03 Januari 2011

Kisah Malam Pertama

Assalamualaikum, Berikut saya kongsikan video yang bertajuk Malam Pertama Di Alam Kubur dan audio talqin beserta bacaannya. Semoga apa yang dipaparkan memberi pengajaran kepada kita semua. Selamat menonton & beramal!

Malam Pertama Di Alam Kubur (1)




Malam Pertama Di Alam Kubur (2)




Malam Pertama Di Alam Kubur (3)




Malam Pertama Di Alam Kubur (4)




Malam Pertama Di Alam Kubur (5)






Klik player di atas untuk mendengar Talqin ini.

Setiap yang bernyawa pasti merasai mati Dan bahawasanya kamu akan disempurnakan pahalamu di Hari Kiamat Lalu siapa saja yang dijauhkan dari neraka Dan dimasukkan dalam syurga Itulah dia orang yang beruntung

Tidak ada kehidupan dunia kecuali kesenangan yang menipu Wahai hamba Allah Ingatlah janji yang kamu keluar atasnya dari dunia hingga akhirat Iaitu persaksian tiada Tuhan yang lain kecuali Allah dan Muhammad SAW Rasul-Nya

Dan bahawasanya mati adalah benar Alam kubur adalah benar Kenikmatan dan seksa di dalamnya adalah benar Pertanyaan Malaikat Munkar dan Nakir adalah benar Kebangkitan dari-Nya adalah benar Perhitungan yakni hisab adalah benar Syafaat Nabi Muhammad SAW adalah benar Syurga dan Neraka adalah benar Pertemuan dengan Allah bagi ahlinya adalah benar

Bahawasanya Allah membangkitkan orang-orang ahli kubur Sekarang kamu berada di Alam Barzakh Alam antara dunia dan akhirat Maka ketika dua Malaikat Munkar dan Nakir yang ditugaskan oleh Allah mengunjungi kamu Janganlah kamu menjadi terkejut ataupun gentar Kerana keduanya adalah makhluk biasa seperti kamu dari sekian banyak makhluk-makhluk Allah Ketika mereka berdua bertanya kepadamu Siapakah Tuhanmu? Siapakah Nabimu? Apakah agamamu? Apa kiblatmu?

Dan apa pula pemimpinmu? Dan siapakah saudaramu? Maka jawablah dengan tegas dan jelas serta meyakinkan Allah adalah Tuhanku Muhammad adalah Nabiku Islam adalah agamaku Ka'bah adalah kiblatku Kitab Al-Quran adalah pemimpinku Dan kaum Muslimin dan Muslimat,mukminin dan mukminat Adalah saudara-saudaraku Serta dihidupkan kembali

InsyaAllah Kamu termasuk orang-orang yang aman selamat Dan semoga Allah mengukuhkan kamu dalam ucapan yang tetap Asyhadualla Ilaha Illallah Wa Asyhaduanna Muhammadarrasulullah لا إله إلا الله محمد رسول الله

Allah mengukuhkan orang-orang yang beriman dengan ucapan yang kukuh Asyhadualla Ilaha Illallah Wa Asyhaduanna Muhammadarrasulullah Di dunia Dan di akhirat

Wahai jiwa yang tenang Pulanglah ke hadrat Tuhanmu dengan gembira dan diredhai Masuklah dalam jamaah hamba-hambaKu Dan masuk pula dalam syurgaKu.



4 Golongan lelaki Ditarik Oleh Wanita

Sewaktu di Yaumul Akhirah wanita akan menarik bersama-samanya empat golongan lelaki ke dalam neraka. Na'uzubillahi minzalik (Kami mohon perlindungan-Mu Ya Allah dari yang demikian). Artikel ini tidak sesekali memperkecilkan wanita tetapi sebagai PERINGATAN supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama serta waspada akan tanggungjawab yang harus dilakukan terhadap wanita.

1) Golongan Pertama : Ayahnya
Apabila sesorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya semasa di dunia, iaitu tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak mentup aurat, tetapi memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik oleh anak perempuannya..

2) Golongan Kedua : Suaminya
Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya seperti tidak menutup aurat, bergaul bebas dan memperhiaskan diri bukan untuk suaminya tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia juga akan ditarik oleh isterinya..

3) Golongan Ketiga : Abang-Abangnya
Apabila ayah sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita iaitu ibu dan adik perempuan jatuh kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong daripada ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4) Golongan Keempat : Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram menurut Islam, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawakan juga di akhirat kelak.

Kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak melakukan kesilapan. Maksud Firman Allah SWT ; “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6) 

Kaum Wanita! kasihlah ayah, suami, abang-abang dan anak-anak lelaki anda. Kasihkan mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah Allah dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Hindarkanlah segala larangan-Nya. InsyaAllah sesuatu yang lebih indah menanti "di sana" kelak.
" Ya Allah berilah kami kekuatan, berilah kami petunjuk untuk menjalani sisa-sisa kehidupan ini di jalan yang lurus, di jalan yang telah engkau beri tuntunan agar kami mampu berjalan mengikut kehendak-Mu ya Allah "




Wahai Saudari Renungkanlah Lembaran Hidup Wanita Solehah !

Lembaran Hidup Wanita Solehah


Mampukah aku menjadi seperti Khadijah?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
Harta diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama..


Dapatkah kudidik jiwa seperti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong dalam kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan..


Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..


Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah


Tabah jiwaku
Setabah Umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya kepada Allah
Itulah wanita Siti Hajar..


Mampukah aku menjadi WANITA SOLEHAH??
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah..





Dakwah Sufi - Pilih Kehinaan dari Pujian

Dakwah sufi penuh kesabaran, keterbukaan, kasih sayang dan tidak bersifat menghukum. Menerima segala celaan dengan kesabaran dan munajat dengan tiada berputus asa. Mereka tidak menjawab celaan dengan celaan kerana cinta kepada manusia apa lagi saudara seagama.

Manusia akan memusuhi apa yang ia tidak tahu. Penyelesaian melalui perdebatan ilmu akan hanya membawa kepada kekerasan jiwa, luka hati dan perpecahan ummah. Pilihlah jalan kesabaran, kemaafan, persahabatan dan munajat kerana cinta, agar jiwa yang keras menjadi lembut, kejahilan menjadi pengetahuan, permusuhan menjadi persahabatan, perpecahan menjadi penyatuan, kebencian menjadi kasih sayang.

Marilah kita terus berjuang membangunkan Islam dengan method tasawwuf yang lembut dan hikmah agar diri, keluarga dan masyarakat selamat dari tenggelam dalam kekufuran, kesyirikan, kefasikan, hawa nafsu, syaitan dan dunia yang melalaikan.

Lihatlah dakwah Jemaah Tabligh, mereka memilih mendiamkan diri dari apa jua tohmahan, namun terus berjuang dengan jalan yang mereka yakini, akhirnya musuh dan fitnah menjadi lemah. Mereka terus bergerak sehingga berjaya melahirkan jutaan kader dakwah mereka di seluruh dunia.

Begitu juga dakwahHabib Umar al-Hafidz, mereka diacu dengan senapang oleh penentang mereka, namun dengan kesabaran dan munajat, akhirnya ramai para penentangnya menjadi pengikutnya, sehingga dakwahnya tersebar ke seluruh dunia.

Ingatlah pesan asy-Syahid Imam Hassan al-Banna, ‘Jadikan dirimu seperti pohon yang berbuah lebat, mereka melontarnya dengan batu, tapi ia melontarkan kembali buah yang ranum!”

Tasawwuf adalah mujahadah. Didik diri dengan memilih kehinaan dari pujian, pilih kemaafan dari dendam dan kemarahan, pilih kesabaran dalam apa jua keadaan. Terus berakhlak mulia dengan sesiapa jua, menghormati apa yang ada pada orang lain. Dan berpeganglah kamu dengan kalam ‘Arifbillah yang menjadi dasar semua tarekah :
ILAHI ANTA MAQSUDI WA RIDHAKA MATHLUBI - 'Ya Allah, hanya Engkau yang ku maksudkan, dan keredhaan Mu lah yang ku cari!”




Iktibar Dari Bangsa Yang Musnah



Oleh itu, sama-samalah kita ambil iktibar daripada kisah ini. Jauhi Daripada Perbuatan Yang Mendatangkan Bala.

