28 Februari 2011

Mengapa 27 Kali Ganda? : (1) Menjawab Seruan Azan

Assalamualaikum.

Kelebihan Pertama : Menjawab Seruan Azan

Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar mengenai kelebihan yang pertama: "Menjawab seruan muazzin dengan niat ingin menunaikan solat fardhu secara berjemaah"

Ulasan

Maksud Azan

Dari segi bahasa : Memberi tahu
Dari segi Istilah Syarak : Memberitahu waktu solat dengan menggunakan lafaz tertentu

Berkata Imam al-Qurtubi dan ulama' lainnya: Azan, walaupun sedikit sahaja kalimahnya, tetapi terkandung di dalamnya persoalan-persoalan mengenai akidah. Buktinya ialah azan itu dimulai dengan ucapan takbir Allahu Akbar yang mengandungi makna dan erti kewujudan Allah SWT dan kesempurnaanNya. Kemudian kalimah berikutnya menyimpan makna ketauhidan kepada Allah SWT dan menafikan syirik kepadaNya. Setelah itu ianya mempastikan kebenaran kerasulan Nabi Muhammad SAW. Selepas itu azan mengajak kepada ketaatan khusus iaitu ibadah solat kepada Allah SWT. Ianya disebut mengiringi ucapan penyaksian terhadap kerasulan Rasulullah SAW, kerana ibadah ketaatan tidak dapat diketahui melainkan dengan perantaraan Rasulullah SAW. Kalimah berikutnya mengajak kepada kejayaan iaitu kebahagiaan kekal abadi, yang ditujukan kepada kewujudan Alam Akhirat.

Akhirnya azan diakhiri dengan diulangi kembali lafaz pertama tadi sebagai menguatkan lagi persoalan akidah yang utama iaitu kewujudan Allah SWT. Dengan gema seruan azan tercapai matlamat untuk memberitahu masuknya waktu solat, mengajak kepada solat berjemaah dan menzahirkan syiar Islam.

Berdasarkan kepada ulasan Imam al-Qurtubi itu, peranan azan di dalam mengajak manusia kepada solat berjemaah sangat besar. Oleh kerana itulah, Islam memberi ganjaran yang sangat besar bagi sesiapa yang menjawab seruan azan dan kemudiannya datang ke masjid untuk solat berjemaah.

Berdasarkan kata-kata al-Hafiz Ibnu Hajar di atas, pengajaran yang diambil oleh seseorang mukallaf yang menjawab azan dengan niat ingin menunaikan solat fardhu secara berjemaah adalah lebih afdhal daripada seorang yang menjawab azan tetapi di dalam hatinya tidak ada pun niat ingin melaksanakan solat tersebut secara berjemaah.

Bahkan Rasulullah SAW memberi amaran yang sangat keras kepada sesiapa yang mendengar azan tetapi tidak datang solat berjemaah. Ini terkandung di dalam sabdanya yang telah diriwayatkan oleh Imam Daaruqutni yang bermaksud:
Daripada Abdullah bin Abbas RA, daripada Nabi SAW, sabdanya: "Sesiapa yang mendengar azan, tetapi tidak menjawabnya, maka tidak sempurna atau tidak diterima solatnya melainkan jika dia uzur"
Dalam hadis lain Rasulullah SAW telah menegaskan dengan keras bahawa sesiapa yang enggan datang ke masjid walaupun setelah mendengar azan, maka dia adalah munafik. Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam at-Thobraani yang bermaksud:
Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Munafik ialah sesiapa yang mendengar seruan Allah yang mengajak kepada solat berjemaah, tetapi dia tidak menjawabnya"
Apabila seorang mukallaf mengambil berat dengan solat berjemaah dan sentiasa datang ke masjid, pada kebiasaannya bila dia mendengar azan, dia akan segera menjawabnya dengan penuh khusyuk dan penuh rasa tanggungjawab. Dia akan meninggalkan segala kerja-kerja dunianya dan terus segera bersiap sedia untuk solat berjemaah selepas azan dikumandangkan. Sikap seperti ini sudah tentu tidak wujud dalam diri seorang munafik yang tidak ada niat dan keinginan untuk melaksanakan solat fardhu secara berjemaah. Justeru itu, sudah tentu orang yang menjawab azan dengan niat ingin menunaikan solat fardhu berjemaah lebih afdhal daripada orang yang menjawab azan tetapi tidak ada niat tersebut.

Menjawab Azan

Mengenai lafaz yang digunakan untuk menjawab azan, Imam Muslim telah menyebutkan di dalam kitab sahihnya, hadis yang telah diriwayatkan daripada Umar bin Al-Khattab RA yang bermaksud:
"Berkata Umar: "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Apabila muazzin berkata : الله اکبر,الله اکبر maka kata olehmu: الله اکبر,الله اکبر, apabila dia berkata: اشهد ان لا اله الا الله, maka kata olehmu: اشهد ان لا اله الا الله, apabila dia berkata: اشهد ان محمدا رسول الله, maka kata olehmu: اشهد ان محمدا رسول الله, apabila dia berkata: حى على الصلاة, maka jawab olehmu: لا حول ولا قوة الا بالله, apabila dia berkata: حى على الفلاح, maka jawab olehmu: لا حول ولا قوة الا بالله, apabila dia berkata: الله اکبر,الله اکبر, maka kata olehmu: الله اکبر,الله اکبر. Akhir sekali apabila muazzin mengucapkan: ان لا اله الا الله, maka dia hendaklah menjawab juga: ان لا اله الا الله. Sesungguhnya sesiapa yang mengucapkan kesemua ungkapan-ungkapan di atas dengan ikhlas daripada hatinya, nescaya dia akan dimasukkan ke dalam syurga"
Kelebihan menjawab azan sangat besar fadhilatnya sebagaimana yg telah termaktub di dalam kitab-kitab hadis yang muktabar. Berikut dinyatakan sebahagian daripadanya:

Hadis Pertama
Daripada Abdullah bin Amru bin al-'As RA katanya: "Sesungguhnya suatu hari aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu mendengar azan yang dikumandangkan oleh muazzin, maka hendaklah kamu menjawab azan seperti ucapan yang dilakukan oleh muazzin. Kemudian berselawatlah ke atas diriku. Sesungguhnya sesiapa yang berselawat ke atasku sebanyak sekali nescaya Allah SWT akan selawat yakni menurunkan rahmat ke atasnya sebanyak sepuluh kali. Selepas itu pohonlah kepada Allah SWT bagi diriku al-Wasilah. Sesungguhnya al-Wasilah itu merupakan suatu kedudukan atau darjat yang sangat istimewa dan tertinggi di dalam syurga yang hanya layak untuk salah seorang saja daripada hamba-hamba yang sangat mulia di sisi Allah di akhirat kelak dan aku mengharapkan bahawa akulah hamba itu. Justeru itu, sesiapa yang memohon untukku al-Wasilah, nescaya dapatlah baginya syafaatku" (Hadis riwayat Imam Muslim di dalam kitab sahihnya)
Hadis Kedua
Daripada Jabir bin Abdillah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang berdoa ketika mendengar seruan azan dengan doa: "Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan Azan dan sembahyang yang didirikan, kurniakanlah kepada penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w. ketinggian dan kelebihan serta kedudukan yang terpuji yang Engkau telah janjikan" nescaya dia akan mendapat syafaatku pada hari kiamat kelak". (Riwayat Imam Bukhari di dalam kitab sahihnya)

