Assalamualaikum.
Pembaca yang dihormati dan dikasihi sekalian,
Mengapa 27 Kali Ganda?
Ada sebahagian ulama' telah membuat kajian, mencari alasan dan sebab mengapa Rasulullah SAW menyatakan bahawa solat fardhu berjemaah lebih afdhal 27 atau 25 kali ganda berbanding solat bersendirian. Kesimpulan yang mereka dapat ialah kerana terdapat pada solat berjemaah itu 27 atau 25 kelebihan lain yang tidak terdapat pada solat bersendirian. Salah seorang ulama' yang berbuat sedemikian dari kalangan mereka ialah al-Hafiz Imam Ibnu Hajar al-Asqalaai.
Di dalam kitabnya Fathu al-Baari, al-Hafiz Imam Ibnu Hajar telah menyebutkan satu persatu 27 kelebihan yang terdapat pada solat berjemaah yang tidak terdapat pada solat bersendirian sebagaimana berikut:
- Menjawab Seruan Azan
- Bersegera Datang Ke Masjid
- Berjalan Ke Masjid
- Berdoa Ketika Masuk Masjid
- Solat Tahiyatul Masjid
- Menunggu Didirikan Solat Berjemaah
- Para Malaikat Mendoakan Keampunan dan Rahmat Untuknya
- Para Malaikat Menjadi Saksi Mereka
- Menjawab Iqamah
- Terselamat Daripada Gangguan Syaitan
- Berdiri Sambil Menanti Takbiratul Ihram
- Mendapat Takbiratul U'la Bersama Imam
- Membetulkan Saf Solat dan Memenuhkannya
- Menjawab Kata-Kata Imam Ketika Bangkit dari Ruku'
- Selamat Daripada Terlupa dan Menolong Imam Dengan Mengingatkannya
- MemperolehiKhusyu' dan Terselamat Daripada Perkara yang Melalaikannya
- Mengelokkan Keadaan Solat
- Para Malaikat Mengerumuni Mereka
- Mempelajari Tajwid Al-Quran, Rukun Dan Sunat Solat
- Menzahirkan Syi'ar-Syi'ar Islam
- Menyulitkan Syaitan Melakukan Godaan
- Menyelamatkan Diri Daripada Sifat Munafik Dan Menghapuskan Buruk Sangka
- Menjawab Salam Imam
- Saling Mendapat Manfaat Di Antara Satu Sama Lain Ketika Berdoa, Berzikir dan Dari Segi Keberkatan
- Merapatkan Hubungan Silaturrahim Dan Berdisiplin Dengan Waktu Solat
- Mendengar Dan Memberi Perhatian Bacaan Imam
- Mengucap Amin Bersama Imam
Wallahu'alam. InsyaAllah bersambung..
0 komen:
Catat Ulasan