14 Februari 2011

Selingan : Kenyataan Ikhwan Muslimin Sempena Kejatuhan Regim Mubarak

Assalamualaikum.

Pembaca yang dihormati dan dikasihi sekalian,

Saya yakin ramai yang mengikuti perkembangan di Mesir termasuklah saya sendiri. Di sini saya ingin berkongsi kenyataan Ikhwan Muslimin iaitu parti politik yang diharamkan semasa pemerintahan Mubarak dan mempunyai keahlian diseluruh dunia. Selamat membaca! :)

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ المُلْكِ تُؤْتِي المُلْكَ مَن تَشَاءُ وتَنـزِعُ المُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وتُذِلُّ مَن تَشَاءُ بِيَدِكَ الخَيْرُ إنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

يا جماهير مصر الصابرة الصامدة، يا أبطال الحرية وأنصار الحق، يا أهل التضحية والفداء، نحييكم فردًا فردًا، رجلاً وامرأةً، شابًّا وفتاةً، طفلاً وطفلةً، مسلمين ومسيحيين، تحيةً من أعماق قلوبنا ونشدُّ على أيديكم ونقبل جباهكم، ونحمد الله أن أزاح عن صدورنا جميعًا كابوسًا خانقًا، وطاغيةً مستبدًّا، وأزاح عن شعب مصر العظيم غلالة الغبار حتى ظهر معدنه النفيس للعالم أجمع بأنه شعب- وإن كان صبورًا- إلا أنه يأبى الضيم ويثور على الظلم ويعشق الحرية والكرامة، فهنيئًا لكم هذه اللحظات الكريمة المباركة التي كانت ثمرة عظيمة لثورة مباركة

Katakanlah, wahai Tuhan yang mempunyai kuasa! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang dikehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang dikehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Wahai rakyat Mesir yang sabar teguh, wahai pahlawan kebebasan dan kebenaran, wahai sang pejuang yang sanggup mengorbankan apa sahaja, kami menyambut anda semua, lelaki dan wanita, pemuda dan pemudi, putera dan puteri, Muslim dan Kristian. Salam takzim daripada lubuk hati kami dan kita bersama saling berpegangan tangan, dan syukur kami kepada Allah yang mengeluarkan kita semua daripada mimpi buruk dan cengkaman kezaliman. Kini telah dihapuskan daripada kita rakyat Mesir segala debu yang menjadi tayangan kepada alam seluruhnya bahawa mereka adalah (selepas lama bersabar) rakyat yang tidak sekali-kali tunduk mengalah menuntut kebebasan dan maruah. Nikmatilah saat-saat penuh keramat dan barakah hasil kebangkitan yang diberkati.

وأنتم أيها الشهداء يا من ضحيتم بحياتكم في سبيل الله، ومن أجل تحرير أهلكم ووطنكم، تحيةً خالصةً لكم في أرقى مكان وأكرم جوار، في أعلى الجنان وجوار الرحمن، ومع حزننا العميق لفراقكم فإن سلوانا أنكم لستم أمواتًا ولكنكم أحياء في الجنة تمرحون (ولا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ * فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ ويَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِم مِّنْ خَلْفِهِمْ أَلا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ ولا هُمْ يَحْزَنُونَ

Dan untuk para syuhada yang telah mengorbankan nyawa demi Allah dan demi kebebasan keluarga juga negara mereka, setulus ucapan kami kepada mereka yang kini di sebaik-baik tempat termulia di sisi Ar-Rahman. Meskipun perpisahan ini menyedihkan, namun kami penuh yakin bahawa anda tidak mati bahkan akan hidup selamanya di syurga Allah

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.

وتحيةً لجيش مصر العظيم الذي حمى الثورة منذ نزل إلى الشوارع وأمن الناس والمؤسسات بعد انسحاب الشرطة، وتلاحم مع المتظاهرين، ورفض محاولات توريطه والإيقاع بينه وبين الشعب، ولا عجب!! فالجيش هو جيش الشعب، وأبناؤه هم أبناء الشعب، ونحن نثق في أن السلطة التي اُئتمن عليها بصفة مؤقتة سوف يتم نقلها بطريقة سلمية إلى أهل السياسة؛ للحفاظ على مدنية الدولة وديمقراطيتها وإقامة المؤسسات التشريعية فيها وفق انتخابات حرة نزيهة

Salam penuh hormat kami juga buat angkatan tentera Mesir yang memelihara kebangkitan ini sedari awal semenjak ia bermula di jalanan, juga menjaga keselamatan rakyat dan harta benda selepas tindakan pihak polis yang berlepas tangan. Mereka juga menolak segala usaha dipergunakan untuk bertembung dengan kehendak rakyat. Tiada yang pelik. Kerana tentera ini adalah tentera rakyat, mereka adalah sebahagian rakyat ini, kami memberi kepercayaan bahawa kuasa pemerintahan sementara yang diamanahkan kepada mereka ini akan diserahkan secara aman kepada ahli-ahli politik, demi sebuah negara madani demokrasi dan pembentukan pemerintahan yang berdasarkan pilihanraya yang bebas dan adil.