Selain ganjaran pahala yang besar yang diperolehi dengan menjawab azan dan kelebihan berdoa memohon al-Wasilah untuk Rasulullah SAW selepas azan, para jemaah juga berpeluang merebut masa keemasan. Maksud masa keemasan ini ialah Rasulullah SAW telah memberitahu kita di dalam hadis bahawa selang masa di antara Azan dan Iqamah merupakan masa mustajab untuk berdoa. Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
"Tidak akan ditolak permohonan doa (yang dilakukan) ketika selang masa di antara Azan dan Iqamah. Lalu para sahabat bertanya: "Apakah yang sepatutnya kami pohon, ya Rasulullah!" Jawab Rasulullah: "Mintalah kepada Allah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat".
Wallahu'alam. InsyaAllah bersambung..




23 Februari 2011

Khutbah Jumaat Minggu Ini - "Salah Faham Terhadap Islam"

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah kita bertakwa kepada Allah SWT. dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah SWT. ialah orang yang paling bertakwa. Kerana takwa merupakan penentu martabat kita di sisi Allah SWT. Istiqamahlah dalam mengamalkan segala perintah Allah SWT dan ajaran Rasulullah s.a.w. Dengan mentaati Allah dan Rasul-Nya, insya-Allah kita akan disayangi dan dijauhkan dari mala-petaka serta beroleh kejayaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat nanti.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita menghayati hadith daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing) dan ia akan kembali dagang (asing) pula, maka beruntunglah orang-orang yang asing".
(Riwayat Muslim).
Hadith ini jelas menyatakan bahawa Islam yang bermula dengan dagang ( asing ) akan menjadi dagang di akhir zaman nanti. Sejarah telah menukilkan bahawa perkembangan Islam di peringkat awal juga asing. Islam sentiasa menghadapi kesukaran dan mendapat tentangan yang berpanjangan. Berkat ketabahan, kekentalan, kegigihan dan keyakinan para pendakwah atau da'ie serta dengan izin Allah Islam telah berkembang sehingga menjadi kuasa dunia yang hebat pada era kegemilangannya. Islam telah berjaya melahirkan insan yang berperibadi mulia, mempunyai jati diri unggul dan berwibawa. Ketika itu wujud keadilan, kejujuran, ketelusan, ketenteraman, keharmonian, kedamaian dan ketenangan. Namun selaku manusia mereka juga menghadapi pelbagai ujian, godaan nafsu dan kelemahan diri di samping serangan fitnah, khianat dan dengki sesama sendiri sehingga umat Islam jatuh, tamadun Islam runtuh sehinggalah sekarang.

Namun Allah SWT tetap melahirkan sekelompok insan mulia yang sentiasa istiqamah untuk membangun ummah berdasarkan syariatnya. Golongan ini sentiasa gigih menyebarkan Islam supaya menjadi ikutan dan amalan manusia untuk mencapai kejayaan yang diredhai Allah SWT. Pada masa yang sama wujud pula segolongan manusia yang menghadapi krisis nilai terhadap agama. Golongan ini bertanya; "Adakah agama merupakan satu keperluan? atau agama hanya satu kecenderungan peribadi. Adakah ini bermaksud siapa suka boleh beragama dan siapa tidak suka boleh jadi atheis atau ikut mana-mana agama kerana semuanya sama, dan ada banyak jalan ke syurga!.

Dalam situasi krisis nilai inilah golongan yang ingin mengembalikan Islam ke Persada Keagungannya menghadapi segelintir umat Islam yang meragui, mempertikai, meremeh dan buruk sangka terhadap orang Islam. Pada masa yang sama mereka juga menghadapi orang kafir yang benci kepada Islam.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Justeru, setiap individu yang ingin mempertahan dan setia dengan Islam pasti akan mengharungi ujian, rintangan, halangan, cemuhan, ejekan, cacian, makian dari mereka yang memang tidak redha dengan Islam. Manakala orang yang beramal secara sambil-lewa terhadap Islam akan mendapat sanjungan atau kurang menghadapi tekanan. Persoalannya apakah mereka yang tidak yakin dan malahan benci terhadap Islam ini tanpa disedari rupa-rupanya telah bersekongkol dengan Yahudi, Nasrani dan Puak Kafir lain sebagaimana Firman Allah SWT dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 120;
"Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada Engkau (wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut millah ( agama ) mereka ( yang telah terpesong itu )".
Oleh yang demikian, marilah kita tanpa mengira pegangan parti politik dan kedudukan, supaya benar-benar menghayati maksud ayat tadi yang jelas menyatakan bahawa orang kafir secara umumnya, Yahudi dan Nasrani khususnya tidak akan redha jika Islam kembali mengungguli kepimpinan ummah. Mereka akan mengadakan pelbagai alasan dan melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Islam supaya ianya diragui serta seterusnya dijauhi. Mereka turut mengatakan; "Apakah agama yang membenarkan perbezaan taraf antara lelaki dan wanita, mengenakan hukum rejam, kerat tangan dan sebat masih relevan dengan zaman ini?".

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Begitulah Islam akan sentiasa dibenci. Inilah sunnah Islam. Tidak hairanlah jika golongan yang tidak meredhai Islam ini sentiasa menganjur serta melaksanakan pelbagai aktiviti yang boleh melalai, melekakan dan merosakkan iman serta akidah umat Islam. Mereka akan melakukan apa sahaja gangguan, sekatan, tuduhan, ancaman dan kekacauan semata-mata untuk memastikan supaya ada di kalangan umat Islam yang keliru, terpesong, menyeleweng, ragu-ragu dan tidak yakin dengan keupayaan Islam dalam menyelesaikan kemelut kehidupan umat manusia.

Hasil usaha yang gigih musuh-musuh Islam ini mereka telah berjaya menarik sebahagian penganut Islam untuk meninggalkan Islam. Mereka menganggap Islam tiada kaitan langsung dalam mengendalikan urusan dunia. Lebih menyedihkan lagi ialah penganut Islam yang berjaya dipesong dan dikelirukan ini kelihatan taat dalam melaksanakan ibadah; seperti solat, puasa, haji dan zakat. Ada ketikanya mereka memetik ayat Al-Quran dan hadith Rasulullah s.a.w. apabila berhujjah, tetapi meninggalkan syariat Islam ketika mengendalikan urusan politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.

