Dicatat Oleh Masjid Al-Ehsaniah pada 10:54 PTG
Tubuh Koperasi Kariah Masjid
Oleh RADHUAN HUSSAIN
utusanterengganu@utusan.com.my
KUALA TERENGGANU 26 Mac - Kerajaan negeri bercadang menubuhkan koperasi kariah masjid di kesemua 480 buah rumah ibadat itu di negeri itu bagi membantu menjana ekonomi masyarakat setempat.
Sekiranya menjadi kenyataan kelak, ia menjadikan Terengganu negeri ketiga selepas Selangor dan Pahang yang mempunyai koperasi kariah masjidnya sendiri.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera (gambar) berkata, jika segalanya berjalan lancar, penubuhannya dijangka bermula pertengahan tahun ini.
Beliau memberitahu, usaha itu dibuat memberi manfaat kepada masyarakat setempat bagi menjana pendapatan mereka melalui peluang perniagaan yang boleh diceburi.
Selain menyediakan...
Dicatat Oleh Masjid Al-Ehsaniah pada 10:40 PTG

TEMERLOH, 5 Dis (Bernama) -- Pihak pengurusan masjid di negara ini disaran supaya menubuhkan Koperasi Kariah Masjid yang dilihat mampu menjana ekonomi penduduk selain memberi sumber pendapatan kepada masjid.
Timbalan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata koperasi seumpama itu mampu untuk berdaya maju dalam bidang perniagaan dan industri berasaskan Islam.
"Koperasi kariah masjid boleh menceburi bidang-bidang perniagaan seperti penyewaan khemah, katering, pengurusan jenazah, perniagaan kedai runcit, perniagaan barangan terkawal, pusat tuisyen dan sebagainya, yang secara tidak langsung...
Dicatat Oleh Masjid Al-Ehsaniah pada 1:56 PG
Teks kutbah sedang dibina......
Dicatat Oleh Masjid Al-Ehsaniah pada 11:20 PTG

Saudaraku, setiap waktu merupakan ladang pahala bagi setiap muslim. Oleh sebab itu, janganlah kau lewatkan setiap jengkal waktu yang engkau lalui dengan kesia-siaan dan merugikan diri sendiri.
Berikut ini, akan kami sebutkan tiga buah amalan yang agung di sisi Allah, amalan yang dicintai-NYA, amalan yang akan mendekatkan dirimu kepada-NYA, amalan yang akan mententeramkan hatimu di manapun kau berada, amalan yang akan menjadi tabunganmu menyambut hari esok setelah ditiupnya sangkakala dan hancurnya dunia beserta segenap isinya.
Semoga Allah mengumpulkan kita bersama para nabi, shiddiqin, syuhada, dan orang-orang salih di dalam surga-NYA. Amin..
[1]...
Dicatat Oleh Masjid Al-Ehsaniah pada 12:44 PTG

Assalamualaikum,
Fahami isu sebenar rakyat Palestin MENGAPA IANYA PENTING kpd kita/umat Islam seluruhnya. Sehubungan itu muslimin & mulimat di jemput hadir pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :
Tarikh : 26 Mac 2011 / 21 Rabiulakhir 1432H (Sabtu)
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Masjid Al-Ehsaniah, Kg. Melayu Batu 16, Rawang.
Penceramah : Dr Hafizi Mohd Nor, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Sharif
Ceramah akan disampaikan dengan maklumat/audio visual yang terkini. Tabung derma juga akan diedarkan.
...
Dicatat Oleh Masjid Al-Ehsaniah pada 7:32 PTG

Assalamualaikum. Di sini saya ingin kongsikan 'Indeks Al-Quran' iaitu satu perisian yang memudahkan kita untuk mencari ayat dan kata di dalam Al-Quran. Untuk menggunakannya anda perlu muatturun terlebih dahulu perisian tersebut. Semoga bermanfaat.
Nama Perisian : Indeks Quran
Platform : Microsoft Excel
Saiz : 2805 KB / 2.73 MB
Klik gambar di bawah atau sila ke ruangan Muat Turun Fail untuk muatturun 'Indeks Al-Quran'.
...
Dicatat Oleh Masjid Al-Ehsaniah pada 1:05 PG

Terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan tiada azab. Ini bersumberkan hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber daripada Ibnu Abbas r.a. Muka mereka bercahaya seperti bulan purnama. Mereka adalah:
1. Ahl al-fadl (ahli kemuliaan) - orang yang menanggung kesakitan apabila diperbodohkan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka.
2. Ahli as sabr (ahli kesabaran) - bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah dan menghindarkan maksiat terhadap-Nya.
3. Jiran-jiran Allah - saling berziarah dalam berkasih-sayang kerana Allah, duduk dan bangun bersama-sama saudara...
Dicatat Oleh Masjid Al-Ehsaniah pada 2:01 PG

“Aku ingin bertaubat hanya saja dosaku terlalu banyak. Aku pernah terjerumus dalam zina. Sampai-sampai aku pun hamil dan sengaja membunuh jiwa dalam kandungan. Aku ingin berubah dan bertaubat. Mungkinkah Allah mengampuni dosa-dosaku?!”
Sebagai nasihat dan semoga tidak membuat kita berputus dari rahmat Allah , cubalah kita lihat sebuah kisah yang pernah disebutkan oleh Nabi SAW berikut ini. Semoga kita dapat mengambil pelajaran-pelajaran berharga di dalamnya.
Kisah Taubat Pembunuh 100 Jiwa
Kisah ini diriwayatkan dari Abu Sa’id Sa’ad bin Malik bin Sinaan Al Khudri R.A. sesungguhnya Nabi SAW bersabda yang bermaksud,
“Dahulu pada masa sebelum...
Dicatat Oleh Masjid Al-Ehsaniah pada 4:40 PG

TAQWA bukan setakat melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan الله. Bukan setakat menunai ketaatan dan menjauhkan kemaksiatan. Bukan juga setakat meninggalkan apa yang haram dan menunaikan apa yang fardhu. Bukan setakat menjauhkan yang syirik dengan beramal dan taat kepada الله. Bukan setakat menjauhkan diri dari segala apa yang akan menjauhkan diri kita daripada الله. Bukan setakat menghadkan diri kepada yang halal sahaja dan bukan setakat beramal untuk menjuruskan ketaatan kepada الله semata-mata.
Takrif TAQWA
Bila disebut TAQWA, kebanyakkan dari kita memahaminya sebagai takutkan الله. Takut kepada الله hanyalah satu daripada sifat...
Dicatat Oleh Masjid Al-Ehsaniah pada 3:18 PG

Assalamualaikum
Pembaca yang dihormati dan dikasihi sekalian,
Untuk makluman anda semua, kini admin telah mewujudkan satu ruangan forum untuk semua khususnya pengguna yang memiliki akaun Facebook. Forum tersebut telah dinamakan sebagai Forum Bicara Muslim (FBM). Tujuan utama FBM diwujudkan adalah sebagai suatu medium perkongsian maklumat dan perbincangan ilmiah sesama ahli secara lebih tersusun mengikut kategori yang telah disediakan.
Kelebihan FBM
Mudah! Hanya login menggunakan akaun Facebook anda sahaja tanpa perlu melalui proses pendaftaran yang merumitkan.
Boleh diakses melalui Facebook (penerangan bergambar di bawah).
Boleh menyertakan...
Dicatat Oleh Masjid Al-Ehsaniah pada 3:36 PG

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi...
Dicatat Oleh Masjid Al-Ehsaniah pada 11:51 PTG

Dalam Islam Awal
Dalam al-Quran, istilah dakwah mempunyai segi-segi lain. Dalam Surah 30 dalam al-Quran, ia bererti untuk memanggil yang meninggal untuk membangun dari makam pada Hari Pengadilan. Apabila digunakan dalam al-Quran ia pada umumnya dirujukkan pada jemputan Tuhan untuk hidup menurut keazamanNya. Oleh itu, apabila digunakan dalam abad-abad pertama Islam, ia menambahkan kandungan pesan dan kadang-kadang digunakan secara ditukarganti dengan sharī‘a dan dīn.
Dakwah juga dijelaskan sebagai tugas untuk "secara aktif menggalakkan umat Islam dalam penerusan kewarakan lebih kuat dalam semua aspek hidup mereka," suatu takrifan yang telah dijadikan...
Dicatat Oleh Masjid Al-Ehsaniah pada 11:15 PTG

