28 Februari 2011

Mengapa 27 Kali Ganda? : (1) Menjawab Seruan Azan

Assalamualaikum. Kelebihan Pertama : Menjawab Seruan Azan Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar mengenai kelebihan yang pertama: "Menjawab seruan muazzin dengan niat ingin menunaikan solat fardhu secara berjemaah" Ulasan Maksud Azan Dari segi bahasa : Memberi tahu Dari segi Istilah Syarak : Memberitahu waktu solat dengan menggunakan lafaz tertentu Berkata Imam al-Qurtubi dan ulama' lainnya: Azan, walaupun sedikit sahaja kalimahnya, tetapi terkandung di dalamnya persoalan-persoalan mengenai akidah. Buktinya ialah azan itu dimulai dengan ucapan takbir Allahu Akbar yang mengandungi makna dan erti kewujudan Allah SWT dan kesempurnaanNya. Kemudian kalimah...

23 Februari 2011

Khutbah Jumaat Minggu Ini - "Salah Faham Terhadap Islam"

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah kita bertakwa kepada Allah SWT. dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah SWT. ialah orang yang paling bertakwa. Kerana takwa merupakan penentu martabat kita di sisi Allah SWT. Istiqamahlah dalam mengamalkan segala perintah Allah SWT dan ajaran Rasulullah s.a.w. Dengan mentaati Allah dan Rasul-Nya, insya-Allah kita akan disayangi dan dijauhkan dari mala-petaka serta beroleh kejayaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat nanti. Sidang...

21 Februari 2011

Al-Ehsaniah Download Center : Sedia Bahan Ilmiah Untuk Pengunjung

Assalamualaikum. Pembaca yang dihormati dan dikasihi sekalian, Untuk makluman, ruangan 'Muat Turun Fail' di blog ini adalah bertujuan untuk berkongsi bahan-bahan ilmiah dalam bentuk softcopy. Buat masa ini, bahan-bahan tersebut adalah diambil daripada sumber-sumber internet dan dihimpunkan semula oleh pihak admin. Anda semua juga dialu-alukan untuk berkongsi bahan-bahan ilmiah yang mungkin berada di dalam komputer anda atau anda mempunyai cadangan pautan untuk pihak admin mengambilnya. Berikut adalah pilihan cara untuk berbuat demikian: Emelkan bahan tersebut kepada alehsaniah@gmail.com (sekiranya bahan tersebut di dalam komputer anda) Cadangkan...

20 Februari 2011

Mengapa 27 Kali Ganda? : *Pendahuluan

Assalamualaikum. Pembaca yang dihormati dan dikasihi sekalian, Catatan ini adalah sambungan daripada siri Jom Ke Masjid sebelum ini. InsyaAllah di bawah tajuk ini (Mengapa 27 Kali Ganda?) saya akan menjadikannya suatu catatan bersiri. Ianya akan mengupas kelebihan 27 kali ganda itu sendiri. Mengapa 27 Kali Ganda? Ada sebahagian ulama' telah membuat kajian, mencari alasan dan sebab mengapa Rasulullah SAW menyatakan bahawa solat fardhu berjemaah lebih afdhal 27 atau 25 kali ganda berbanding solat bersendirian. Kesimpulan yang mereka dapat ialah kerana terdapat pada solat berjemaah itu 27 atau 25 kelebihan lain yang tidak terdapat pada solat...

Selingan Video : The Arrivals (Malay Subtitle)

Assalamualaikum.The Arrivals adalah satu siri dokumentari yang mengkaji secara mendalam tentang tanda besar kiamat, iaitu ketibaan Dajjal, Al-Mahdi dan Nabi Isa a.s. Penuh dengan maklumat-maklumat terkini dan penting untuk di ketengahkan kepada masyarakat umum dalam membuka minda umat. Ianya berdasarkan hasil karya Sheikh Imran N. Hosein (Jerusalem in the Quran, Gog and Magog in the Modern World) dan beberapa pemikir dan pendakwah lain seperti Sheikh Hamza Yusif, David Icke, William Cooper dan Tex Marrs. Mungkin anda belum menonton 51 siri video yang memuatkan maklumat-maklumat penting mengenai bagaimana KUNCU-KUNCU DAJJAL telah merancang menghancurkan...

