Sewaktu di Yaumul Akhirah wanita akan menarik bersama-samanya empat golongan lelaki ke dalam neraka. Na'uzubillahi minzalik (Kami mohon perlindungan-Mu Ya Allah dari yang demikian). Artikel ini tidak sesekali memperkecilkan wanita tetapi sebagai PERINGATAN supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama serta waspada akan tanggungjawab yang harus dilakukan terhadap wanita.
1) Golongan Pertama : Ayahnya
Apabila sesorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya semasa di dunia, iaitu tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak mentup aurat, tetapi memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik oleh anak perempuannya..
2) Golongan Kedua : Suaminya
Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya seperti tidak menutup aurat, bergaul bebas dan memperhiaskan diri bukan untuk suaminya tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia juga akan ditarik oleh isterinya..
3) Golongan Ketiga : Abang-Abangnya
Apabila ayah sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita iaitu ibu dan adik perempuan jatuh kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong daripada ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
4) Golongan Keempat : Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram menurut Islam, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawakan juga di akhirat kelak.
Kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak melakukan kesilapan. Maksud Firman Allah SWT ; “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)
Kaum Wanita! kasihlah ayah, suami, abang-abang dan anak-anak lelaki anda. Kasihkan mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah Allah dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Hindarkanlah segala larangan-Nya. InsyaAllah sesuatu yang lebih indah menanti "di sana" kelak.
" Ya Allah berilah kami kekuatan, berilah kami petunjuk untuk menjalani sisa-sisa kehidupan ini di jalan yang lurus, di jalan yang telah engkau beri tuntunan agar kami mampu berjalan mengikut kehendak-Mu ya Allah "
1 komen:
best :)
Catat Ulasan