20 April 2011

Masjid Disaran Tubuh Koperasi Kariah


TEMERLOH, 5 Dis (Bernama) -- Pihak pengurusan masjid di negara ini disaran supaya menubuhkan Koperasi Kariah Masjid yang dilihat mampu menjana ekonomi penduduk selain memberi sumber pendapatan kepada masjid.

Timbalan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata koperasi seumpama itu mampu untuk berdaya maju dalam bidang perniagaan dan industri berasaskan Islam.

"Koperasi kariah masjid boleh menceburi bidang-bidang perniagaan seperti penyewaan khemah, katering, pengurusan jenazah, perniagaan kedai runcit, perniagaan barangan terkawal, pusat tuisyen dan sebagainya, yang secara tidak langsung dapat menjana ekonomi bersama antara komuniti dan koperasi terbabit," katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Koperasi Kariah Masjid Peringkat Negeri Pahang di sini, Ahad.

Beliau berkata sehingga kini terdapat 43 buah masjid kariah di seluruh negara yang telah menubuh koperasi seumpama itu dan lima daripadanya ditubuhkan di Pahang.

"Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bersedia memberikan geran sebanyak RM30,000 kepada koperasi bagi memulakan perniagaan dan pinjaman berjumlah RM300,000 sehingga RM10 juta dengan kadar faedah yang rendah.

"Saya berharap setiap masjid kariah di seluruh negara dapat menubuh koperasi masing masing bagi menjana ekonomi. Penubuhan koperasi seumpama itu secara tidak langsung dapat menyatukan kariah dan melatih mereka dalam perniagaan,"katanya.

Beliau berkata Angkasa bersedia membantu koperasi dari segi pentadbiran dan latihan kepada ahli lembaga pengarahnya dalam usaha memantapkan lagi koperasi terbabit.

Sumber : BERNAMA




0 komen:

Catat Ulasan

"Sesungguhnya, bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah SWT" (Al-Ahzab Ayat 21).

Kongsi Pautan

Assalamualaikum.

Pihak admin mengalu-alukan semua pengunjung blog ini untuk berkongsi sebarang pautan yang memberi manfaat kepada pengunjung yang lain. Semoga segala yang baik itu dapat dipanjang-panjangkan mudah²an menjadi salah satu amal solih di sisi Allah SWT insyaAllah..Terima kasih di atas perkongsian anda ini.




p/s : Sekiranya blog/website anda dalam kategori ini, dipersilakan juga untuk dikongsikan di sini :)

NOTIS PENAFIAN : Laman web www.al-ehsaniah.blogspot.com bukan laman web rasmi bagi Masjid Al-Ehsaniah Kg. Melayu Bt. 16, Rawang. Laman web ini adalah hasil inisiatif sendiri ahli qariah kerana masjid ini masih belum memiliki laman web rasmi sebagai salah satu medium dakwah dan penyampaian maklumat yang agak penting ketika ini. Penggunan istilah Admin di dalam web ini bukan merujuk kepada Pihak Pengurusan Masjid tetapi sekadar merujuk kepada pengurus web ini sahaja. Sekiranya terdapat sebarang aduan/cadangan/maklum balas terhadap masjid melalui laman web ini pihak admin akan memanjangkannya kepada pihak yang sepatutnya. Walau bagaimanapun pihak admin mengingatkan adalah lebih baik berhubung terus dengan pihak Pengurusan Masjid yang sebenar. Sila rujuk direktori pengurusan masjid di laman Organisasi.