19 Februari 2011

Mokhtar Al Bukhary - Tokoh Usahawan Muslim Malaysia

LATAR BELAKANG TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARYUmur - 53 tahun Pendidikan - SPM Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau) Kekayaan -RM1,425 juta Ke 7 terkaya di Malaysia Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes) Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal.  Latar belakang kehidupan Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan...

18 Februari 2011

Peringatan Nabi Berkaitan Akhlak

Assalamualaikum. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”Kita sebagai umat nabi Muhammad SAW perlulah sentiasa mengambil perhatian berhubung dengan akhlak. Berikut dikongsikan beberapa hadis Rasulullah SAW dan huraiannya berkaitan dengan akhlak. Sama-sama kita hayati! 1- Menjaga Imej Agama Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ”Sesungguhnya Allah SWT telah menyerahkan agama itu pada diri seseorang, maka tidak baik agama itu melainkan dengan ketinggian dan keelokkan akhlak. Adakah kamu mengelokkan agama kamu dengan kedua-dua sifat mulia ini? ” (Riwayat at-Tabrani)Huraian Akhlak...

Tiba Masanya..Blogger Memperkenalkan Diri

Assalamualaikum WBT. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala Pujian hanya untuk Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam, Dialah Yang Menghidupkan dan Dialah Yang Mematikan dan Dialah yang berkuasa keatas tiap-tiap sesuatu. Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan sifat kepujianNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan para sahabat keseluruhannya. Aku mohon keampunan-Mu ya Allah Yang Maha Agung. Mesej ini ditujukan kepada semua ahli kariah Kg. Melayu Bt. 16 khususnya dan kepada semua muslimin dan muslimat umumnya.Tiba masanya..untuk saya memperkenalkan diri dengan tujuan tidak...

16 Februari 2011

Tangisan Terakhir dan Pertama Rasulullah SAW

Assalamualaikum. Pembaca yang dihormati dan dikasihi sekalian, Betapa sayang dan kasihnya Rasulullah SAW terhadap umatnya sehingga saat hampir wafat pun masih menyebut umatku..umatku..umatku..dengan linangan airmatanya yang terakhir. Begitu juga saat dibangkitkan kelak baginda akan menangis mengenangkan nasib umatnya. Untuk lebih penghayatan, sama-sama kita hayati kisah ini. Klik untuk membuka/menutup paparan. Selamat membaca! Tangisan Terakhir Rasulullah SAW di dunia Tiba-tiba ada ucapan salam. “Boleh saya masuk?” lelaki itu bertanya. Namun Fatimah tidak mengizinkannya masuk ruangan. “Maaf, ayah saya sedang sakit, “kata Fatimah. Ia berbalik...

Pages 321234 »
"Sesungguhnya, bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah SWT" (Al-Ahzab Ayat 21).

Kongsi Pautan

Assalamualaikum.

Pihak admin mengalu-alukan semua pengunjung blog ini untuk berkongsi sebarang pautan yang memberi manfaat kepada pengunjung yang lain. Semoga segala yang baik itu dapat dipanjang-panjangkan mudah²an menjadi salah satu amal solih di sisi Allah SWT insyaAllah..Terima kasih di atas perkongsian anda ini.




p/s : Sekiranya blog/website anda dalam kategori ini, dipersilakan juga untuk dikongsikan di sini :)

NOTIS PENAFIAN : Laman web www.al-ehsaniah.blogspot.com bukan laman web rasmi bagi Masjid Al-Ehsaniah Kg. Melayu Bt. 16, Rawang. Laman web ini adalah hasil inisiatif sendiri ahli qariah kerana masjid ini masih belum memiliki laman web rasmi sebagai salah satu medium dakwah dan penyampaian maklumat yang agak penting ketika ini. Penggunan istilah Admin di dalam web ini bukan merujuk kepada Pihak Pengurusan Masjid tetapi sekadar merujuk kepada pengurus web ini sahaja. Sekiranya terdapat sebarang aduan/cadangan/maklum balas terhadap masjid melalui laman web ini pihak admin akan memanjangkannya kepada pihak yang sepatutnya. Walau bagaimanapun pihak admin mengingatkan adalah lebih baik berhubung terus dengan pihak Pengurusan Masjid yang sebenar. Sila rujuk direktori pengurusan masjid di laman Organisasi.