Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,
12 Rabiulawal adalah suatu tarikh yang tidak patut dilupakan oleh semua umat Islam iaitu tarikh kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Nikmat yang sangat besar yang telah dikurniakan Allah SWT bukan sahaja kepada manusia malah kepada seluruh alam sebagaimana firman Allah SWT di dalam Surah al-Anbiya' ayat 107 yang bermaksud:
"Dan tidaklah kami (Allah) mengutuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan menjadi rahmat seluruh alam"Subhanallah..seluruh alam jagat bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan itu. Maka kita sebagai manusia yang menjadi fokus penciptaan alam ini amat-amatlah perlu melipatgandakan kualiti dan kuantiti syukur kita kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah dan larangan Allah dan Rasul-Nya.
Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada 15 Februari 2011 akan datang, saya ingin mengingatkan diri saya dan pembaca sekalian agar sewajarnya kita mengenang dan mengimbau kembali segala peristiwa yang pernah berlaku sepanjang waktu baginda hidup, sama ada sebelum menjadi Rasul, lebih-lebih lagi selepas baginda di lantik oleh Allah SWT menjadi utusan-Nya. Ini adalah untuk meningkatkan lagi penghayatan terhadap seruannya dan kecintaan kita kepada baginda SAW.
Untuk mencapainya, teras 'manhaj sirah'lah yang perlu kita hubungkan dalam menghayati Maulidur Rasul yang penuh dengan Qudwah Hasanah yang perlu kita ikuti dalam setiap lapangan kehidupan. Saya tidak berhasrat menceritakan apakah program sekitar sambutan Maulidur Rasul, perdebatan hukum menyambut Maulidur Rasul dan yang seumpama dengannya. Di sini saya ingin mengajak pembaca sekalian sama-sama hayati sirah junjungan besar Rasulullah SAW agar kita benar-benar merasai kenikmatan dikurniakan seorang nabi yang bernama Muhammad bin Abdullah. Semoga dengan merasai kenikmatan menjadi umat Nabi Muhammad SAW, kita dapat melahirkan kesyukuran yang sebenar-benarnya kepada Allah SWT.
Oleh itu, jom baca dan hayati !! "Biografi Muhammad bin Abdullah: Perjalan Hidup Seorang Nabi". Sebelum itu marilah kita berselawat kepada baginda SAW.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم Selamat membaca!! :)
Klik di sini untuk membaca di browser berasingan
Berikut dicadangkan beberapa pautan luar berkaitan sirah Rasulullah SAW:
Perhatian : 'Google Book' di atas hanyalah "preview" jadi terdapat beberapa muka surat yang tidak dapat di baca. Oleh itu, sila dapatkan karya asal di pasaran!
Miliki Buku Sirah Nabawiyyah! Sila klik di sini !!
2 komen:
Salam... Tahniah perkongsian ilmu yang sangat menarik dan banyak cerita dan kisah Rasulullah saw yang selama ini kita tidak tahu dan pelajari semasa zaman sekolah. Seronok membaca kisahnya harap lepas ni banyak lagi kisah2 rasul dan nabi yang lain akan dikongsikan....Moga ALLAH merahmati tuan sekeluarga...Amin.
W'salam. Alhamdulillah & Terima Kasih! InsyaAllah andai diizinkan Allah SWT. Saudara/i & semua pembaca sekalian juga dialu-alukan untuk berkongsi artikel² ilmiah di blog ini.
Catat Ulasan