16 November 2010

* 1st Post - Selamat Datang!

Assalamualaikum.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyang. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya dan para sahabat keseluruhannya. 
Pengunjung@Pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian,

Tujuan blog ini dibangunkan dengan izin, kudrat dan iradat Allah SWT adalah semata-mata untuk menjadi salah satu medium dakwah, penyampaian & perkongsian maklumat dan juga sebagai salah satu alat perhubungan antara pihak pengurusan masjid dan masyarakat setempat khususnya. 

InsyaAllah blog ini akan diusahakan untuk dikemaskini dari semasa ke semasa bagi memastikan tujuan pembinaannya terlaksana secara berkesan. Ianya merangkumi susun atur, pemilihan pautan, penggunaan aplikasi multimedia, paparan² yang user friendly dan yang paling penting adalah pengisian artikel/catatan yang dipostkan 'berkualiti dan berkhasiat' sebagai makanan rohani untuk kita semua.

Untuk makluman, artikel/catatan blog ini tidak semestinya 100% hasil tulisan blogger. Ianya mungkin diambil daripada sumber-sumber lain sebagai perkongsian yang bermanfaat untuk pengunjung@pembaca di blog ini. Ia juga tidak semestinya perkara baru, kemungkinan juga artikel/catatan itu sesuatu yang telah diketahui umum tetapi sebagai ulangan atas dasar ingat-mengingati antara kita sesama insan.

Segala yang baik itu digalakkan untuk dipanjang-panjangkan dengan kata lain isi kandungan blog ini adalah dibenarkan kepada sesiapa sahaja yang ingin menyalinnya dengan tujuan dakwah dan kebajikan. Jika ingin berbuat demikian mohon diletakkan pautan ke blog ini supaya pengunjung@pembaca lain juga dapat membaca artikel²/catatan² lain di blog ini.

Sila emel kepada alehsaniah@gmail.com sekiranya ada sebarang cadangan. Semoga blog ini benar-benar memberi manfaat kepada semua termasuklah pengurus blog sendiri selaku blogger di sini. Sesungguhnya Allah SWT berkuasa ke atas tiap² sesuatu. Oleh itu, segala yang baik itu daripada Allah SWT, yang kurang itu juga daripada Allah SWT dengan kehendak-Nya atas kelemahan dan kedhoifan diri blogger. 
Selamat Membaca! Selamat Beramal! Selamat Dunia & Akhirat InsyaAllah..amin..
al faqir ilallah,
blogger @ alehsaniah.blogspot.com
16 Nov 2010 / 9 Zulhijjah 1431 Hijrah



Inilah Seruan Dakwahku
Aku hanya menyeru :


• Berpegang teguh pada akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah berdasarkan Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah

• Berpegang pada mazhab yang muktabar dan menghormati khilaf

• Memiliki Ihsan (tasawwuf) dalam rukun Iman dan Islam

• Berpegang pada ilmu yang bersanad, memuliakan ulama yang haq dan mencintai para auliya’

• Berzikir agar menghasilkan cinta Allah dan memecahkan mazmumah nafsu

• Berpuasa pada setiap Isnin dengan memaafkan kesalahan, menahan marah, infaq pada anak yatim, fakir miskin dan fi sabilillah, ziarah kasih sayang, qiamullail pada malamnya, memperbanyakkan membaca Al-Quran dan mengadakan Majlis Maulud demi memuliakan dan menzahirkan cinta terhadap Nabi sallaLlahu صلى الله عليه وآله وسلم.