Bukankah sebahagian besar umat Islam telah mempelajari Islam sejak kecil; dari Tadika, Sekolah Rendah, Menengah dan Pusat Pengajian Tinggi. Sama ada di masjid, surau dan di tempat-tempat turut mengadakan Kuliah-kuliah Agama. Para Pendakwah sentiasa memberi ingatan. Ibu bapa juga telah memberi teguran. Anggota masyarakat turut memainkan peranan. Sedangkan kecelaruan masih berterusan. Inilah isu yang patut difikir dan perlu diselesaikan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mereka yang keliru ini menganggap agama semata-mata sebagai urusan peribadatan. Sebab itulah agama mesti dipisahkan daripada amalan dunia. Mereka inilah golongan yang mengatakan judi dan arak dibolehkan apabila dilesenkan atau rasuah memang haram, tetapi kalau orang memberi dengan tidak diminta, ambil sahajalah. Seterusnya segala pesta, keramaian dan kegiatan tetap diteruskan walaupun ia mengandungi unsur yang bertentangan dengan syarak. Segala adat terus dilaksana walaupun berunsur khurafat dan amalan memuja sehingga menyelewengkan akidah.

Mengapa keadaan ini masih wujud?. Apakah segala Sistem Pembelajaran, maklumat dan penyampaian selama ini tidak berkesan, tersilap atau tidak mencapai sasarannya?. Atau Islam hanya disampaikan secara sambil-lewa tanpa menekankan bahawa ia adalah satu cara hidup yang sempurna!. Mengapa masih terdapat di kalangan umat Islam yang kuat berpegang serta yakin kepada panduan ciptaan manusia berbanding panduan yang diturunkan oIeh Allah SWT dan telah disampaikan oIeh Rasulullah s.a.w.?. Sedangkan pada masa yang sama mereka mengakui kesempurnaan ajaran Allah SWT. Ini yang dikatakan salah faham terhadap Islam, keliru, terpesong, sekular atau sesat. Wal'iyazu billahi.

Salah faham terhadap Islam ini wujud kerana pada masa yang sama segala kebaikan berlaku, pelbagai keburukan juga terjadi. Kebaikan dan kejahatan tadi dilakukan oIeh orang yang sama, penganjur yang sama dan penguasa yang sama. Pada satu waktu mereka adakan Majlis Tahlil, Bacaan Yasin dan Doa Selamat, tetapi selepas itu mereka juga yang menganjurkan Majlis Maksiat yang mendedahkan aurat atau seseorang pada suatu ketika melakukan kebaikan tetapi pada ketika lain berada di tempat yang ada unsur-unsur kemungkaran.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Lebih menyedihkan lagi bila seseorang pada satu-satu waktu amat bercakap tentang kebaikan dan kesempurnaan peraturan Islam tetapi pada masa yang sama ia juga sedang mengingkari peraturan Allah. Mereka mampu menyatakan bahawa syariat Islam itu baik dan sempurna, tetapi pada masa yang sama ia menyatakan riba itu harus kerana maslahah ‘aammah. Mereka berhujjah kalau tak terlibat dengan riba bagaimana nak dapat pinjaman, nak dapat modal dan meneruskan kegiatan, ini sangat mengelirukan.

Di samping itu tidak kurang juga ada di antara umat Islam yang sanggup menyatakan;

"Tak apalah kita melakukan sedikit dosa atau sekali-sekala melanggar syariat dengan sengaja kerana Allah memahami kita. Ada juga yang mengungkit selama ini telah banyak kebaikan yang telah mereka lakukan, maka bolehlah sesekali dilanggar perintah Allah, lepas itu mohonlah ampun dan bertaubat, kerana Allah Maha pengampun. Astaghfirullah, dengan sengaja dan sedar masih ada segelintir umat Islam yang berfikiran sedemikian. sedangkan Islam perlu dihayati, diamal dan dianuti secara menyeluruh meliputi zahir dan batin. Selagi masih ada segelintir umat Islam yang keliru, memisahkan agama dengan urusan kehidupan dan menyanjung tinggi segala pemikiran yang salah, tidak kira datang dari barat, timur atau mana-mana sahaja maka selama itulah umat Islam akan berterusan berhadapan dengan situasi sebegini.

Maka segala salah faham, kekeliruan, kekaburan, ketidak jelasan tentang penghayatan syariat Islam yang syumul ini perlu diperbetul dan diperangi habis-habisan. Setiap insan muslim yang mencintai kebenaran dan mahu melihat Syariat Islam terlaksana mesti sanggup melakukan jihad yang berterusan ke arah memberikan teguran, nasihat dan pandangan dengan penuh hikmah dan bijaksana. Contohilah kehebatan peribadi Rasulullah s.a.w. serta para sahabat Baginda dalam mengamal dan mempertahankan segala syariat Allah SWT.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Oleh itu, marilah kita kembali menghayati, melaksana dan mengamalkan segala Tuntutan Islam sebenar berpandukan kepada Quran dan Sunnah. Insya-Allah, kita akan selamat dan sentiasa dibimbing oIeh Allah SWT ke jalan yang diredhai-Nya.

"Sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (di tempatkan di syurga) bersama-sama orang yang telah dikurniakan nikmat oIeh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, Para Siddiqin, Para Syuhada' (orang yang mati syahid) dan orang yang soleh; serta mereka itulah teman yang sebaik-baiknya". "Yang demikian itu adalah kurniaan daripada Allah. Cukuplah Allah yang Maha Mengetahui (akan balasan pahala-Nya)".

KHUTBAH KEDUA

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan.

Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

Khutbah Jumaat Bacaan 25 Februari 2011
Sumber : JAIS





21 Februari 2011

Al-Ehsaniah Download Center : Sedia Bahan Ilmiah Untuk Pengunjung

Assalamualaikum.

Pembaca yang dihormati dan dikasihi sekalian,

Untuk makluman, ruangan 'Muat Turun Fail' di blog ini adalah bertujuan untuk berkongsi bahan-bahan ilmiah dalam bentuk softcopy. Buat masa ini, bahan-bahan tersebut adalah diambil daripada sumber-sumber internet dan dihimpunkan semula oleh pihak admin. Anda semua juga dialu-alukan untuk berkongsi bahan-bahan ilmiah yang mungkin berada di dalam komputer anda atau anda mempunyai cadangan pautan untuk pihak admin mengambilnya. Berikut adalah pilihan cara untuk berbuat demikian:
  • Emelkan bahan tersebut kepada alehsaniah@gmail.com (sekiranya bahan tersebut di dalam komputer anda)

  • Cadangkan pautan bahan tersebut di bahagian komen di bawah atau di ruangan yang disediakan di laman 'Muat Turun Fail'.
Di bawah ini dipaparkan laman tersebut untuk rujukan anda. Sila klik di sini untuk membuka di browser yang berasingan.




20 Februari 2011

Mengapa 27 Kali Ganda? : *Pendahuluan

Assalamualaikum.

Pembaca yang dihormati dan dikasihi sekalian,
Catatan ini adalah sambungan daripada siri Jom Ke Masjid sebelum ini. InsyaAllah di bawah tajuk ini (Mengapa 27 Kali Ganda?) saya akan menjadikannya suatu catatan bersiri. Ianya akan mengupas kelebihan 27 kali ganda itu sendiri.

