03 Januari 2011

4 Golongan lelaki Ditarik Oleh Wanita

Sewaktu di Yaumul Akhirah wanita akan menarik bersama-samanya empat golongan lelaki ke dalam neraka. Na'uzubillahi minzalik (Kami mohon perlindungan-Mu Ya Allah dari yang demikian). Artikel ini tidak sesekali memperkecilkan wanita tetapi sebagai PERINGATAN supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama serta waspada akan tanggungjawab yang harus dilakukan terhadap wanita.

1) Golongan Pertama : Ayahnya
Apabila sesorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya semasa di dunia, iaitu tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak mentup aurat, tetapi memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik oleh anak perempuannya..

2) Golongan Kedua : Suaminya
Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya seperti tidak menutup aurat, bergaul bebas dan memperhiaskan diri bukan untuk suaminya tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia juga akan ditarik oleh isterinya..

3) Golongan Ketiga : Abang-Abangnya
Apabila ayah sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita iaitu ibu dan adik perempuan jatuh kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong daripada ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4) Golongan Keempat : Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram menurut Islam, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawakan juga di akhirat kelak.

Kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak melakukan kesilapan. Maksud Firman Allah SWT ; Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6) 

Kaum Wanita! kasihlah ayah, suami, abang-abang dan anak-anak lelaki anda. Kasihkan mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah Allah dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Hindarkanlah segala larangan-Nya. InsyaAllah sesuatu yang lebih indah menanti "di sana" kelak.

" Ya Allah berilah kami kekuatan, berilah kami petunjuk untuk menjalani sisa-sisa kehidupan ini di jalan yang lurus, di jalan yang telah engkau beri tuntunan agar kami mampu berjalan mengikut kehendak-Mu ya Allah "




1 komen:

Tanpa Nama berkata...

best :)

Catat Ulasan

"Sesungguhnya, bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah SWT" (Al-Ahzab Ayat 21).

Kongsi Pautan

Assalamualaikum.

Pihak admin mengalu-alukan semua pengunjung blog ini untuk berkongsi sebarang pautan yang memberi manfaat kepada pengunjung yang lain. Semoga segala yang baik itu dapat dipanjang-panjangkan mudah²an menjadi salah satu amal solih di sisi Allah SWT insyaAllah..Terima kasih di atas perkongsian anda ini.




p/s : Sekiranya blog/website anda dalam kategori ini, dipersilakan juga untuk dikongsikan di sini :)

NOTIS PENAFIAN : Laman web www.al-ehsaniah.blogspot.com bukan laman web rasmi bagi Masjid Al-Ehsaniah Kg. Melayu Bt. 16, Rawang. Laman web ini adalah hasil inisiatif sendiri ahli qariah kerana masjid ini masih belum memiliki laman web rasmi sebagai salah satu medium dakwah dan penyampaian maklumat yang agak penting ketika ini. Penggunan istilah Admin di dalam web ini bukan merujuk kepada Pihak Pengurusan Masjid tetapi sekadar merujuk kepada pengurus web ini sahaja. Sekiranya terdapat sebarang aduan/cadangan/maklum balas terhadap masjid melalui laman web ini pihak admin akan memanjangkannya kepada pihak yang sepatutnya. Walau bagaimanapun pihak admin mengingatkan adalah lebih baik berhubung terus dengan pihak Pengurusan Masjid yang sebenar. Sila rujuk direktori pengurusan masjid di laman Organisasi.