Dicatat Oleh Masjid Al-Ehsaniah pada 1:10 PTG
Tiga Hafis Qur'an tiba di KLIA sebentar tadi. Jumlah keseluruhannya ialah 7 orang semuanya. Imam Raed, berkopiah warna kuning ialah johan qari dari Universiti Islam Gaza dan akan berada di Masjid As Salam, Bukit Sentosa pada 28hb Julai 2012.
Beliau juga akan berada di Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes pada 29hb Julai 2012 dan di Masjid Nurul Iman di Serendah pada 30hb Julai 2012.

Dicatat Oleh Masjid Al-Ehsaniah pada 3:28 PTG
TAZKIRAH
MASJID NURUL IMAN, KG KENANGA RAWANGakan mengadakan tazkirah di ambang bulan Ramadan Al Mubarak
Malam ini selepas solat Maghrib
Penceramah Jemputan:Ybg Ustaz Razis Ismail Al Hafiz
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Dicatat Oleh Masjid Al-Ehsaniah pada 1:34 PG

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. Ayat 183 surah Al Baqarah.
Tujuan kita diwajibkan berpuasa ialah supaya kita mendapat sifat taqwa.
Selamat Berpuasa kepada semua kaum Muslimin dan Muslimat seluruh dunia terutamanya ahli qari'ah Masjid Al Ehsaniah Kg Melayu Batu 16, Rawang.