Mengapa 27 Kali Ganda?

Ada sebahagian ulama' telah membuat kajian, mencari alasan dan sebab mengapa Rasulullah SAW menyatakan bahawa solat fardhu berjemaah lebih afdhal 27 atau 25 kali ganda berbanding solat bersendirian. Kesimpulan yang mereka dapat ialah kerana terdapat pada solat berjemaah itu 27 atau 25 kelebihan lain yang tidak terdapat pada solat bersendirian. Salah seorang ulama' yang berbuat sedemikian dari kalangan mereka ialah al-Hafiz Imam Ibnu Hajar al-Asqalaai.

Di dalam kitabnya Fathu al-Baari, al-Hafiz Imam Ibnu Hajar telah menyebutkan satu persatu 27 kelebihan yang terdapat pada solat berjemaah yang tidak terdapat pada solat bersendirian sebagaimana berikut:
  1. Menjawab Seruan Azan
  2. Bersegera Datang Ke Masjid
  3. Berjalan Ke Masjid
  4. Berdoa Ketika Masuk Masjid
  5. Solat Tahiyatul Masjid
  6. Menunggu Didirikan Solat Berjemaah
  7. Para Malaikat Mendoakan Keampunan dan Rahmat Untuknya
  8. Para Malaikat Menjadi Saksi Mereka
  9. Menjawab Iqamah
  10. Terselamat Daripada Gangguan Syaitan
  11. Berdiri Sambil Menanti Takbiratul Ihram
  12. Mendapat Takbiratul U'la Bersama Imam
  13. Membetulkan Saf Solat dan Memenuhkannya
  14. Menjawab Kata-Kata Imam Ketika Bangkit dari Ruku'
  15. Selamat Daripada Terlupa dan Menolong Imam Dengan Mengingatkannya
  16. MemperolehiKhusyu' dan Terselamat Daripada Perkara yang Melalaikannya
  17. Mengelokkan Keadaan Solat
  18. Para Malaikat Mengerumuni Mereka
  19. Mempelajari Tajwid Al-Quran, Rukun Dan Sunat Solat
  20. Menzahirkan Syi'ar-Syi'ar Islam
  21. Menyulitkan Syaitan Melakukan Godaan
  22. Menyelamatkan Diri Daripada Sifat Munafik Dan Menghapuskan Buruk Sangka
  23. Menjawab Salam Imam
  24. Saling Mendapat Manfaat Di Antara Satu Sama Lain Ketika Berdoa, Berzikir dan Dari Segi Keberkatan
  25. Merapatkan Hubungan Silaturrahim Dan Berdisiplin Dengan Waktu Solat
  26. Mendengar Dan Memberi Perhatian Bacaan Imam
  27. Mengucap Amin Bersama Imam
Di atas adalah 27 kelebihan yang disebutkan di dalam Kitab Fathu al-Baari. Untuk lebih memahaminya, insyaAllah saya akan catatkan pula dalil dan ulasan setiap satu kelebihan tersebut pada siri-siri yang berikutnya.

Wallahu'alam. InsyaAllah bersambung..




Selingan Video : The Arrivals (Malay Subtitle)

Assalamualaikum.
The Arrivals adalah satu siri dokumentari yang mengkaji secara mendalam tentang tanda besar kiamat, iaitu ketibaan Dajjal, Al-Mahdi dan Nabi Isa a.s. Penuh dengan maklumat-maklumat terkini dan penting untuk di ketengahkan kepada masyarakat umum dalam membuka minda umat. Ianya berdasarkan hasil karya Sheikh Imran N. Hosein (Jerusalem in the Quran, Gog and Magog in the Modern World) dan beberapa pemikir dan pendakwah lain seperti Sheikh Hamza Yusif, David Icke, William Cooper dan Tex Marrs.

Mungkin anda belum menonton 51 siri video yang memuatkan maklumat-maklumat penting mengenai bagaimana KUNCU-KUNCU DAJJAL telah merancang menghancurkan tatasusila manusia di bumi serta menjajah dan merosakkan minda manusia di zaman ini. Berikut dikongsikan video-video tersebut kepada anda yang belum menontonnya. Klik pada tajuk untuk membuka/menutup paparan. Selamat menonton! :)

(00) Intro


(01) Bukti Dari Quran


(02) Penguasaan Minda


(03) Penguasaan Minda Kanak-Kanak


(04) Asas-Asas Dajjal Al Masih


(05) Senibina dan Tenaga


(06) Peperangan Tenaga Manusia


(07) Firaun-firaun Hari Ini


(08) Bukti-bukti mengejutkan tentang Firaun


(09) Siapa Abdullah Hashem


(10) Pemerintahan Dunia Baru


(11) Sihir Muzik
Video ini telah di ‘block’ oleh youtube! Sila download di sini


(12) Cerahkan Kegelapan
Embedding disabled by request. Sila lihat di sini


(13) Gadis Berbaju Merah


(14) Penipuan Hollywood


(15) Hollywood dan Tanah yang Dijanjikan


(16) Media dan Islam


(17) Perang Atas Nama Keganasan


(18) Dua Muka Demokrasi


(19) Fenomena UFO 1


(20) Fenomena UFO 2


(21) Apa yang Akan Datang


(22) Budaya Kesyaitanan Kita


(23) Kebendaan dan Peperangan Dalaman


(24) Kebebasan Dicabut


(25) Dajjal Sudah Tiba 1


(26) Dajjal Sudah Tiba 2


(27) Mengapa Kesyaitanan Diamalkan Para Pemerintah Kita 1


(28) Mengapa Kesyaitanan Diamalkan Para Pemerintah Kita 2


(29) Perkara Sebenar Tentang Tuhan-Tuhan Itu


(30) Lantai Hitam Putih dan Tuhan-Tuhan Itu


(31) Penipuan Terbesar


(32) Kebenaran yang Paling Bermakna


(33) Pilihan Terletak Pada Kamu


(34) Pencerobohan Agama


(35) Istana Nabi Sulaiman


(36) Kisah Nabi Isa


(37) Tuhan Matahari


(38) Kisah Islam


(39) Para Imam dan Khalifah


(40) Persamaan yang Dikongsi Bersama


(41) Dua Keturunan


(42) Penjaga Gerbang
Embedding disabled by request. Sila lihat di sini


(43) Perlambangan 9/11


(44) Kepentingan Ka'bah


(45) Ka'bah dan Upacara 9/11


(46) Insan yang Lengkap


(47) Insan yang Bebas


(48) Ketibaan Imam Mahdi


(49) Ketibaan Dajjal
Embedding disabled by request. Sila lihat di sini


(50) Ketibaan Nabi Isa


(51) Penutup


Untuk download video-video di atas sila klik di sini
Tonton juga video-video menarik lain di sini.




19 Februari 2011

Mokhtar Al Bukhary - Tokoh Usahawan Muslim Malaysia

LATAR BELAKANG TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY
  • Umur - 53 tahun
  • Pendidikan - SPM
  • Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
  • Kekayaan -RM1,425 juta
  • Ke 7 terkaya di Malaysia
  • Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary

TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal. 