Video : Muhammad - Legacy of A Prophet

Assalamualaikum, Berikut saya kongsikan video yang dihasilkan di Amerika mengenai Nabi Muhammad SAW dan Islam. Ianya dihasilkan bagi menerangkan kepada rakyat Amerika (dan Barat) bahawa Islam adalah agama yang cintakan perdamaian dan bukan agama pengganas sebagaimana yang dicanangkan oleh pihak-pihak yang memusuhi Islam. Mungkin anda berminat menontonnya sebagai bahan renungan. Selamat menonton!

































































Berdakwah Disertai Penguasaan Ilmu Lebih Berkesan


PENDAKWAH kini berdepan dengan cabaran yang memerlukan persiapan diri dengan pelbagai disiplin ilmu. Usaha mencapai matlamat itu, pendakwah hendaklah memantapkan diri dengan pelbagai disiplin ilmu termasuk memiliki kemahiran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai medium penyampaian dakwah yang berkesan.

Langkah itu dilihat berbaloi apabila jumlah pengguna internet di Malaysia dilaporkan mencecah 500,000 orang. Begitu pula dalam era globalisasi maklumat tanpa sempadan, kemahiran itu boleh digunakan sebagai mekanisme untuk menjawab segala tohmahan dan kritikan tidak berasas terhadap peribadi Nabi Muhammad SAW dan syariat Islam yang banyak disebarkan menerusi laman web serta blog.

Golongan pendakwah juga harus sentiasa mengamalkan prinsip cakap serupa bikin kerana mereka memikul amanah Allah. Justeru, mereka perlu melaksanakan ajaran agama dalam kehidupan sebelum menyuruh orang lain melakukannya.

Kealpaan pendakwah mempraktikkan prinsip itu bukan saja menyebabkan objektif dakwah tidak tercapai, malah bakal mengundang kemurkaan.

Allah berfirman bermaksud: "Wahai orang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang tidak kamu lakukan. Amat besar kebenciannya di sisi Allah (apabila) kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan." (Surah al-Saf, ayat 2-3)

Situasi masa kini di mana berlaku kepincangan akhlak dan moral masyarakat Islam, dakwah menerusi personaliti mulia (dakwah bilhal) lebih elok dipraktikkan berbanding dakwah melalui mulut yang belum tentu mencapai hasil diharapkan. Pendakwah hendaklah mempersiapkan diri dengan akhlak mulia, penyabar dan tidak cepat melenting apabila ditegur.

Sikap terbuka dan tidak memandang rendah kepada kewibawaan orang lain adalah resipi kejayaan dakwah. Setiap individu harus menerima hakikat manusia dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Adalah mulia jika segala kelebihan itu dikongsi bersama bagi memantapkan misi dakwah, sementara kekurangan diperbaiki untuk faedah bersama.

Kaedah dan cara berdakwah pula perlu seiring dengan situasi semasa supaya dakwah tidak hanya tertumpu kepada segelintir masyarakat saja. Pendekatan dakwah secara bijaksana penting supaya segenap lapisan masyarakat mendapat manfaat daripada aktiviti dakwah yang dijalankan.

Golongan muda dan remaja Islam yang seperti hilang arah hidup sepatutnya menjadi tumpuan pendakwah kerana mereka bakal menjadi pewaris negara pada masa depan. Pendekatan dakwah yang sesuai untuk golongan ini perlu difikirkan bersama oleh semua pihak bagi menarik lebih ramai golongan muda mempraktikkan perintah agama seperti solat yang kemudiannya mampu mendidik sahsiah serta peribadi mereka.

Lebih daripada itu, pendakwah hendaklah sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan memperbanyak melakukan ibadah dan bermunajat kepada-Nya. Pendekatan ini adalah persediaan spiritual yang mampu menahan segala ujian dan cabaran dakwah yang bermacam ragam, kerana bukan mudah untuk membentuk akhlak serta peribadi manusia.

Ada yang menyokong dan tidak kurang pula membantah dengan melakukan tindakan di luar batasan. Kekuatan dalaman dan pergantungan mutlak kepada Allah diperlukan untuk menghadapi situasi getir itu.

Nabi dan rasul utusan Allah adalah golongan yang banyak menerima cabaran berat ketika berdakwah kepada kaumnya. Ada kalangan mereka yang bergelar Ulul Azmi, kerana hebatnya tribulasi dakwah terpaksa dihadapi.

Nabi Ibrahim pernah dibakar kaumnya namun dipelihara oleh Allah daripada musibah itu. Nabi Muhammad SAW juga menerima pelbagai ujian berat dalam usaha mengajak manusia supaya mengesakan Allah sehingga kemuncak daripada ujian itu Baginda SAW diracun lalu membawa kepada kewafatannya menurut pendapatan sebahagian ulama sirah.

