10 April 2014

Sirah Rasulullah (s.a.w)

 
Sedutan dari Sirah Rasulullah s.a.w muka surat 1
 

Kedudukan Arab dan Bangsa-bangsanya

 
Sebenarnya sirah Nabi Muhammad (s.a.w) pada hakikatnya merupakan sejarah satu risalah dan misi yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada masyarakat manusia. Dengan risalah inilah Baginda membebaskan manusia dari kegelapan kepada cahaya dan dari penghambaan sesame manusia kepada pengabdian diri hanya kepada Allah. Oleh yang demikian tak mungkin dapat dilukiskan gambaran yang indah dengan sempurnanya di ruang mata kecuali setelah dibandingkan latar belakang kelahiran risalah ini dengan kesan kesan pencapaiannya. Maka sayugia dibentangkan di sini sebahagian hal mengenai bangsa Arab dan perkembangannya sebelum Islam, dan suasana persekitaran di mana Muhammad (s.a.w) diutuskan.
 

SITUASI SEMENAJUNG ARAB

       Perkataan Arab pada bahasa memberi erti padang pasir atau gurun tandus dan bumi kering yang tiada air dan tumbuh tumbuhan. Perkataan ini dinisbahkan sejak berabad silam kepada Semenanjung Arab. Demikian juga dinisbahkan ke atas bangsa yang mendiami bumi itu dan menjadikannya sebagai watan dan negeri mereka.
 
       Semenanjung Arab........
 



Sirah Nabawiyyah (s.a.w) atau Sirah Rasulullah (s.a.w) - Terjemahan dari Kitab Ar Rahiq al Makhtoom

 
 
Terdapat dua naskah terjemahan kedalam Bahasa Malaysia dari kitab asal berbahasa Arab yang di karang oleh shaikh Sofiy Al Rahman Al Mubarakfuri - Al Raheeq Al Makhtum
 
1.   SIRAH NABAWIYYAH S.A.W
 
      Penterjemah:     Muhammad Ramzi Omar
   
      Terbitan      :     YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA
 
 
2.   SIRAH RASULULLAH (S.A.W)
 
      Penterjemah:     Mohd Darus Senawi Ali
 
      Terbitan      :      PENERBITAN SERIBU DINAR SDN BHD
 
                                 Dengan Kerjasama
 
                                 KUMPULAN USAHAWAN MUSLIM SDN BHD.
 
Buku terjemahan ke Bahasa Inggeris pula bertajuk THE SEALED NECTAR di terbitkan oleh DARUSSALAM di selia oleh (supervised by) Abdul Malek Mujahid.

27 Julai 2012

Tiga lagi Hafis Qur'an dari Genting Gaza Tiba

Tiga Hafis Qur'an tiba di KLIA sebentar tadi. Jumlah keseluruhannya ialah 7 orang semuanya.  Imam Raed, berkopiah warna kuning ialah johan qari dari Universiti Islam Gaza dan akan berada di Masjid As Salam, Bukit Sentosa pada 28hb Julai 2012.

 Beliau juga akan berada di Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes pada 29hb Julai 2012 dan di Masjid Nurul Iman di Serendah pada 30hb Julai 2012. 


19 Julai 2012

Di Ambang Ramadan

TAZKIRAH 

MASJID NURUL IMAN, KG KENANGA RAWANG
akan mengadakan tazkirah di ambang bulan Ramadan Al Mubarak

Malam ini selepas solat Maghrib

Penceramah Jemputan:
Ybg Ustaz Razis Ismail Al Hafiz

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.



Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak


Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Ayat 183 surah Al Baqarah.

Tujuan kita diwajibkan  berpuasa ialah supaya kita mendapat sifat taqwa.

Selamat Berpuasa kepada semua kaum Muslimin dan Muslimat seluruh dunia terutamanya ahli qari'ah Masjid Al Ehsaniah Kg Melayu Batu 16, Rawang.






20 April 2011

Lagi Berita Koperasi Kariah Masjid

Tubuh Koperasi Kariah Masjid

Oleh RADHUAN HUSSAIN
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 26 Mac - Kerajaan negeri bercadang menubuhkan koperasi kariah masjid di kesemua 480 buah rumah ibadat itu di negeri itu bagi membantu menjana ekonomi masyarakat setempat.

Sekiranya menjadi kenyataan kelak, ia menjadikan Terengganu negeri ketiga selepas Selangor dan Pahang yang mempunyai koperasi kariah masjidnya sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera (gambar) berkata, jika segalanya berjalan lancar, penubuhannya dijangka bermula pertengahan tahun ini.

Beliau memberitahu, usaha itu dibuat memberi manfaat kepada masyarakat setempat bagi menjana pendapatan mereka melalui peluang perniagaan yang boleh diceburi.