Latar belakang kehidupan

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.


Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Pendidikan

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s.

Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Membantu keluarga

Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.

Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

Mula berniaga

Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.

Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.

Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.

Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Menubuhkan syarikat

Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar.

Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.
Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.

Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.

Perniagaan terus berkembang

Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.

Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.

Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.

Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.

Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.

Strategi tersendiri

Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.

Perniagaan pakaian

Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. 
Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.

Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.

Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Perniagaan perkapalan

Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.

Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta – USD600,000).

Pada masa yang sama, beliau mula membabitkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Penglibatan dalam projek penswastaan

Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.

Kepentingan

Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.

Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.


Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary

Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban.


Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.

Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.

Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary

Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.

Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.

Sumbangan dalam bidang pendidikan

Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.

Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.

Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1.67 bilion.
clap
Sumber Artikel : iluvislam.com



18 Februari 2011

Peringatan Nabi Berkaitan Akhlak

Assalamualaikum.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”
Kita sebagai umat nabi Muhammad SAW perlulah sentiasa mengambil perhatian berhubung dengan akhlak. Berikut dikongsikan beberapa hadis Rasulullah SAW dan huraiannya berkaitan dengan akhlak. Sama-sama kita hayati!

1- Menjaga Imej Agama

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
”Sesungguhnya Allah SWT telah menyerahkan agama itu pada diri seseorang, maka tidak baik agama itu melainkan dengan ketinggian dan keelokkan akhlak. Adakah kamu mengelokkan agama kamu dengan kedua-dua sifat mulia ini? ” (Riwayat at-Tabrani)
Huraian

  • Akhlak yang mulia merupakan perhiasan diri selain daripada cerminan agama yang dianuti.

  • Islam memerintahkan penganutnya agar sentiasa memperelokkan akhlak mereka dan menjauhi segala sifat-sifat yang buruk sehingga menjadi fitnah pada agama. Contohnya banyak berlaku dalam kehidupan umat Islam hari ini yang menyalahtafsirkan ajaran agama dan melakukan berbagai perbuatan buruk dan zalim yang didakwa dilakukan di atas nama Islam.

  • Allah mengetahui segala yang tersirat di dalam hati manusia. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam melakukan segala sesuatu agar tidak menjatuhkan maruah diri, agama dan masyarakat sekeliling.

2- Berakhlak Baik Dan Meninggalkan Perkara Yang Tidak Bersangkutan Dengannya

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
”Orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik manusia daripada kalangan kamu ialah mereka yang paling baik kepada isterinya.” (Riwayat Abu Daud)
Huraian

  • Seorang mukmin yang sebenar akan melakukan kebaikan terhadap manusia tanpa mengharapkan balasan melainkan keredhaan daripada Allah S.W.T.

  • Perbuatan baik yang ikhlas adalah yang paling tinggi nilainya di sisi Allah.

  • Akhlak yang mulia menandakan kebaikan. Begitulah sebaliknya. Oleh itu umur yang berkat ialah orang yang hidupnya dipenuhi dengan jasa bakti dan kebaikan yang menjadikan masyarakat di sekelilingnya sayang terhadapnya dan merasa kehilangan apabila ketiadaannya. Bak kata pepatah”harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”.

  • Begitu juga dalam kehidupan berumahtangga, suami isteri akan kekal bahagia jika di antara satu sama lain saling hormat-menghormati serta kasih mengasihi di antara satu sama lain. Mereka akan disayangi oleh anak-anak dan kaum keluarga.

3- Mengekalkan Akhlak Yang Baik

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
”Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding.” (Riwayat at-Tarmizi)
Huraian

  • Setiap Muslim hendaklah sentiasa beramal dengan ajaran Islam yang sebenar serta bergaul rapat dengan masyarakat dengan menggunakan budi bahasa yang lembut, selalu bertolak ansur, tolong menolong dan bantu membantu dan tidak melakukan perkara-perkara yang menimbulkan sakit hati orang lain dan mendatangkan dosa seperti berbuat khianat, merompak, menipu dan seumpamanya.

  • Tabiat manusia adalah berhubungan rapat dengan keteguhan iman dan kesabarannya. Jika baik akhlak seseorang itu maka dia akan selamat daripada balasan api neraka dan begitulah sebaliknya kerana baik buruknya seseorang terletak pada sejauhmana pandangan masyarakat umum terhadap dirinya selain daripada penilaian yang dihitung oleh Allah S.W.T sendiri.

4- Mukmin Yang Berakhlak Mendapat Darjat Yang Tinggi

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya seseorang mukmin itu dapat mencapai darjat orang yang berpuasa yang mendirikan sembahyang ditengah malam disebabkan akhlaknya yang mulia”. (Riwayat Abu Daud)
Huraian

  • Allah S.W.T. memberi ganjaran yang amat tinggi kepada orang yang berakhlak mulia, setaraf dengan orang yang berpuasa serta mendirikan sembahyang di tengah malam.

  • Setiap Muslim hendaklah berusaha mempertingkatkan kualiti akhlaknya agar menjadi baik dan lebih baik sepanjang menjalani kehidupan di dunia ini kerana setiap amalan akan dihitung dan dihisab di akhirat kelak.

  • Mukmin yang mempunyai akhlak mulia, bukan sahaja mendapat kemulian di dunia, bahkan mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah di akhirat nanti.

5- Manusia Yang Dikasihi Dan Dibenci Oleh Nabi Saw

Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya.” Para sahabat bertanya lagi, “wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah “ialah orang yang takbur.” (Riwayat at-Tarmizi)
Huraian

  • Orang yang berakhlak mulia adalah orang yang paling dikasihi oleh Rasulullah dan diberi tempat yang paling dekat dengan baginda di hari kiamat nanti.

  • Bercakap-cakap kosong atau perkara-perkara yang sia-sia dan membuat fitnah adalah perbuatan yang dilarang oleh agama kerana ia tidak mendatang apa-apa kebaikan bahkan bakal mengundang azab di hari akhirat kelak.

  • Islam juga melarang umatnya bersifat membangga diri dan memandang rendah serta menghina orang lain tetapi hendaklah bersifat tawaduk dan rendah diri demi menjaga hati dan perasaan orang lain.

6- Kesempurnaan iman

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang mempunyai akhlak mulia, orang-orang yang terpilih antara kamu ialah mereka yang baik pergaulan serta hubungannya dengan isteri-isteri mereka.” (Riwayat At - Tirmidzi)
Huraian

  • Kesempurnaan iman seseorang itu adalah dinilai dari segi akhlaknya yang mulia.

  • Para suami dituntut oleh Islam supaya berlaku adil dan baik terhadap isteri serta bijaksana dalam mengendalikan urusan rumahtangga.

  • Asas keluarga bahagia adalah membentuk keluarga dengan sifat takwa dan mempunyai ilmu pengetahuan dunia dan akhirat.

