Dicatat Oleh Masjid Al-Ehsaniah pada 6:18 PTG

Video ini dipecahkan kepada beberapa bahagian, antara point-point yang dapat kita highlight adalah seperti berikut: punca kejatuhan Empayar Uthmaniyah, kesan ketiadaan khilafah ke atas keseluruhan umat Islam dan saranan buat keseluruhan umat Islam.
...
Dicatat Oleh Masjid Al-Ehsaniah pada 6:17 PTG

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,
Artikel ini diambil daripada laman Facebook Pertubuhan IKRAM Malaysia untuk perkongsian di blog ini. Semoga nilai-nilai ilmiahnya dapat manfaat untuk kita semua. Selamat membaca!
Sunnatullah atau Hukum Allah yang berlaku dalam kehidupan di dunia mengambil bentuk yang berbagai. Di antaranya adalah seperti :
Benda yang dilempar ke atas mestilah jatuh ke bawah.
Manusia yang lapar dan haus bererti perlu makan dan minum untuk menghilangkannya.
Seseorang yang ditetak tangannya niscaya akan terluka dan berdarah.
Allah menciptakan segala sesuatu berpasang-pasangan: ada siang ada malam, ada panas ada dingin,...
Dicatat Oleh Masjid Al-Ehsaniah pada 12:47 PG

Pada suatu musim haji, Abu Sulaiman Ad Darany pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan berziarah ke makam Rasulullah SAW di Madinah. Dalam perjalanan,dia berjumpa dengan seorang pemuda yang kelihatan baik dan pakaiannya kemas. Pemuda tersebut memberi salam dan dijawab oleh Abu Sulaiman dan teman-temannya.
"Dari mana anda?" Tanya Abu Sulaiman
"Saya dari Iraq" Jawabnya
"Bolehkah saya pergi bersama rombongan tuan?"
"Boleh."Maka pemuda itu pun bergabung dengan Abu Sulaiman yang sama-sama ingin menuju ke Makkah. Sepanjang perjalan pemuda tersebut sentiasa membaca Al-Quran dan bila berhenti istirehat pula terus mengerjakan solat. Pada waktu...
Dicatat Oleh Masjid Al-Ehsaniah pada 9:32 PG

Assalamualaikum.
Sebelum ini telah diterangkan "Peranan Zikrullah". Kali ini pula saya ingin berkongsi berkaitan dengan keutamaan dan kelebihan berzikir dengan kalimah لاإله إلا الله berdasarkan dalil daripada hadis-hadis Rasulullah SAW. Semoga kita dapat beramal dengannya insyaAllah.
Firman Allah SWT di dalam surah Al-Ahzab, ayat 41-42:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّـهَ ذِكْرًا كَثِيرًا ﴿٤١﴾ وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا ﴿٤٢﴾٢Maksudnya :
Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; (41) Dan bertasbihlah...
Dicatat Oleh Masjid Al-Ehsaniah pada 2:11 PG

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”
(Hadis Riwayat Muslim)Huraian
Kekuatan seseorang Muslim itu diukur bukan sahaja dari segi fizikal...
Dicatat Oleh Masjid Al-Ehsaniah pada 6:48 PTG

Ada yang agak moderat dari beberapa insan yang saya kasihi bertanyakan pendapat saya berkenaan kenyataan Bekas Perdana Menteri Singapura baru-baru ini.Suatu ketika, sewaktu rancangan Imam Muda sedang berlangsung, kami dipanggil untuk bersama wartawan antarabangsa bagi menyatakan hala tuju Imam Muda.Islam moderat antara isu yang amat diminati oleh mereka. Dengan pakaian sut yang dikenakan, bersama ‘neck tie’ membuatkan wartawan luar Negara secara sendirinya melabel kami sebagai Islam Moderat. Walaupun ianya bukanlah satu deklarasi dari kesemua Imam Muda. Namun, pakaian kadang-kadang mencerminkan label tertentu. Walaupun bagi saya secara...
Dicatat Oleh Masjid Al-Ehsaniah pada 5:36 PTG

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah kita mempertingkatkan rasa gerun, takut dan waspada kita kepada Allah SWT. Marilah juga kita mempertingkatkan rasa kehambaan dan kecintaan kita kepada Allah SWT. Tuhan Rabbul ‘Alamin.
Penentu kepada kebahagiaan sesebuah rumahtangga sebahagian besarnya terletak di tangan suami. Suamilah yang menentukan hala tuju dan masa depan rumahtangga. suamilah yang mencorakkan didikan dan pentarbiyyahan yang hendak diterapkan kepada isteri dan anak-anak. Baik atau tidak baiknya pengurusan sesebuah rumahtangga terletak di bahu suami. Jika suami baik dan...