Selain menyediakan aktiviti ekonomi, usaha itu juga dapat mengembangkan lagi aspek kebajikan yang digerakkan bersama di kalangan masyarakat.

"Kita sudah berbincang dengan Angkasa (Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad), SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sebelum bersetuju melaksanakannya," katanya selepas mengadakan perbincangan itu di Hotel Permai Inn, di sini semalam.

Turut hadir, Presiden Angkasa, Prof. Datuk Dr. Mohd. Ali Baharum; Pengerusi Angkasa negeri, Mohamed Jais Hassan serta wakil SKM dan JHEAT.

Mohamed berkata, sehubungan itu, satu seminar mengenai langkah serta kaedah bagaimana koperasi kariah masjid itu ditubuhkan akan diadakan di Taman Tamadun Islam pada 28 April depan.

Selain itu, katanya, penubuhan koperasi seumpama itu seiring dengan hasrat kerajaan negeri untuk mewujudkan satu kampung satu koperasi dengan setiap koperasi dibantu kerajaan negeri menerusi peruntukan RM10,000 mengikut syarat tertentu.

"Antara syaratnya ialah setiap koperasi perlu mempunyai projek yang hendak dilaksanakan, baru kita boleh beri bantuan RM10,000," katanya.



Masjid Disaran Tubuh Koperasi Kariah


TEMERLOH, 5 Dis (Bernama) -- Pihak pengurusan masjid di negara ini disaran supaya menubuhkan Koperasi Kariah Masjid yang dilihat mampu menjana ekonomi penduduk selain memberi sumber pendapatan kepada masjid.

Timbalan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata koperasi seumpama itu mampu untuk berdaya maju dalam bidang perniagaan dan industri berasaskan Islam.

"Koperasi kariah masjid boleh menceburi bidang-bidang perniagaan seperti penyewaan khemah, katering, pengurusan jenazah, perniagaan kedai runcit, perniagaan barangan terkawal, pusat tuisyen dan sebagainya, yang secara tidak langsung dapat menjana ekonomi bersama antara komuniti dan koperasi terbabit," katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Koperasi Kariah Masjid Peringkat Negeri Pahang di sini, Ahad.

Beliau berkata sehingga kini terdapat 43 buah masjid kariah di seluruh negara yang telah menubuh koperasi seumpama itu dan lima daripadanya ditubuhkan di Pahang.

"Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bersedia memberikan geran sebanyak RM30,000 kepada koperasi bagi memulakan perniagaan dan pinjaman berjumlah RM300,000 sehingga RM10 juta dengan kadar faedah yang rendah.

"Saya berharap setiap masjid kariah di seluruh negara dapat menubuh koperasi masing masing bagi menjana ekonomi. Penubuhan koperasi seumpama itu secara tidak langsung dapat menyatukan kariah dan melatih mereka dalam perniagaan,"katanya.

Beliau berkata Angkasa bersedia membantu koperasi dari segi pentadbiran dan latihan kepada ahli lembaga pengarahnya dalam usaha memantapkan lagi koperasi terbabit.

Sumber : BERNAMA




"Sesungguhnya, bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah SWT" (Al-Ahzab Ayat 21).

Artikel Terkini

Kongsi Pautan

Assalamualaikum.

Pihak admin mengalu-alukan semua pengunjung blog ini untuk berkongsi sebarang pautan yang memberi manfaat kepada pengunjung yang lain. Semoga segala yang baik itu dapat dipanjang-panjangkan mudah²an menjadi salah satu amal solih di sisi Allah SWT insyaAllah..Terima kasih di atas perkongsian anda ini.




p/s : Sekiranya blog/website anda dalam kategori ini, dipersilakan juga untuk dikongsikan di sini :)

NOTIS PENAFIAN : Laman web www.al-ehsaniah.blogspot.com bukan laman web rasmi bagi Masjid Al-Ehsaniah Kg. Melayu Bt. 16, Rawang. Laman web ini adalah hasil inisiatif sendiri ahli qariah kerana masjid ini masih belum memiliki laman web rasmi sebagai salah satu medium dakwah dan penyampaian maklumat yang agak penting ketika ini. Penggunan istilah Admin di dalam web ini bukan merujuk kepada Pihak Pengurusan Masjid tetapi sekadar merujuk kepada pengurus web ini sahaja. Sekiranya terdapat sebarang aduan/cadangan/maklum balas terhadap masjid melalui laman web ini pihak admin akan memanjangkannya kepada pihak yang sepatutnya. Walau bagaimanapun pihak admin mengingatkan adalah lebih baik berhubung terus dengan pihak Pengurusan Masjid yang sebenar. Sila rujuk direktori pengurusan masjid di laman Organisasi.