7- Syafaat rasulullah

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Aku adalah sebagai penjamin yang memberi jaminan untuk seseorang memperolehi sebuah rumah di halaman syurga iaitu bagi orang yang meninggalkan perbuatan berbantahan sekalipun perbantahan itu benar, dan juga sebuah rumah di pertengahan syurga bagi orang yang meninggalkan perbuatan dusta sekalipun dengan tujuan bergurau senda, dan juga sebuah rumah di puncak syurga bagi orang yang memperbaiki akhlak dan berbudi mulia.” (Riwayat Abu Daud)
Huraian

  • Orang yang suka bertengkar walaupun di dalam perkara yang baik adalah dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya kerana ia adalah antara perbuatan yang keji yang boleh merosakkan hubungan baik di dalam masyarakat.

  • Orang yang suka bergaduh, berdusta dan tidak berakhlak mulia tidak akan mendapat jaminan dan syafaat daripada Rasulullah s.a.w di akhirat kelak.

  • Islam melarang umatnya berdusta kerana berbuatan tersebut akan membawa kepada fitnah yang menimbulkan permusuhan seterusnya boleh mencetuskan huru-hara di dalam masyarakat.

  • Kita hendaklah berusaha untuk memperbaiki akhlak dari semasa ke semasa iaitu dengan meninggalkan segala perbuatan yang dilarang agama di mana dengan itu barulah seseorang itu dikatakan layak mendapat syafaat daripada Rasulullah sebagaimana yang tersebut di dalam hadith tersebut.

8- Kepentingan Berakhlak Mulia

Daripada Abdullah bin Amru bin al-’As r.a, katanya,
“Bukanlah rasulullah s.a.w seorang yang bersifat keji dan baginda tidak pernah melakukan perkara-perkara yang keji. Baginda bersabda, “Sesungguhnya orang-orang yang terpilih antara kamu ialah orang-orang yang mulia akhlaknya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian

  • Rasulullah adalah manusia yang paling sempurna. Baginda terpelihara dari sifat-sifat keji dan tidak pernah melakukan perbuatan keji.

  • Orang-orang yang berakhlak mulia adalah menjadi pilihan Allah dan mereka diberikan beberapa keistimewaan di dunia dan kedudukan yang tinggi di akhirat.

  • Kita hendaklah sentiasa berusaha menghindarkan diri daripada semua sifat-sifat yang buruk dan keji serta memperbaiki kualiti diri dengan menambahkan amal ibadat dan mengamalkan sifat-sifat mulia dari semasa ke semasa.

9- Kemulian Diri Dengan Berakhlak Baik

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”. (Riwayat Muslim)
Huraian

  • Seseorang yang berakhlak mulia akan mendapat pahala dan boleh mendatangkan kebaikan untuk diri sendiri dan kebajikan kepada orang lain.

  • Orang yang melakukan dosa tidak akan mendapat ketenangan jiwa didalam hidupnya.

  • Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia kerana ia sebesar besar kebajikan dan janganlah melakukan dosa kerana dosa itu ialah azab seksa, yang dirasai baik didunia mahupun diakhirat.

10- Menjaga akhlak

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
”Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Huraian

  • Islam adalah agama yang mengajar umatnya nilai peradaban yang tinggi serta sopan santun yang terpuji. Maka individu yang benar-benar beriman semestinya akan mengamalkan segala ajaran Islam untuk menjaga keselamatan dirinya iaitu dengan memelihara percakapannya demi menjaga hubungan baik dengan jiran-jiran dan sahabat-sahabatnya sesuai dengan keadaan masing-masing.

  • Sebelum berkata hendaklah berfikir terlebih dahulu, bila didapati tidak ada bahaya kerananya, berkatalah, tetapi jika sebaliknya diamlah kerana diam yang tepat pada waktunya adalah sifat orang yang terpuji melainkan jika diam dari mengatakan yang hak dan menegur sesuatu yang salah kerana diam seperti ini adalah diam yang dicela oleh agama.

  • Setiap umat Islam hendaklah bertimbang rasa dalam pergaulan sesama jiran kerana jiran adalah orang yang paling dekat selain daripada sanak-saudara yang tinggal di sekeliling.

  • Memuliakan tetamu pula maksudnya ialah melakukan kebaikan kepada mereka sebagai orang yang datang berkunjung ke rumah di mana selaku tuan rumah hendaklah melayan tetamu mereka dengan senang hati, sopan dan memberikan jamuan kepada mereka sesuai dengan keadaan dan kemampuan. Manakala bagi tetamu pula hendaklah sebaik mungkin tidak sampai menyusahkan tuan rumah.

11- Sikap Yang Baik


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.” (Riwayat Ibnu Abi Dunya)
Huraian

  • Berbuat baik dan memberi keselesaan kepada orang lain akan diganjari Allah dengan balasan yang berlipat ganda sama ada berupa pahala, kebaikan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

  • Semua ini akan dapat dilakukan sekiranya seseorang itu mempunyai keimanan dan keikhlasan di hatinya sehingga segala tindakan-tindakan yang dilakukannya sentiasa melahirkan kebaikan pada dirinya dan dalam hubungannya dengan orang lain serta masyarakat di sekelilingnya.

  • Demikian juga kita dilarang agar jangan membalas kejahatan orang lain dengan kejahatan juga tetapi hendaklah membalasnya dengan kebaikan seperti api yang menyala dan membakar nescaya akan terpadam apabila disirami air. Maka begitulah dengan kebaikan, lambat laun akan melembutkan hati yang keras dan menghapuskan kejahatan yang melanda.

  • Sebaliknya jika kecenderungan berbuat perkara-perkara yang jahat terus dibiarkan menguasai diri maka akan rosaklah segala kebaikan yang pernah dilakukan kerana lazimnya kejahatan itu biarpun hanya sekali dilakukan ia mudah dilihat (diketahui) berbanding dengan banyaknya kebaikan yang pernah dilakukan oleh seseorang itu. Bak kata pepatah Melayu “ Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”.

  • Sesungguhnya keimanan itu sentiasa terbuka untuk ditingkatkan sebaliknya iman akan merosot sekiranya kita melakukan perbuatan maksiat.




Tiba Masanya..Blogger Memperkenalkan Diri

Assalamualaikum WBT.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Segala Pujian hanya untuk Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam, Dialah Yang Menghidupkan dan Dialah Yang Mematikan dan Dialah yang berkuasa keatas tiap-tiap sesuatu. Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan sifat kepujianNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan para sahabat keseluruhannya. Aku mohon keampunan-Mu ya Allah Yang Maha Agung.
Mesej ini ditujukan kepada semua ahli kariah Kg. Melayu Bt. 16 khususnya dan kepada semua muslimin dan muslimat umumnya.
Tiba masanya..untuk saya memperkenalkan diri dengan tujuan tidak lain dan tidak bukan hanya untuk orang ramai khususnya ahli kariah semua kenal akan diri yang lemah dan serba kekurangan ini. Bukannya untuk menyombong diri, apatah lagi ingin diri dipuji.

Muslimin dan Muslimat yang dihormati dan dikasihi sekalian,

Berkaitan dengan masjid..

