau ialah isteri Abu Darda', seorang sahabat rasulullah saw yang hidup di Syam. Ummu Darda' dan Abu Darda' adalah pasangan bahagia.

      Suatu hari, Ummu Darda' berdoa di hadapan suaminya, "Ya ALLAH, sesungguhnya Abu Darda' meminangku di dunia, lalu aku menikahinya. Maka sekarang aku meminangnya kepadaMU untuk menjadi suamiku di syurga."

      Mendengar ucapan ini, Abu al-Darda' berkata, "Jika engkau ingin menjadi isteriku di syurga, janganlah menikah lagi setelah aku meninggal dunia."

      Ummu al-Darda' seorang wanita yang cantik dan cerdas. Maka setelah Abu Darda' wafat, Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan datang untuk meminangnya. Namun, isteri yang setia dengan cinta pertamanya ini menolak pinangan tersebut.

      Kisah Ummu al-Darda' mengingatkan kita bahawa cinta yang terjalin kerana ALLAH dan mengharapkan redha Ilahi tidak akan berakhir dengan kematian. Akan tetapi, akan terus menyala dan hidup kekal di dalam syurga abadi.

      Oleh : arjunasetia
      Artikel asal susunan : Majalah Solusi isu 24 - karya Umar M Noor
      *Artikel ini adalah sumbangan ahli komuniti Forum Ehsan 

      "Sesungguhnya, bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah SWT" (Al-Ahzab Ayat 21).

      Artikel Terkini

      Kongsi Pautan

      Assalamualaikum.

      Pihak admin mengalu-alukan semua pengunjung blog ini untuk berkongsi sebarang pautan yang memberi manfaat kepada pengunjung yang lain. Semoga segala yang baik itu dapat dipanjang-panjangkan mudah²an menjadi salah satu amal solih di sisi Allah SWT insyaAllah..Terima kasih di atas perkongsian anda ini.




      p/s : Sekiranya blog/website anda dalam kategori ini, dipersilakan juga untuk dikongsikan di sini :)

      NOTIS PENAFIAN : Laman web www.al-ehsaniah.blogspot.com bukan laman web rasmi bagi Masjid Al-Ehsaniah Kg. Melayu Bt. 16, Rawang. Laman web ini adalah hasil inisiatif sendiri ahli qariah kerana masjid ini masih belum memiliki laman web rasmi sebagai salah satu medium dakwah dan penyampaian maklumat yang agak penting ketika ini. Penggunan istilah Admin di dalam web ini bukan merujuk kepada Pihak Pengurusan Masjid tetapi sekadar merujuk kepada pengurus web ini sahaja. Sekiranya terdapat sebarang aduan/cadangan/maklum balas terhadap masjid melalui laman web ini pihak admin akan memanjangkannya kepada pihak yang sepatutnya. Walau bagaimanapun pihak admin mengingatkan adalah lebih baik berhubung terus dengan pihak Pengurusan Masjid yang sebenar. Sila rujuk direktori pengurusan masjid di laman Organisasi.