02 Disember 2010

Doa - ( Sajak Nukilan A Aziz Deraman)

Assalamualaikum.

"Doa" ini adalah sajak nukilan A Aziz Deraman. Saya pasti ramai yang mencari sajak ini selepas kedengaran di radio IKIM. Mudah²an ia memberi manfaat untuk kita semua.

~~~~~~~~~~~~

Ya Allah
hanya bagi-Mu segala puji
atas nikmat kaukurniakan

Ya Allah Ya Rabbi
rahmatkanlah akan penghuluku keluarga dan para
sahabatnya
rahmatkanlah akan segala anbia dan pesuruh-Mu
rahmatkanlah akan segala para wali dan syuhada
rahmatkanlah akan segala hamba-Mu yang beriman,
maka demi kebesaran dan kemuliaan-Mu
pula aku mohon kebajikan
pula aku mohon perlindungan,
berikanlah aku kekuatan imanku
banyak rezekiku panjang usiaku
dalam rahmat dan sejahtera-Mu.
Jauhilah daku dengan bala dan celaka
Jauhilah daku dengan dosa jahat dan duka nestapa

Ya Allah Ya Rahman
aku mohon limpah perkenan dan keampunan-Mu
aku mohon petunjuk dan keredaan-Mu.
Jadikanlah doaku ini tiang sinar cahaya
hikmatnya bisa menerangi ceruk rantau bumi
hikmatnya bisa menyapu buih-buih laut
hikmatnya bisa memindahkan setiap biji pasir Sahara.
Jadikanlah doaku ini senjataku
buatku perolehi kemenangan dunia akhirat-Mu

Ya Allah Ya Rahim
jauhilah umat-Mu
daripada pecah belah
jauhilah bangsaku
daripada lembah hina-dina
jauhilah kami
daripada jalan Kaumurka

Ya Allah Ya Tuhanku
biar pada-Mu saja
kami berlindung.
Amin

p/s : Pos ini adalah permulaan bagi kategori "Doa Senjata Mukmin". Nantikan himpunan² doa di bawah kategori ini!! InsyaAllah..






0 komen:

Catat Ulasan

"Sesungguhnya, bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah SWT" (Al-Ahzab Ayat 21).

Kongsi Pautan

Assalamualaikum.

Pihak admin mengalu-alukan semua pengunjung blog ini untuk berkongsi sebarang pautan yang memberi manfaat kepada pengunjung yang lain. Semoga segala yang baik itu dapat dipanjang-panjangkan mudah²an menjadi salah satu amal solih di sisi Allah SWT insyaAllah..Terima kasih di atas perkongsian anda ini.




p/s : Sekiranya blog/website anda dalam kategori ini, dipersilakan juga untuk dikongsikan di sini :)

NOTIS PENAFIAN : Laman web www.al-ehsaniah.blogspot.com bukan laman web rasmi bagi Masjid Al-Ehsaniah Kg. Melayu Bt. 16, Rawang. Laman web ini adalah hasil inisiatif sendiri ahli qariah kerana masjid ini masih belum memiliki laman web rasmi sebagai salah satu medium dakwah dan penyampaian maklumat yang agak penting ketika ini. Penggunan istilah Admin di dalam web ini bukan merujuk kepada Pihak Pengurusan Masjid tetapi sekadar merujuk kepada pengurus web ini sahaja. Sekiranya terdapat sebarang aduan/cadangan/maklum balas terhadap masjid melalui laman web ini pihak admin akan memanjangkannya kepada pihak yang sepatutnya. Walau bagaimanapun pihak admin mengingatkan adalah lebih baik berhubung terus dengan pihak Pengurusan Masjid yang sebenar. Sila rujuk direktori pengurusan masjid di laman Organisasi.