Saya ingin memaklumkan bahawa saya adalah salah seorang jemaah masjid Al-Ehsaniah sejak 2008. Baru-baru ini melalui mesyuarat Pengurusan Masjid, saya telah dilantik menjadi Muazzin 2 dan nama saya telah dicadangkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Tidak lama selepas itu, dalam menunggu maklumbalas daripada JAIS, saya telah dilantik pula oleh Pengurusan Masjid memegang jawatan Imam 2 setelah Imam Hj. Sulaiman meletakkan jawatan.

Menurut Pengurusan Masjid, oleh kerana maklumbalas cadangan jawatan Muazzin 2 masih baru dan belum diterima daripada JAIS, maka cadangan tersebut telah ditukar kepada cadangan untuk jawatan Imam 2. Kini kelulusan dan pentauliyahan secara rasminya masih dalam proses tindakan pihak JAIS. Walau bagaimanapun, sementara menunggu maklumbalas pihak JAIS, Pengurusan Masjid meminta saya memangku untuk jawatan Muazzin 2 dan Imam 2 tersebut. Muazzin 1 dan Imam 1 juga telah memberikan jadual untuk saya bertugas dan sehingga hari ini saya telah menjalankan tugas yang ditanggungjawabkan itu dengan penuh kewaspadaan andai hati ini tergelincir daripada Lillahi Taala.

Maka dengan rendah diri, saya ingin memohon jasabaik ahli kariah, pemuda pemudi, muslimin dan muslimat yang dihormati dan dikasihi sekalian agar memberikan maklumbalas tentang diri ini dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada saya tersebut.
Mungkin anda telah melihat saya menjadi Muazzin, dan mungkin juga anda telah menjadi makmum dalam solat yang diimamkan oleh saya.
Andainya ada yang tidak berasa senang dengan saya maka jangan segan silu khabarkan sahaja kepada saya, saya sedar andai imam itu tidak disenangi oleh makmum, maka hendaklah imam yang disenangi oleh makmum perlu mengimamkan sesuatu solat itu. Saya sedia berundur bila-bila masa sahaja sekiranya perkara ini berlaku.

Berikut dicatatkan serba sedikit maklumat saya:

Nama Penuh : محمد خيرالامين بن رملي
Panggilan : Khairol
Asal : Pahang (Jengka 18)

Latarbelakang Pendidikan

Saya bersekolah rendah di Sek. Keb (LKTP) Jengka 18. Kemudian saya melanjutkan pengajian peringkat menengah di Sek. Men. Agama Chenor, Pahang. Setelah mendapat keputusan 8A di dalam PMR, saya ditawarkan dan berpindah ke aliran sains di Sek. Men. Agama Al-Ihsan, Kuantan. Di sana, saya menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) dengan keputusan 7A12B dengan Hafazan dan Tajwid Al-Quran mendapat Mumtaz. Antara pencapaian saya di sekolah, saya merupakan Pengerusi Badan Dakwah dan Kebajikan disamping aktif dalam Kokurikulum terutamanya bidang ilmiah, saya telah dianugerahkan Johan Peringkat Daerah dalam syarahan Bahasa Arab. SPM pula hanya mendapat 3A daripada 11 subjek. 3A tersebut ialah subjek Pendidikan Al-Quran Dan As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Bahasa Arab Tinggi. Setelah tamat SPM, saya telah ditawarkan melanjutkan pengajian Diploma Tahfiz di Masjid Negeri Pahang, walau bagaimanapun di atas nasihat orang yang saya percayai, saya menolak tawaran tersebut dan memilih untuk beralih bidang Sains Komputer. Orang dipercayai itu (Dr. Hj. Mohd Shafie Md Amin - Pengasas sistem HUFFAZ) menasihatkan agar di samping belajar akademik teruskan juga dengan menghafaz al-Quran. Beliau antara guru saya berkaitan Al-Quran.

Latarbelakang Pekerjaan

Setelah tamat pengajian Sains Komputer, saya telah bekerja sebagai guru Tajwid di Pahang, Kemudian saya telah bekerja dengan AirAsia (2005), LHDNM (2006-2010). Di LHDNM, alhamdulillah saya telah dianugerahkan Tokoh Pekerja Cemerlang Tahun 2008. Kini saya bekerja sendiri dan alhamdulillah masa untuk saya mendampingi masjid lebih banyak. Untuk makluman anda juga, saya kini sedang dalam proses menunggu tauliah mengajar al-Quran di Negeri Selangor.

Sekadar ini sahaja, semoga dengan ta'aruf ini akan menautkan ukhwah fillah dengan anda semua. Wallahu'alam.













alfaqir ilallah
Ibadur Rahman
blogger @ alehsaniah.blogspot.com


16 Februari 2011

Tangisan Terakhir dan Pertama Rasulullah SAW

Assalamualaikum.

Pembaca yang dihormati dan dikasihi sekalian,

Betapa sayang dan kasihnya Rasulullah SAW terhadap umatnya sehingga saat hampir wafat pun masih menyebut umatku..umatku..umatku..dengan linangan airmatanya yang terakhir. Begitu juga saat dibangkitkan kelak baginda akan menangis mengenangkan nasib umatnya. Untuk lebih penghayatan, sama-sama kita hayati kisah ini. Klik untuk membuka/menutup paparan. Selamat membaca!

Tangisan Terakhir Rasulullah SAW di dunia

Tiba-tiba ada ucapan salam. “Boleh saya masuk?” lelaki itu bertanya. Namun Fatimah tidak mengizinkannya masuk ruangan.

“Maaf, ayah saya sedang sakit, “kata Fatimah. Ia berbalik kembali dan menutup pintu.

Nabi Muhammad saw. membuka matanya dan bertanya, “Siapa dia, putriku?”

“Aku tidak tahu ayah. Ini pertama kali aku melihatnya,” kata Fatimah lembut.

“Ketahuilah putriku, dia adalah orang yang menghapuskan kenikmatan sementara! Dialah yang menceraikan persahabatan di dunia. Dialah sang Malaikat Maut,” kata Rasulullah saw.

Fatimah menahan genangan air matanya.

Malaikat maut datang kepada-Nya, tetapi Rasulullah saw. bertanya mengapa Jibril tidak datang bersamanya. Kemudian Rasulullah saw. menatap putrinya dengan pandangan nanar, seolah-olah ia tak ingin kehilangan setiap bagian dari wajah putrinya. Kemudian, Jibril dipanggil. Jibril sebenarnya telah siap dia langit untuk menyambut ruh Rasulullah sang pemimpin Bumi.

“Wahai Jibril, jelaskan kepadaku tentang hak-hakku di hadapan Allah!”, Rasulullah saw. meminta dengan suara yang sangat lemah.

“Pintu-pintu langit telah dibuka. Para malaikat sedang menunggu ruh Anda. Semua pintu Surga terbuka luas menunggu Anda” kata Jibril. Namun, kenyataannya, jawaban itu tidak membuat Rasulullah saw. lega. Matanya masih penuh kekhawatiran.

“Anda tidak senang mendengar kabar ini?” tanya Jibril.