• Menyebarkan dakwah kasih sayang tanpa mengira fahaman dan kumpulan

• Membantu perjuangan Islam, amal ma’ruf dan nahi mungkar

• Memberi kekuasaan pemerintahan kepada golongan yang bertakwa

• Kuat berusaha, berfikir jauh dan istiqamah serta tidak menentang kemajuan

• Tidak menyinsing lengan kepada mereka yang menentang

• Bersikap air dengan api yang menyala, tidak menyerang walau diserang. Menjauhi marah walau dimarah, menjauhi permusuhan walau dimusuhi, tiada memfitnah walau difitnah, membetulkan kesilapan jika disedari

Jika seruan ku diterima, pada Allah aku rafakkan syukur. Jika aku ditolak, dihina dan dipulau, aku akan berkhalwah dengan Tuhanku. Hanya pada Dzat Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Esa tempat ku mengadu.

Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم adalah penghibur hatiku. Teman yang setia adalah harta kekayaanku, keluarga adalah penyejuk hatiku, murid-murid adalah penyambung perjuanganku
Semoga bumi ini, kembali kuat dengan agama, raja memayungi rakyat dengan iman, pemimpin memerintah dengan amanah dan adil, rakyat hidup hormat menghormati dan berkasih sayang walaupun berbeza pendapat, masjid dan surau kembali bersinar, kemungkaran menjadi lemah kerana tiada peminatnya, khazanah kekayaan melimpah diberkati Allah, generasi muda beriman dan berilmu, kemajuan terkawal dengan ketakwaan! 
 Dipetik dari kata-kata guruku 'arifbillah tokku

NOTIS PENAFIAN : Laman web www.al-ehsaniah.blogspot.com bukan laman web rasmi bagi Masjid Al-Ehsaniah Kg. Melayu Bt. 16, Rawang. Laman web ini adalah hasil inisiatif sendiri ahli qariah kerana masjid ini masih belum memiliki laman web rasmi sebagai salah satu medium dakwah dan penyampaian maklumat yang agak penting ketika ini. Penggunan istilah Admin di dalam web ini bukan merujuk kepada Pihak Pengurusan Masjid tetapi sekadar merujuk kepada pengurus web ini sahaja. Sekiranya terdapat sebarang aduan/cadangan/maklum balas terhadap masjid melalui laman web ini pihak admin akan memanjangkannya kepada pihak yang sepatutnya. Walau bagaimanapun pihak admin mengingatkan adalah lebih baik berhubung terus dengan pihak Pengurusan Masjid yang sebenar. Sila rujuk direktori pengurusan masjid di laman Organisasi.

1 komen:

Masjid Al-Ehsaniah berkata...

InsyaAllah..

Catat Ulasan

"Sesungguhnya, bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah SWT" (Al-Ahzab Ayat 21).

Kongsi Pautan

Assalamualaikum.

Pihak admin mengalu-alukan semua pengunjung blog ini untuk berkongsi sebarang pautan yang memberi manfaat kepada pengunjung yang lain. Semoga segala yang baik itu dapat dipanjang-panjangkan mudah²an menjadi salah satu amal solih di sisi Allah SWT insyaAllah..Terima kasih di atas perkongsian anda ini.




p/s : Sekiranya blog/website anda dalam kategori ini, dipersilakan juga untuk dikongsikan di sini :)

NOTIS PENAFIAN : Laman web www.al-ehsaniah.blogspot.com bukan laman web rasmi bagi Masjid Al-Ehsaniah Kg. Melayu Bt. 16, Rawang. Laman web ini adalah hasil inisiatif sendiri ahli qariah kerana masjid ini masih belum memiliki laman web rasmi sebagai salah satu medium dakwah dan penyampaian maklumat yang agak penting ketika ini. Penggunan istilah Admin di dalam web ini bukan merujuk kepada Pihak Pengurusan Masjid tetapi sekadar merujuk kepada pengurus web ini sahaja. Sekiranya terdapat sebarang aduan/cadangan/maklum balas terhadap masjid melalui laman web ini pihak admin akan memanjangkannya kepada pihak yang sepatutnya. Walau bagaimanapun pihak admin mengingatkan adalah lebih baik berhubung terus dengan pihak Pengurusan Masjid yang sebenar. Sila rujuk direktori pengurusan masjid di laman Organisasi.