Assalamualaikum.
Semoga anda dalam keadaan sihat sejahtera. Untuk makluman, pihak pengurusan blog Masjid Al-Ehsaniah ingin memberi peluang kepada semua yang berminat untuk menulis / berkongsi artikel untuk dipaparkan di laman blog Masjid Al-Ehsaniah. Berikut adalah cara-cara bagaimana untuk berbuat demikian.
Cara-cara:
1- Pergi ke ruangan forum. Klik di sini
2- Hanya menggunakan akaun Facebook anda untuk login ke ruangan forum
3- Klik sub-kategori : Komen / Cadangan / Aduan
4- Kongsikan artikel anda di bawah topik "Cadangan Artikel Untuk Dipaparkan di Blog Masjid Al-Ehsaniah"
Semoga perkongsian artikel anda nanti mendapat manfaat untuk...
Dicatat Oleh Masjid Al-Ehsaniah pada 11:12 PTG

Azan dalam Islam bermaksud memaklumkan. Ia sinonim dengan bilal atau muazzin yang bertujuan untuk mengajak sekalian umat Islam mengerjakan Rukun Islam kedua.
Ia juga sebagai tanda masuknya waktu solat dan beralihnya peredaran masa daripada subuh, tengahari, petang, malam hinggalah ke awal pagi keesokan harinya.
Namun, cuba kita tanyakan diri, apakah yang kita lakukan sebaik sahaja terdengarnya azan?
Adakah kita mendiamkan diri sambil menghayati setiap kalimah azan yang dilaungkan oleh bilal dan menjawabnya satu persatu?
Atau terus bangun untuk membersihkan diri dan mengambil wudhu' serta bersedia untuk mengerjakan solat?
Mungkinkah hanya...
Dicatat Oleh Masjid Al-Ehsaniah pada 7:46 PG

Perbezaan pendapat dan pandangan yang berlainan adalah sesuatu perkara yang lumrah. Apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa. Allah s.w.t. telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 36 dengan menegaskan yang bermaksud:
‘‘Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun.” Oleh itu jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran, ia seharusnya ditangani dengan sebijak-bijaknya. Janganlah pula kita terlalu gopoh ke hadapan dengan membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah...
Dicatat Oleh Masjid Al-Ehsaniah pada 7:05 PTG

Allah Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu, Dialah yang menjadikan segala-galanya. Nikmat dan azab juga diatas kehendaknya.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
”Sesungguhnya apabila manusia melihat manusia lain melakukan kezaliman lalu tidak melarangnya, (maka dikhuatiri Allah akan menimpakan azab-Nya secara umum tanpa ada yang terselamat sama ada yang melakukan kezaliman atau yang melihatnya tanpa mencegahnya.” (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)“Apabila Allah menurunkan azab keatas dunia untuk satu-satu kaum, maka azab itu akan menimpa ke atas mereka yang berada sama dalam masyarakat kaum itu, kemudian apabila mereka dibangkitkan...
Dicatat Oleh Masjid Al-Ehsaniah pada 2:46 PTG

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta,hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad,dia itu orang gila,dia itu pembohong,dia itu tukang sihir,apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya".
Setiap pagi Rasulullah S.A.W mendatanginya dengan membawa makanan,dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah S.A.W menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad.
Rasulullah SAW melakukannya setiap hari hingga menjelang Baginda wafat.Setelah kewafatan Rasulullah S.A.W...
Dicatat Oleh Masjid Al-Ehsaniah pada 1:51 PG
Dicatat Oleh Masjid Al-Ehsaniah pada 10:38 PTG

Rasulullah saw bersabda :
"Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam : jika bertemu maka berilah salam, jika tidak kelihatan maka bertanyalah, jika sakit maka jenguklah, jika mengundang maka penuhilah, jika bersin dan mengucapkan hamdalah maka jawablah (dengan mengucapkan 'yarhamukallah' , dan jika meninggal dunia maka hantarkanlah (ke kubur)." (HR Muslim)PERTAMA : Jika bertemu maka berilah salam
Mengucapkan salam adalah langkah pertama dan ianya akan semakin mantap jika diikuti dengan berjabat tangan.
Ucapan salam mesti disertai dengan perasaan :
Cinta.
Senang hati.
Wajah yang berseri.
Ini adalah agar fungsi ucapan salam itu dapat...