“Ceritakan tentang nasib umatku di masa depan?” kata Rasulullah saw.

“Jangan khawatir, wahai Rasulullah, saya mendengar Allah berkata:” Aku haramkan Syurga untuk semua orang, sebelum umat Muhammad memasukinya, ” kata Jibril.

Waktu bagi malaikat Izrail melakukan pekerjaannya semakin dekat dan dekat.
Perlahan-lahan, ruh Rasulullah saw. dicabut.

Tampak tubuh Rasulullah saw. bermandikan peluh, saraf lehernya menegang.
“Jibril, betapa sakit ini!” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasalam mengerang dengan perlahan.

Fatimah memejamkan mata, Ali yang duduk di sampingnya tertunduk dalam dan Jibril pun memalingkan mukanya.

“Apakah aku sedemikian menjijikkan sehingga engkau memalingkan muka wahai Jibril?” Rasulullah saw. bertanya.

“Siapa yang bisa tahan melihat Kekasih Allah di ambang sakaratul mautnya?” kata Jibril.

“Bukan untuk berlama-lama,” kemudian Rasulullah saw. mengerang karena sakit yang tak tertahankan.

“Ya Allah betapa besar Sakaratul maut ini. Berikan kepadaku semua rasa sakit, tapi jangan untuk Umatku.”

Tubuh Rasulullah saw. mendingin, kaki dan dadanya tidak bergerak lagi. Dengan berlinang air mata, bibirnya bergetar seakan ingin mengatakan sesuatu. Ali mendekatkan telinganya ke Rasulullah saw.,

“Jagalah shalat dan jagalah orang-orang lemah di antara kamu.”

Di luar ruangan, ada tangisan, ada kegaduhan. Para sahabat saling berpelukan. Fatimah menutup wajahnya dengan kedua tangan. Sekali lagi, Ali mendekatkan telinganya ke Rasulullah saw. dan dengan mulut yang telah membiru serta air mata berlinang, Rasulullah berucap lirih: “Ummatii , Ummatii, Ummatii…” “Umatku, umatku, umatku…“

Tangisan Rasulullah SAW saat yang pertama dibangkitkan

Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas r.a, bapa saudara Rasulullah s.a.w. dari Rasulullah s.a.w. telah bersabda, yang bermaksud:

“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka.

Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.” Ibnu Abbas r.a. berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad s.a.w..

Jibril a.s. akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”

Jibril a.s. akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad s.a.w.?”

Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu di mana kubur Muhammad s.a.w..”

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad s.a.w. ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.”

Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!”

Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah s.a.w. berdiri, baginda s.a.w. telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda s.a.w.. Baginda s.a.w. melihat kanan dan kiri. Baginda s.a.w. dapati, tiada lagi bangunan. Baginda s.a.w. menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Jibril a.s. berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas.”

Baginda s.a.w. bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?”

Jibril a.s. menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.”

Baginda s.a.w. bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”

Jibril a.s. berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?” Baginda s.a.w. bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.” Jibril a.s. berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”

Baginda s.a.w. bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?”

Jibril a.s. berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?”

Baginda s.a.w. bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”

Jibril a.s. berkata kepada baginda s.a.w.: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad s.a.w. dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!” Jibril a.s. datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad s.a.w.. Buraq cuba meronta-ronta. Jibril a.s. berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?”

Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.”

Baginda s.a.w. bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescayaaku memberi syafaat kepadamu.”Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda s.a.w. menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata.

Apabila Nabi Muhammad s.a.w.berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil a.s. menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.

Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan dengan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.

Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.”

Malaikat Israfil a.s. menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.”

Allah Taala berfirman:“Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!”

Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.

Nabi s.a.w. duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad s.a.w. merupakan satu umat (kumpulan). Nabi s.a.w. berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.

Jibril a.s. menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.”

Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad s.a.w. berjumpa satu umat, baginda s.a.w. akan bertanya: “Di mana umatku?”

Jibril a.s. berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”

Apabila nabi Isa a.s. datang, Jibril a.s. menyeru: Tempatmu!” Maka nabi Isa a.s. dan Jibril a.s. menangis.

Nabi Muhammad s.a.w. berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.”

Jibril a.s. berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?”

Jibril a.s. berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad s.a.w. menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”

Jibril a.s. berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad s.a.w.!”

Apabila Nabi Muhammad s.a.w. melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda s.a.w. dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda s.a.w. Baginda s.a.w. juga gembira terhadap mereka.

Nabi Muhammad s.a.w. bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!”

Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Wahai umatku.”

Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis. Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?”

Jibril a.s. berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.”

Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Dimana umat Muhammad s.a.w.?”

Jibril a.s. berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”

Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad s.a.w. bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”

Jibril a.s. kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.”

Nabi Muhammad s.a.w. berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”

Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. NabiMuhammad s.a.w. memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala.

Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!” Hamba-hamba Allah Taala terdiam.

Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”

Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”

Malik bertanya: “Apakah hari ini?”Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”

Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?”

Jibril menjawab: “Ya!”

Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”

Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”

Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”

Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”

Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri diatas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).

Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.




Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
'Kan pasti mengalir air mataku
Karena pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini

Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulallah, Ya Habiballah

Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Allahumma sholli 'alaa Muhammad

Ya Robbi sholli 'alaihi wassalim

Alangkah indahnya hidup ini

Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada ummat

Umati umati
Kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafa'atkan kami

Ya Rasulallah, Ya Habiballah

Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kurniakanlah syafa'atmu




"Sesungguhnya, bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah SWT" (Al-Ahzab Ayat 21).

Kongsi Pautan

Assalamualaikum.

Pihak admin mengalu-alukan semua pengunjung blog ini untuk berkongsi sebarang pautan yang memberi manfaat kepada pengunjung yang lain. Semoga segala yang baik itu dapat dipanjang-panjangkan mudah²an menjadi salah satu amal solih di sisi Allah SWT insyaAllah..Terima kasih di atas perkongsian anda ini.




p/s : Sekiranya blog/website anda dalam kategori ini, dipersilakan juga untuk dikongsikan di sini :)

NOTIS PENAFIAN : Laman web www.al-ehsaniah.blogspot.com bukan laman web rasmi bagi Masjid Al-Ehsaniah Kg. Melayu Bt. 16, Rawang. Laman web ini adalah hasil inisiatif sendiri ahli qariah kerana masjid ini masih belum memiliki laman web rasmi sebagai salah satu medium dakwah dan penyampaian maklumat yang agak penting ketika ini. Penggunan istilah Admin di dalam web ini bukan merujuk kepada Pihak Pengurusan Masjid tetapi sekadar merujuk kepada pengurus web ini sahaja. Sekiranya terdapat sebarang aduan/cadangan/maklum balas terhadap masjid melalui laman web ini pihak admin akan memanjangkannya kepada pihak yang sepatutnya. Walau bagaimanapun pihak admin mengingatkan adalah lebih baik berhubung terus dengan pihak Pengurusan Masjid yang sebenar. Sila rujuk direktori pengurusan masjid di laman Organisasi.