Sifat buruk seperti keras hati, gemar berdebat, menyangka diri yang terbaik, sombong dan mata duitan adalah sifat yang merosakkan peribadi pendakwah di mata masyarakat. Amalan buruk itu bakal mengundang malapetaka dan merosakkan matlamat dakwah yang dicita-citakan. Pendakwah perlu menghindari sifat buruk ini jika mahu diterima masyarakat.

Pelbagai gerakan dakwah yang wujud di negara ini perlu bersatu hati bagi mencapai tujuan dan matlamat dakwah yang sama. Jangan asyik menuding jari menyalahkan orang lain sebaliknya sama-sama mencari jalan keluar kepada permasalahan yang berlaku. Pepatah ada menyebutkan, bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

Masyarakat Islam juga diseru supaya turut sama dalam aktiviti dakwah menyeru kepada yang baik dan mencegah perkara mungkar, tidak hanya berharap kepada golongan agama bagi memikul tanggungjawab itu.

Kesedaran semua anggota masyarakat dalam melaksanakan gerak kerja dakwah amat diharapkan. Malah, cabang dakwah yang luas memberi peluang kepada semua pihak untuk sama-sama bertugas sebagai ejen penyampai dakwah.

Guru berdakwah dengan menyampaikan ilmu kepada murid, peruncit berdakwah melalui sifat amanah dan jujur dalam perniagaan, setiap individu Muslim berdakwah melalui akhlak serta peribadi mulia sehingga mampu memperlihatkan kecantikan Islam di mata masyarakat lain.

Selain pendakwah, setiap individu Muslim wajib memikul amanah memelihara diri dan keluarga daripada kesesatan. Perbuatan sesetengah ibu bapa yang tidak mempedulikan perlakuan buruk anak adalah sikap tidak bertanggungjawab yang bakal merosakkan masa depan mereka sebagai pemuda harapan bangsa dan agama. Bahkan ibu bapa akan dipertanggungjawabkan dengan persoalan itu di hadapan Allah di akhirat kelak.

Pendakwah semestinya memahami tugas dakwah adalah tugas yang berat dan memakan masa panjang. Pendakwah tidak boleh berputus asa kerana yang berhak dan berkuasa memberi petunjuk hanyalah Allah

Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jugalah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya) dan Dialah juga yang lebih mengetahui akan orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)." (Surah al-Qasas, ayat 56)

Oleh itu, usaha dakwah tidak hanya meriah pada bulan dakwah saja. Dakwah sepanjang masa diperlukan bagi menarik lebih ramai orang Islam mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan seharian.

Sekali gus, menyumbang kepada minat masyarakat lain untuk mengenali dan mendalami Islam. Usaha ini juga mampu menangkis tanggapan buruk yang dilontarkan kepada Islam dan penganutnya.

Karya Asal Oleh : Mohd Ali Muhamad Don - Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru.



"Sesungguhnya, bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah SWT" (Al-Ahzab Ayat 21).

Kongsi Pautan

Assalamualaikum.

Pihak admin mengalu-alukan semua pengunjung blog ini untuk berkongsi sebarang pautan yang memberi manfaat kepada pengunjung yang lain. Semoga segala yang baik itu dapat dipanjang-panjangkan mudah²an menjadi salah satu amal solih di sisi Allah SWT insyaAllah..Terima kasih di atas perkongsian anda ini.




p/s : Sekiranya blog/website anda dalam kategori ini, dipersilakan juga untuk dikongsikan di sini :)

NOTIS PENAFIAN : Laman web www.al-ehsaniah.blogspot.com bukan laman web rasmi bagi Masjid Al-Ehsaniah Kg. Melayu Bt. 16, Rawang. Laman web ini adalah hasil inisiatif sendiri ahli qariah kerana masjid ini masih belum memiliki laman web rasmi sebagai salah satu medium dakwah dan penyampaian maklumat yang agak penting ketika ini. Penggunan istilah Admin di dalam web ini bukan merujuk kepada Pihak Pengurusan Masjid tetapi sekadar merujuk kepada pengurus web ini sahaja. Sekiranya terdapat sebarang aduan/cadangan/maklum balas terhadap masjid melalui laman web ini pihak admin akan memanjangkannya kepada pihak yang sepatutnya. Walau bagaimanapun pihak admin mengingatkan adalah lebih baik berhubung terus dengan pihak Pengurusan Masjid yang sebenar. Sila rujuk direktori pengurusan masjid di laman Organisasi.