وإلى الثائرين فى كل ربوع مصر، ولا سيما الشباب منهم، نقول: إن المرحلة الأسهل قد انتهت، رغم مرارتها وقسوتها؛ ألا وهي مرحلة هدم النظام الفاسد، أما المرحلة التالية فهي المرحلة الأصعب، وهي مرحلة بناء نظام جديد على أسس صحيحة تحترم فيها الحريات العامة وحقوق الإنسان وكرامته، وتتوزَّع فيها الثروة بطريقة عادلة، ويقام فيها العدل والمساواة وتكافؤ الفرص بين المواطنين، وتطبق فيها قواعد العدالة الاجتماعية، وتبنى مؤسسات الدولة على مبادئ وقيم وقوانين سليمة، ويكافح فيها الظلم والفساد، ويحارب الاستبداد حربًا لا هوادة فيها ولا تهاون معها

Dan untuk penuntut-penuntut perubahan di seluruh pelusuk Mesir, khususnya kepada pemuda, kita katakan: “Sesungguhnya fasa yang sebenarnya mudah telah berakhir, meskipun dipenuhi kepahitan dan kekejaman; iaitu fasa menghancurkan regim korupsi. Kini, fasa berikutnya adalah tahap yang lebih sukar, waktu untuk membina sistem baru berdasarkan asas kebenaran di mana kebebasan dan hak-hak asasi manusia dan maruah dihormati. Seterusnya pengagihan segala sumber kekayaan berasaskan keadilan, penegakan keadilan dan kesamarataan peluang antara warganegara. Perlaksanaan peraturan keadilan sosial serta pembinaan asas negara berteraskan prinsip-prinsip dan nilai-nilai serta undang-undang yang sejahtera. Menumpaskan semua ketidakadilan dan kerosakan moral juga menentang sebarang bentuk kezaliman tanpa noktah apalagi untuk berkompromi dengannya.

أيها المواطنون الشرفاء.. لقد حققتم بفضل الله مكاسب عظيمة، فلا بد من حراستها والحفاظ عليها، وهذا يقتضي الاستمرار في اليقظة والانتباه والوحدة والإيجابية، والحب والتواصل، وفقنا الله جميعًا، وسدد على طريق الحق خطانا وحقق آمالنا لشعبنا وأمتنا ووطننا

(وقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ ورَسُولُهُ والْمُؤْمِنُونَ)

Wahai rakyat yang penuh kemuliaan. Anda telah pun mencapai kejayaan dengan bantuan Allah. Maka peliharalah ia sebaiknya. Bersiap siagalah sepenuh perhatian, jagalah kesatuan, kasih sayang dan hubungan kalian. Semoga Allah membimbing kita semua dan membetulkan dengan tepat setiap langkah yang diambil demi memenuhi harapan kami dan juga rakyat, bangsa dan negara.

Dan katakanlah: Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan.

الإخوان المسلمون

القاهرة في: 8 من ربيع الأول 1432هـ= الموافق 11 من فبراير 2011م

Ikhwanul Muslimin
Kaherah
8 Rabi’ul Awwal 1432 bersamaan 11 Februari 2011

Sumber : http://www.ismaweb.net






0 komen:

Catat Ulasan

"Sesungguhnya, bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah SWT" (Al-Ahzab Ayat 21).

Kongsi Pautan

Assalamualaikum.

Pihak admin mengalu-alukan semua pengunjung blog ini untuk berkongsi sebarang pautan yang memberi manfaat kepada pengunjung yang lain. Semoga segala yang baik itu dapat dipanjang-panjangkan mudah²an menjadi salah satu amal solih di sisi Allah SWT insyaAllah..Terima kasih di atas perkongsian anda ini.




p/s : Sekiranya blog/website anda dalam kategori ini, dipersilakan juga untuk dikongsikan di sini :)

NOTIS PENAFIAN : Laman web www.al-ehsaniah.blogspot.com bukan laman web rasmi bagi Masjid Al-Ehsaniah Kg. Melayu Bt. 16, Rawang. Laman web ini adalah hasil inisiatif sendiri ahli qariah kerana masjid ini masih belum memiliki laman web rasmi sebagai salah satu medium dakwah dan penyampaian maklumat yang agak penting ketika ini. Penggunan istilah Admin di dalam web ini bukan merujuk kepada Pihak Pengurusan Masjid tetapi sekadar merujuk kepada pengurus web ini sahaja. Sekiranya terdapat sebarang aduan/cadangan/maklum balas terhadap masjid melalui laman web ini pihak admin akan memanjangkannya kepada pihak yang sepatutnya. Walau bagaimanapun pihak admin mengingatkan adalah lebih baik berhubung terus dengan pihak Pengurusan Masjid yang sebenar. Sila rujuk direktori pengurusan masjid di laman Organisasi.